Masjid Yesil (Turkish: Yeşil Cami ATAU "Green Mosque") juga dikenali sebagai Masjid Mehmed I terletak di bahagian timur Bursa . Kiranya dekat je dengan tempat bapak makan tengahari tadi . Kawasan ni dulu merupakan bekas kawasan pentadbiran Otomman turkeye sebelum mereka menakluk Costantinople pada tahun 1453. kompleks masjid ni merangkumi kawasan permakaman , madrasah , dapur dan tempat mandi.
Masjid Jamek Yesil telah memperlihatkan gabungan senibina islam yang unik dan pembinaannya telah dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed I Çelebi pada tahun 1412 dan siap sepenuhnya pada tahun 1419 .

Arkitek islam terkenal yang bertanggungjawab merekabentuknya ialah Hacı İvaz Pasha manakala yang bertanggungjawab menghiasi dalamannya ialah Ali bin Ilyas dan Mehmed el Mecnun.
Masjid ini mengalami kerosakkan semasa berlaku gempa bumi kuat pada tahun 1855 namun dibaikpulih sedikit demi sedikit masa tu kerana kekurangan dana .

Apabila azan zohor berkumandang, berkejar bapak dan rakan sekalian menuju ke Yesil Camii ni. Bukak paip nak wuduk, alamak sejuk dan dinginnya air kerana kawasan Bursa ni memang terkenal sebagai salah satu sumber air dari gunung .
Ruang solat di dalam masjid ni agak terhad sekarang kerana sebahagian besar masjid ini sedang dalam proses baik pulih , kelihatan seorang muaazin melaungkan azan dan iqamah begitu segak sekali kerana berpakaian kemeja dan berseluar "slack" serta bertali leher .Mungkin ketika ini waktu rehat di pejabatnya dan dia melakukan secara sukarela. Ramai jemaah juga tengahari tu
Ini kali pertama bapak solat berjemaah berimamkan dari suku bangsa Ottoman tapi pengalaman pertama ini akan kekal sepanjang hayat kerana tok imamnya punyalah laju hingga hampir tak terkejar bapak dan rakan2 yang lain dan hampir terputus kami dengan imam. Lalu menjadi gurauan diantara bapak dan mak itam serta rakan yang lain selepas itu,
"kalau nak cepat selesai solat , cari imam turkeye."

Ni bukan senafas lagi baca Fatehah mcm tok2 imam kita baca bila tiba bulan Ramadhan dan solat terawih 20 rakaat,
bapak rasa imam turkeye ni baca suku nafas pun tak sampai pasal mmg laju benar pergerakkannya , moga Allah menerima solat kami semua pada hari tu yang terkejar2 mengejar imam bak kena kejar dengan hantu raya gamaknya

jemaah2 selepas solat hari ni
menuju kawasan permakaman selepas solat
suka senyuman pakcik yang berserban hijau itu.
BalasPadamSalam pak itam,
BalasPadamMelancung...dengan pakej lawatan adalah ziarah kerumah Allah...cukup istimewa...
kak nab pulak terkejar2 baca entri2 pak itam....
BalasPadamkak pah
BalasPadamsaya pun suka lihat foto org tua ni ,mukanya bersih dan bersinar kak, masa lepas solat dan dia nak keluar dari masjid, ramai anak2 muda turkeye yang saya lihat bersalam peluk dengannya, saya rasa dia orang lama kat situ,
waalaikumsalam shami
BalasPadamseronok dapat menziarahi rumah Allah kat turkeye ni yang kebanyakkannya beratus tahun usianya
jangan risau kak nab, n3 turkeye ni panjang lagi hehehe
BalasPadam