WARGA SCP

Khamis, Julai 07, 2011

BURSA : ULU CAMII / GRAND MOSQUE


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Masjid Jamik Ulu atau Ulu Camii Mosque atau panggilan lain The Grand Mosque di Bursa merupakan masjid terbesar dan menjadi mercu tanda awal bagi senireka bentuk Ottoman dimana terdapat banyak elemen2 dari senirekabentuk Seljuk.
Pembinaannya telah diarahkan oleh Sultan Bayezid I dan telah dibina oleh seorang arkitek terkenal masa tu iaitu Ali Neccar pada tahun 1396–1400.
Merupakan sebuah masjid yang besar dengan 22 buah kubah dalam 5 baris serta mempunyai 12 buah ruang . Paling mencuri tumpuan ialah dimana 192 tiang dan dindingnya telah ditulis dengan tulisan khat oleh penulis kaligrapi jawi masa itu.
Di bahagian tengahnya terdapat air pancur kecil (şadırvan) di mana para jemaah boleh berwuduk di situ
Sebenarnya kami menunggu hampir 45 minit juga sebelum turun dari bas tadi kerana tak semena-mena hujan telah turun dengan agak lebat jugak di kota Bursa ini menyebabkan hampir sahaja terpaksa melupakan niat untuk menziarahi Ulu Camii Mosque ini, namun akhirnya setelah lama menunggu, hujan dengan tak semena2 juga berhenti , semua nya kuasa Allah jua

Alhamdulillah,

Nak cerita tentang kehalusan dan kecantikkan masjid ni pun agak tak tercerita dengan perkataan,rasa sejuk je dan terasa kedamaian bila dapat beribadat dan berada di dalam masjid ini

kalian saksikanlah sendiri kehebatan masjid Ulu atau Grand Mosque ini yang telah berusia hampir 700 tahun
.............................................


















air pancur dan tempat berwuduk di bahagian tengah


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    suasana yang damai dapat dirasai, walau pun melihat gambar sahaja

    Wassalam

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam atuy

    mmg tenang dalam tu , nikmat Allah buat penduduknya di sana

    BalasPadam
  3. Salam pak itam

    Cantik senibinanya....ramai tak jemaah yg solat.....dalam masjid tu...

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam shami

    boleh tahan jemaahnya ramai
    senibina yg dah berusia 700 tahun lebih masih kekal

    BalasPadam