WARGA SCP

Jumaat, Julai 29, 2011

ISTANBUL : GRAND BAZAAR part 3


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

Punyalah banyak jalan dan lorong kat dalam Grand Bazaar ni boleh buat kita sesat. Jadi aku sentiasa memerhatikan pintu2 dan nama lorongnya agar aku dapat kembali ke pangkal jalan hehehe

Penat cuci mata, kami lepak pula disebuah cafe di dalamnya ala2 DOME tu dan pekena secawan Capuchino dengan kuih tradisional entah apa ke benda namanyanya yang mak itam order.
Yang pasti jangan mimpi nak jumpa goreng pisang atau karipap panas

sempat aku rakamkan potret tuan kedai

Sebelum tu , aku dah nampak beberapa seramik buatan tangan hasil penduduk Turkeye yang begitu menarik hati ku, jadi aku survey dulu harga kat beberapa kedai dan akhirnya aku belilah juga 5-6 biji yang sedang serta 5-6 biji yang kecil cenonit buat hiasan dalaman rumah ku dan sebagai tanda kenangan-kenangan kat kedai mamat ni. Harga setiap satu mangkuk seramik ni berbeza2 ikut corak kerana semua buatan tangan, lagi rumit corak dan warnanya, lagi mahal


Kalau ikut hati nak beli sebijik dua yang besar , tapi apakan daya , masalah nak bawak nanti dan pecah berderai pula . Sebijik yang sedang dalam 15 TL juga setelah tawar menawar dari harga asalnya 20 TL , tapi ada kedai lain dengan corak dan saiz yang sama letak 25 TL sebijik.

Pekerjanya "bubble wrap" semua tembikar tadi sebagai langkah2 keselamatan dan yang pasti aku terpaksa jadikan "hand Luggage" nanti .Kalau masuk perut kapalterbang , pasti TEMBIKAR bertukar menjadi TERBURAI ...



security guard dengan alatan "metal detector"
di salah satu pintu masuk
hanya lakukan scan secara rambang je yg bawak beg



watercooler asliair paip ni tapi disedaikan kole utk minum








8 ulasan:

  1. CR<

    Bestlah tmpt shopping ni, nampak lively dan bersih dan banyak pilihan hati kita

    BalasPadam
  2. lamanya pak itam gi bazaar...tentu banyak yg "terangkut"...hihi

    BalasPadam
  3. saya memang suka sangat kalau dapat ke "souk"....bukannya "zouk".....hahahahahah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    cantik2 buatan tangan mereka
    halus seni mereka....
    minta 1 mangkuk....boyehh

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADAHAN AL MUBARAK

    Wassalam

    BalasPadam
  5. rosli

    saya suka sgt suasana dan panorama kat Grand bazaar tun yg punya lah besar meliputi 4000 lebih kedai

    mcm2 ada kat dalam tu

    tak jumpa suasana begitu kat tempat lain

    BalasPadam
  6. tak lama kak nab dalam 2-3 jam je hehehe

    banyak "terangkut" foto2 yg menarik je kak hehehe

    BalasPadam
  7. sauk ok

    zouk hehehehe sendiri mau ingat le hahaha

    semua keluar sauk ceria dan happy

    yg keluar zouk pula terhoyong hayang hahaha

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam atuk

    boyehhhhh hehehhe

    kalau atuk tersesat ke HC ke, saya simpan satu yg kecik , kalau org lain dah terambik, kita ganti mangkuk lain heheheh

    BalasPadam