WARGA SCP

Rabu, Julai 20, 2011

ISTANBUL : TOPKAPI PALACE (NO CAMERA)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Apasalah ramai betul orang dok kerumun beratur panjang nak masuk salah satu ruang dewan tu, panjang pulak barisannya . Semua bangsa aku tengok ada. Pasti ada yang menarik kat dalam tu .

Aku pun nak masuklah ,
Alhamdulillah, cuaca nak kata panas tak panas ,

Rupa2nya di dalamnya banyak menyimpan khazanah yang terlalu bernilai buat tatapan kita semua yang dihimpunkan di sini sejak dari zaman nabi Musa lagi termasuk Nabi Ibrahim serta Nabi Muhammad.




barisan panjang



Tapi sayangnya , tidak boleh merakamkan foto atau merakamkan video di dalamnya atas sebab2 keselamatan kerana pernah berlaku rompakan sebelum ini di sini hingga menyebabkan kehilangan beberapa artifak2 bersejarah yang sungguh bernilai.

Tapi akukan nakal sikit , aku saja tak "off" kan dslr ku yang aku gantung kat leher , sambil aku melihat artifak2 tu, sempat juga aku tekan butang dslr tu , tapi gambar secara curi2 ni biasalah, tak berapa terang dan blur kerana aku just tekan je butang tu hehehehehe

Terlopong mulut ku apabila menatap beberapa artifak seperti serban nabi Ibrahim , pedang Nabi Muhammad yang sungguh besar dan cantik yang digunakan semasa berperang yang terdapat permata di pemegangnya . Besar sungguh pedang tu lalu aku terkenang semangat dan pejuangan Nabi Muhammad ketika itu bersama2 pahlawan islam yang lain yang menyerahkan segala jiwa raga mereka secara TOTAL dan tidak kisah jika nyawa melayang kerana tiada balasan selain syurga bagi mereka yang mati syahid.




ramai sungguh



lagi barisan panjang nak masuk dewan muzium

Kesemua artifak2 ini dahulunya disimpan oleh kerajaan Abbasiyah namun selepas kejatuhannya, diserahkan pula kepada kerajaan Ottomaniah sebagai penjaganya. Kekadang aku tertanya2, kenapa kerajaan Arab Saudi tak mahu menyimpan segala artifak2 bersejarah ni , tapi akhirnya aku punya jawapan sendiri kerana kerajaan arab saudi menganggap ia semua sebagai bidaah .

Di sini juga aku dapat menyaksikan sehelai jubah yang dipernah digunakan oleh Saidatina Fatima Al Zahra, salah seorang puteri Baginda dari isteri pertama Saidatina Khadijah yang masih terpelihara, besar sungguh jubahnya dan ada beberapa tampalan di atasnya kerana koyak dan kainnya agak kasar . Begitu juga sehelai jubah cucu Baginda , Saidina Hussin yang sempat aku ambil gambarnya dari luar pintu selepas aku keluar dari bilik tersebut.

Di sini juga , tongkat nabi Musa yang pernah membelah laut merah dapat aku saksikan dan ia seakan-akan dari akar kayu berwarna coklat kehitaman.

Banyak betul sebenarnya yg dipamerkan , tapi bapak tak ingat semuanya kerana tak boleh rakam gambarnya, jadi susah nak recall. yang ingat cuma bahan2 yang besar je.

Di dalam satu ruang lagi pula , segala artifak dari zaman permulaan empayar Ottomaniah dipamerkan dan tak terkira banyaknya. Semua pengunjung akan beratur dan berjalan perlahan2 untuk menyaksikan segala artifak2 sambil diperhatikan oleh pengawal bertugas sambil kami diperdengarkan bacaan ayat2 suci al-quran yang dibaca secara "live" oleh seorang qari di ruang khasnya.


beratur panjang tu




mula memasuki ruangan pameran
kat sinilahpengawal dok tegur
"no camera please"




PENUTUP HAJARUL ASAWAD DARI ZAMAN TERDAHULU
kira gambar curi2 ni


lagi gambar curi2
aku lupa dah, rasanya Al Quran tulisan tangan dari zaman nabi

SERBAN NABI IBRAHIM
gambar curi-curi

JUBAH SAIDINA HUSSIN
CUCU NABI MUHAMMAD
AKU DAPAT RAKAMKAN LEPAS KELUAR DARI BILIK PAMERAN
KIRA RAKAM CURI2 NI DARI LUAR

6 ulasan:

  1. Tanpa NamaJulai 20, 2011

    fatimah alzaharah adalah anakanda nabi

    BalasPadam
  2. amboih...berbahagialah pada sapa yang mempunyai kemampuan untuk melawat dan melihat. Uncle pun teringin...well done!

    BalasPadam
  3. tanpa nama

    terima kasih kerana betulkan fakta , maklumlah dah tua2 ni banyak pula termakan semut ni jadi pelupa sikit hehe

    ok, saya dah betulkan kat n3 tu

    thanks

    BalasPadam
  4. uncle

    alhamdulillah

    insyallah , mana tau rezeki uncle dapat peluang keja kat hotel di sana, siapa tahukan


    opsss, tak sempat komen kat n3 terbaru uncle , yg pasti saya dapat banyak manafaat dari n3 uncle tu

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    subhanallah bertuahnya pak itam g sana dan kongsikan disini..Semuga ALLAH ganjari jua pahalanya..

    Bila baca jer n3 nie..rasa mcm kisah nabi ibrahim dan nabi musa dan nabi muhd..macm baru semalam berlaku..hebatnya mereka memelihara sejarah....tersa dekat dihati..

    agak2nya berapa RM tiket masuk tu ???

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam ain

    alhamdulillah

    20 TL dalam rm 38-40

    bapak terlopong tengok benda2 tu, benda beribu tahun masih terpelihara, tapi janggut nabi tiada lagi di pamerkan di situ, katanya disimpan di tempat lain

    BalasPadam