WARGA SCP

Sabtu, Julai 16, 2011

ISTANBUL : TOPKAPI PALACE - memasuki taman larangan



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Melepasi pintu gerbang besar , kami dihidangkan dengan satu permandangan landscape yang begitu indah yang merupakan taman yang sangat luas . Rasanya taman ini tempat Sultan-Sultan Ottoman dahulu berserta ahli keluarga mereka beriadah sambil berehat.

Memang sungguh nyaman dan indah di dalam taman ini kerana dinaungi oleh pokok2 besar yang menghijau.

Sudah pasti dahulu taman ini merupakan taman larangan .



kediaman pembesar istana

Kelihatan pengunjung telah bertali arus memasuki taman ini sebelum menuju ke satu lagi pintu gerbang yang merupakan pintu masuk utama ke kawasan istana. Macam2 muka yang aku temui dari pelbagai bangsa dan keturunan.

Kelihatan tukang2 kebun sedang menanam pokok2 bunga ros yang telah agak besar juga di sepanjang jalan . Sekarang memang tengah musim bunga ros dan 2 bulan lepas , bunga tulip memang banyak kelihatan di Istanbul.

Namun seindah dan secantik taman ini, sudah pasti takkan dapat menandingi walau sekelumit hama ketika berada di taman2 syurga iaitu di Raudah kelak yang akan aku kunjungi sehari dua lagi bila aku akan berada di Madinah kelak.

Itu antara niat dan hajat serta keinginan ku untuk berada berlama2 nanti di Taman-Taman Syurga atau Raudah bila aku ke Madinah kelak .

Moga Allah memperkenankan hajat hambanya ini yang kerdil .

Insyallah



pintu masuk utama ke kawasan istana





pintu gerbang masuk utama ke kawasan istana

0 comments:

Catat Ulasan