WARGA SCP

Khamis, Julai 14, 2011

ISTANBUL : PANORAMA & KESESAKAN LALULINTAS

perjalanan pulang dari Bursa ke Istanbul

Kalau tak salah aku tahun 2004 , masa tu aku dan mak itam kira baru 3-4 tahun dikurniakan Allah minat untuk menjelajahi dan mengembara melihat negara orang, kami telah berpeluang mengelilingi benua Eropah meliputi negara Britain, Belgium,Belanda, Swiss, Jerman dan Peranchis . Kami masa tu cetek dan kurang berpengalaman , jadi nak ambil jalan selamat , kami memilih perkhidmatan Trafalgar Tour di London dengan bayaran 345 pound sterling seorang (masa tu 1 pound sterling = RM 7.50) untuk lebih kurang 10 hari .

Tapi rupanya dalam pekej mereka banyak "optional" dan yang wajib hanya kebanyakkan "seightseeing" . Wajib hanya pada penginapan dan pengangkutan , sarapan pagi dah kat hotel , makan tengahari perlu ditanggung sendiri di dalam perjalanan dan begitu juga makan malam .




menyeberang ke benua eropah

Kami manalah tahu semua tu masa tu. Setibanya kami di Amsterdam Belanda waktu petang , malamnya ada aktiviti menyusuri terusan mengelilinggi bandar Amsterdam dengan bot , tapi semua adalah "optional" dan kena tanggung sendiri . Begitu juga ketika di Swiss, menaiki dan minum petang di Pergunungan Pilatus kena tanggung sendiri , begitu juga di Paris ketika menyusuri Seine River dan menaiki Effiel Tower pun kena tanggung sendiri. Pendek kata semua tempat kena bayar dan bertiket semua tanggung sendiri .

Lepas tu sehari 2 euro tips untuk pemandu pelancong (Travel Manager) dan 1 euro pula untuk pemandu bas . Jadi 3 euro kali dengan 10 hari = 30 euro seorang .

Yang paling tak tahan , terkejar2 masa disetiap perhentian .

Takpelah, itukan semua pengalaman.

Tu sebab lepas tu , aku jarang gunakan perkhidmatan pakej di UK selepas tu, aku nak jalan aku sewa kereta dan jalan sendiri .



Tapi terus terang aku katakan , kali ni kembara ku di bumi Turkeye ini walaupun menggunakan pakej yang di atur oleh pihak agensi Rayhar Travels sehingga aku pulang pada ku alhamdulillah pada ku semua teratur dan tidak perlu lagi keluarkan wang dari kocek . Sarapan pagi, makan tengahari serta malam semua dah "all in". Ini termasuklah semua tempat berbayar yang perlukan tiket serta pengangkutan seperti feri dan juga "river cruisse" di selat Bosphorus selama hampir 3 jam juga dah termasuk . Aku tak tahulah orang lain , tapi pada ku semua dah ok. Nak sempurna 100% tentulah mustahil kerana semuakan perancangan manusia dan akhir kata Allah juga yang akan menentukan dan terpulanglah kepadaNYA.

Yang paling best, tak terkejar2 masa dan "tourist guide" tu flexibel dan kami dalam keadaan yang santai sahaja .

Paling penting , kami dapat mengerjakan solat di masjid2 yang kami singgah dan aku juga berpeluang solat jumaat di bumi Turkeye yang menjadi pengalaman berharga bagi ku kerana khatib menggunakan bahasa arab dan dan bahasa Turkish.



penuh sesak dengan kenderaan di mana-mana


teksi banyak kat sini





masjid kat mana-mana





opssssss , kalau anda seorang pemandu yang jenis tak sabar dan cepat "panas" ,
janganlah memandu di Istanbul ni pasal kenderaan memang banyak dan padat sekali
di mana-mana

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...kak nab tumpang seronok jalan2 kat turki...terima kasih pak itam kerana sudi kongsi pengalaman..dan gambar2 yang sangattttt best...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kak

    sekadar berkongsi pengalaman indah dan foto2 di sana, mana lah tau kak, kalau ada sesiapa nanti pergi ke sana , sekurang2nya dapat serba sedikit gambaran


    pssss sekeping gambar pun tak cuci lagi hehehe

    dan koleksi gambar besar yg biasanya saya framekan pun tak cuit lagi hehehe

    BalasPadam