WARGA SCP

Selasa, Julai 19, 2011

ISTANBUL : TOPKAPI PALACE - Imperial Council Hall

Vildan dok beri penerangan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Persinggahan pertama kami di dalam Topkapi Palace ini ialah Imperial Council Hall .
Imperial Council Hall (Dîvân-ı Hümâyûn) ini merupakan ruang di mana semua menteri dan juga pegawai2 tinggi bertemu dan di mana suatu ketika dulu, ni dok bermussyawarah, berbincang dan mengambil kata putus sebelum dipersembahkan kepada Sultan .

Seni bina asal langsung tidak diubah dan masih kekal dalam bentuk sedemikian walaupun dah beratus2 tahun usianya.


Tempat ini juga dipanggil Kubbealti yang bermaksud "di bawah Kubah"merujuk kepada sebuah kubah besar yang terdapat di situ.

Kali pertama dibina semasa pemerintahan Mehmed II hingga pemerintahan "Süleyman The Magnificent" oleh seoarang arkitek terkenal bernama Alseddin.

Mengalami beberapa pembaikan kerana sebahagian besarnya musnah dalam kebakaran semasa tahun 1665 .

Imperial Council Hall
(kalau nak tau, inilah gambar yang dikatakan over exposed)
banyak kelihatan warna putih dan cerah
salah satu sebabnya ialah ambil gambar menghadap matahari





Tower of Justice

ramai pelawat pagi ni

Inilah Jeriji Emas tempat tingkap Sultan dok perati semasa pembesarnya bermesyuarat



Pada abad ke 18, fungsi Imperial Council Hall ini mula berubah apabila pentadbiran kerajaan masa tu berpindah ke Sublime Porte (Bâb-ı Âli) di Grand Viziers. Mesyuarat terakhir yang berlangsung di sini ialah pada hari Rabu bersamaan 30 Ogos 1876.

Semasa pembesar2 ini bermesyurat, Sultan tidak akan berada di situ.Baginda hanya mengikuti dari sebuah tingkap dengan "grill" atau jeriji emas tanpa diketahui oleh pembesar2nya. Ia terletak di "Tower of Justice" Apabila mengetahui Sultan mengikuti dari jauh perbincangan mereka, seorang demi seorang pembesar ini akan melaporkan hasil perbincangan mereka . Kebiasaannya perkara yang dibincangkan ialah perkaitan politik, pentadbiran dan keagamaan dan juga perkara2 penting berkaitan kehidupan dan masalah rakyat jelata. Mesyuarat akan dijalankan 4 kali dalam seminggu pada hari Sabtu, Ahad,Isnin dan Selasa dengan penuh adat istiadat dan protokol.

Yang pasti tiada mesyuarat PIBG dilakukan di sini hehehe



Gambaran Kubbealti , atas sikit kat dinding tu terdapat tingkap
dengan jeriji emas tempat sultan dok mengendap dan perati
pembesar2nya bermesyuarat di sebalik tabir



bahagian luar koridor Council Hall

0 comments:

Catat Ulasan