binaan yang berusia ribuan tahun
Ayasofia
Macam biasa kul 4.00 pagi mata dah tercegil, rapatkan sikit tingkap pasal dingin pulak, kali ni tunggu azan baru solat subuh, tak mau jadi mcm hari tu solat subuh 2 kali. Pukul 4.30 dah terang walaupun tak nampak matahari psl biasalah, sekarangkan musim panas kat sini.Ayasofia
Pukul 5.30 pagi capai stokin, capai capal ,capai kain pelikat dengan singlet lalu turun tangga panaskan badan dari tingkat 4 bilik hotel, terus jogging entah ke mana2 ikut langkah kaki , kalau sampai Ankara, penat balik naik flight hehehe
Cuaca dah terang , namun takde orang pun keluar lagi pi noreh.
Tu yang jogging punya jogging terjumpa pulak dengan beberapa buah internet cafe yang beroperasi 24 jam , just tanya berapa TL sejam, jawabnya TL1.50 . Duit tak bawak dan apa pun tak bawak . Lalu terus balik ke bilik lepas hampir 45 minit juga jogging, capai duit siling dan terus pi balik ke internat cafe ,tapi kedai lain yang dia charge TL 1.00 je sejam ,
tu yang sempat buat posting kali pertama dari istanbul hehehe
Pagi ni kami akan ke Topkapi Palace .
Topkapı Palace a.k.a Topkapı Sarayı dalam sebutan turkish a,k,a Ottoman Turkish طوپقپو سرايى, terletak di Istanbul merupakan kediaman rasmi Kesultanan Ottoman selama 400 tahun dari tahun 1465-1856 semasa pemerintahan mereka selama 624 tahun.
Kami bertolak awal juga dari hotel kerana kebiasaannya Topkapi Palace ni sentiasa penuh dengan kunjungan pelawat dan pelancong dari seluruh dunia .

Sampai je kat area Sultanahmet , dah kelihatan pelancong mula berduyun2 pagi tu.
Cuaca pagi ni sangat baik, langit membiru tak mcm semalam masa ke Bursa , langit kelabu je .
Cuaca pagi ni sangat baik, langit membiru tak mcm semalam masa ke Bursa , langit kelabu je .
Kami akan berada di dalam lama jugak. Entah apa yang ada kat dalam memang aku tak tahu pasal aku langsung tak surf kat internet pasal Topkapi Palace .
Yang pasti , kedai mamak jual roti canai dan teh tarik CONFIRM takdak
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. CANTIK FOTO2 NI !
salam tuan,
BalasPadamkat hotel kan ada internet free kat lobi. awat tak digunakan.
waalaikumsalam LH
BalasPadamsama2
waalaikumsalam Hj AZ
BalasPadamnotebook tak bawak
dalam beg galas penuh kamera equipment dgn beberapa lens hehe