بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Aku tinggalkan Topkapi Palace dengan membawa seribu kenangan dan banyak pengajaran yang aku dapat kutip dari kunjungan ku ke situ .Ketika aku keluar, kelihatan pengunjung masa berduyun2 memasuki Topkapi Palace.
Destinasi ku selepas ini ialah Masjid Biru yang terletak berhampiran kawasan ini .
Masjid Sultan Ahmed dalam sebutan Turkish di sebut Sultanahmet Camii adalah sebuah masjid di Istanbul yang sangat terkenal , kota terbesar di Turki dan merupakan ibukota Kesultanan Usmaniyah ( dari 1453 sampai 1923). Juga dikenali sebagai Blue Mosque atau Masjid Biru.
Masjid ini dibangun antara tahun 1609 dan 1616 atas perintah Sultan Ahmed I yang kemudian menamakan masjid ini dengan namanya. . Beliau juga yang telah meninggal dunia dan dimakamkan di situ. . Masjid ini terletak di kawasan tertua di Istanbul (old istanbul), di mana sebelum 1453 merupakan pusat pentadbiran Constantinople , ibukota Bizantium. Terletak berdekatan Hippodrome dan menghadapnya ialah Gereja Kristen Kebijaksanaan Suci (Hagia Sophia) yang sekarang diubah fungsinya menjadi muzium.
Aku hanya memandang Hagia Sophia dari jauh dan tidak berniat untuk memasukinya. Dulu asalnya ialah gereja besar pusat pemerintahan kerajaan Byzintium . Semasa kota ini dahulunya dikenali dengan nama Constantinople berjaya ditakluk oleh Sultan Muhammad Al Fatih , beliau telah mengarahkan bala tenteranya supaya memadam segala apa bentuk tulisan dan juga lukisan yang terdapat di dalamnya yang kesemua bentuk tulisan dan lukisan itu menyekutukan Allah.
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan supaya Gereja Hagia Sofya ditukar menjadi masjid. Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendirikan solat Jumaat yang pertama bersama para muslimin di Masjid Hagia Sofya. dan Khutbah Jumaatnya telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin.
Fungsi Hagia Sofya sebagai sebuah masjid berakhir pada tahun 1931 dan telah dijadikan muzium pada tahun 1935 semasa pemerintahan Laknatullah Kamal Attartuk,
Agak tidak sesuai bagi orang islam memasukinya kerana kebanyakkan lukisan2 dan tulisan yang menyekutukan Allah telah dipulihara semasa zaman pemerintahan Kamal Attarturk yang sebagaimana kita tahu jasad dan mayatnya tidak diterima Allah dan bumi Turkeye semasa hendak dikebumikan sehingga saat ini. Sebenarnya hikmah dari peristiwa itu, Allah nak memperlihatkan kepada kita semua satu pengajaran bahawa itulah balasan yang akan Allah berikan kepada sesiapa sahaja dikalangan pemerintah atau sebaliknya yang cuba merubah hukum islam yang lengkap yang telah diturunkan .
Di dunia lagi Allah dah tunjukkan, apatah lagi azab di akhirat yang tidak terperi pasti menunggu kepada orang2 yang cuba merubah hukum Allah.

Jarak Masjid Biru ni sebenarnya cukup dekat dengan Istana Topkapı, tempat kediaman para Sultan Uttoman (Usmaniah) hingga tahun 1853 dan tidak jauh dari laut Bosphorus. Menara2 masjid ini dan bangunannya sungguh jelas kelihatan dari selat Bosphorus .
Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk Masjid Sultan Ahmed ialah Sedefhar Mehmet Aga, Struktur dasar bangunan ini hampir berbentuk kubus, berukuran 53 m x 51 m.
Memang indah senibina islam sebenarnya dan patut kita kekalkan dan kita banggakan.

CR,
BalasPadamCantik masjid biru ni, one fine day saya juga berhajat sampai di sini bersama keluarga saya.Amin
faisal tehrani ada tulis cerpen 'seekor kucing gemok di masjid biru'... saya selalu perasan kucing gemok tu saya, kih kih kih
BalasPadamBapak tak gi melawat makam Kamal Atartuk?
BalasPadamrosli
BalasPadaminsyallah, pasti sampai dgn izin Allah jua, byk tempat menarik boleh explore kat sana
KOG
BalasPadamtu kucing gemok bukan kucingorengemok hehehehe
aman
BalasPadamtak sempat walaupun dah lalu kat istana dia tu