WARGA SCP

Rabu, Jun 29, 2011

BURSA : FAKTA BERKAITAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Bursa sebuah bandar yang terletak di baratdaya Turkeye dan terletak dalam wilayah bursa. Mempunyai penduduk sekitar 1.9 juta dan menjadi kota yang ke 4 terkenal dan popular .

Bursa terletak di kawasan Mount Uludağ di bahagian selatan wilayah Marmara . Dikelilingi oleh lautan Marmara dan Lautan Yalova di bahagian utara Kocaeli dan Sakarya ; Bilecik di bahagian timur dan Kütahya dan Balıkesir di bahagian utara.

Bursa kerap dipanggil dengan gelaran "YESIL BURSA" yang membawa maksud " GREEN BURSA" kerana ia sebuah kawasan boleh dikira tanah tinggi juga kerana terdapat banyak taman2 menghijau yang menghiasinya dan pada musim sejuk pula kawasan pergunungan Uludağ menjadi kawasan bagi peluncur2 salji dan segala kemudahan berkaitan terdapat di atas pergunungannya termasuk sebuah ski resort. Sayangnya kunjungan ku ke sini pada permulaan musim panas , jadi kalau nak ke atas pun takde salji dah hehehe

Lagi satu , Bursa juga terkenal dengan menu makanan Turkish terutamanya kacang chestnut bersalut gula dan İskender kebab.

Kasa a.k.a Cash a.k.a Tunai
bunyi bahasa turkish ni dedekat sama je hehehe



Dalam perjalanan ke Bursa, melintasi sebuah pekan kecil lalu singgah sebentar kami di salah sebuah perusahaan kecil yang memproses Turkish Delight . Puas jugalah merasa kepelbagaian jenisnya dan ada sekotak dua juga bapak beli buah ole2 , antaranya cotton candy dan entah apa nama kebenda tu yang manis sangat , kalau orang kecing manis, confirm lps jamah je apakebenda ni, terus gula tak boleh baca hehehe

Memang kebanyakkan Turkish delight ni manis2 belaka

bas awam dia comel


bapak sering kali jumpa perkataan kucuk ni

di Wilayah Bursa ni, lebih banyak warganya yang boleh kira veteran
kira mcm bandar tempat orang dah pencen la


lagi bas awam dia


kedai makan rasanya ni

di Turkeye left hand drive


Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Bursa yang dalam 60 km lagi menyusuri kaki2 bukit mcm jalan nak ke Cameron Hoghlands pulak rasanya . Kami akan terus menuju ke kawasan Yesil Mosque untuk makan tengahari dahulu sebelum melawat kawasan persekitarannya.



kereta polis dok tepi memerhati sapa yg langgar peraturan pasti disaman




5 ulasan:

  1. terbayang sorang mak mengagah bayinya- alaa, kucuk-kucuk-kucuk mak! hehe :)

    BalasPadam
  2. ingatkan bursa saham hii...

    BalasPadam
  3. KOG

    kalau bini mangagah laki
    "ala bucuk-bucuk-bucuk"
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kücük maksudnya kecil, bapak :)

      Padam
  4. kak pah

    bursa saham turkeye hehehe

    BalasPadam