WARGA SCP

Rabu, Julai 13, 2011

BURSA : MENIKMATI SINARAN MENTARI PETANG DI LAUTAN MARMARA


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH


Selepas menghabiskan masa dengan pelbagai akitiviti yang menarik di Bursa, bertolak pulang ke istanbul agak petang jugak namun tak menjadi masalah kerana yang paling penting segala urusan yang wajib dengan pencipta kita telah dapat dijalankan .
Dijangka sampai agak lewat malam juga ke Istanbul tapi tak kisah kerana magrib lebih kurang pukul 8.45 malam . Seperti biasa perjalanan diteruskan dengan menaiki feri menyeberangi lautan Marmara ketika waktu petang memang begitu mengasyikkan. Panorama indah sepanjang perjalanan menjadikan hati dan jiwa bapak terasa tenang dan damai walaupun pukul 3 pagi tadi waktu Istanbul (malaysia lebih kurang kul 8-9 pagi) hp bapak berbunyi berulang kali namun bapak biarkan je .
Dah pukul 6 pagi di sini baru bapak buat panggilan semula dan untuk seminit lebih je , rm17++ bila bapak kembali dan lihat bilnya hehehe
takpelah, nak buat mcmmana kannnnnn , yang pasti bukan silap ku kerana aku ingin menyelesaikan urusan sebelum bertolak ke sini, tapi mereka kata takpelah pasal tak penting sangat dan lagi satu pemergian ku tidak langsung diberitahu kepada sesiapa pun melainkan beberapa individu krn mereka terpaksa mewakili ku kalau ada urusan penting.Lantas beberapa sms ku layang buat seorang staff ku minta selesaikan. Setiap sms pula berharga RM1 sekali hantar dari sini.

Konsep hidup ku senang sahaja, "kalau aku mempermudahkan urusan orang lain, insyallah Allah akan mempermudahkan urusan ku dan kalau bukan aku, pasti Allah mempermudahkan urusan anggota keluarga ku"

Insyallah

anjing ni pun nak balik istanbul, dia ikat kat tempat khas

Tenang dan damai terasa di hati menatap lautan yang luas dan langit yang membiru membuatkan jiwa ku terasa insaf kerana aku dikalangan orang yang bertuah di mukabumi ini yang Allah kurniakan dengan sedikit lebihan rezeki untuk aku menikmati saat2 begini yang sebelum itu tak pernah berada dalam pemikiran ku, Alangkah bahagianya ...



Aku memang jenis yang tak tahu duduk diam kerana itu habis aku keliling feri ni atas bawah,atas bawah lalu aku bertemu dengan tuan haji turkeye ni lantas berbual dalam bahasa ayam dan itik , tapi yang pasti aku faham apa yang nak diperkatakan dan dia faham apa yang aku maksudkan.

2 keping potretnya sempat aku rakamkan sebagai tanda kenangan dan begitu juga dengan potret 3 Abdul ni, Abdul Turki, Abdul Turkey, Abdul Turkeye begitu istimewa bagi ku kerana mereka yang menawarkan diri secara sukarela untuk diambil gambarnya sebagai koleksi ku.

Kelihatan beberapa ekor camar jugak mengiringi pelayaran kami petang tu,

Allah...., begitu besar nikmat dunia yang Allah bagi buat ku dan keluarga ku dan aku sangat bersyukur atas apa jua nikmat dan pemberiannya


3 Abdul dengan pose istimewa








agaknya inilah yang dikatakan orang "camar yang pulang"

2 ulasan:

  1. pak itam,
    yang pastinya... kita jeles ar....

    BalasPadam
  2. janganlah mcm tu kak pah
    nanti bengkak tu dari betis naik ke peha pulak heheheheheheheheheh

    BalasPadam