WARGA SCP

Sabtu, Julai 30, 2011

ISTANBUL : GRAND BAZAAR part 4

Lusa nak bertolak dah ke tanah suci Madinah , kami akan terus masuk ke Madinah dan dari airport Madinah akan terus ke hotel penginapan di Dallah Taibah. Sekarang kebanyakkan agensi pergurusan umrah dah beri pilihan samada ke Jeddah atau ke Madinah. Kalau ke Jedaah penerbangannya, nanti kena sambung lagi perjalanan menaiki bas dalam 5-6 jam lagi . Tapi kalau masuk terus melalui Madinah, hanya 30 minit je perjalanan dari airport ke bandar Madinah. Itulah sebenarnya membezakan harga sesuatu pakej tapi memberi sedikit keselesaan dan kemudahan sebenarnya, terpulang pada masing2.

Harga sesuatu pakej juga bergantung pada jarak sesebuah hotel samada di madinah atau makkah dengan masjid. Lagi dekat , lagilah mahal .

Kadangkala ada individu berkata, apalah ada pada jarak dari hotel ke Masjidilharam, namun sebenarnya bagi sesiapa yang pernah mengerjakan fardhu haji atau umrah , pasti tahu sebab musabab mengapa mengapa jarak sesebuah hotel dengan masjidilharam atau masjid nabawi sering menjadi "highlight" pada setiap brosure yang di tawarkan oleh agensi pengendali haji dan umrah . Terkenang daku dulu masa mengerjakan haji, walaupun hotel penginapan kami hanya 180 meter dari dataran, tapi musim kemuncak pada waktu subuh jam 2.30 pagi dah berkejar ke Masjidilharam walaupun subuh pukul 4.30 pagi kerana walaupun jarak yg dekat tapi dengan jutaan jemaah menyebabkan sukar dan susah nak masuk ke Masjidilharam kalau terlambat.

Namun walau pakej mana yang kita pilih, kita kena berbalik dengan niat dan tujuan asal kita ke sana , iaitu untuk menunaikan umrah dan beribadat dan kita JANGAN SESEKALI berasa riak atau sebaliknya dengan rezeki yang Allah kurniakan pada kita dengan pilihan pakej yang kita pilih kerana kita sama je di hadapan Allah S.W.T

apabila kita mengenakan ihram, kita sama je di sisi Allah
apabila kita melakukan tawaf, kita sama je di sisi Allah
apabila kita bersaei, kita sama je di sisi Allah
apabila bersolat dan berdoa di hadapan Baitullah, kita sama je di sisi Allah

yang membezakan kita di sisi Allah adalah ketaqwaan dan amalan kita.


Sekarang seringkali kita dengar ramai jemaah2 umrah yang rasa tertipu kerana perkhidmatan yang ditawarkan tidak memuaskan berbanding harga yang ditawarkan. Manakan tidak, ada kalangan penyedia pakej umrah meletakkan harga yang rendah dan kadang-kala tidak munasabah dan sudah tentu perkhidmatan yang dijanjikan kekadang indah khabar dari rupa.

Memanglah kita hanya merancang, Allah yang menentukan, tapi kan manusia yang menguruskan , jadi kepada bakal2 jemaah yang baru pertama kali bercadang nak menunaikan umrah, berhati-hatilah memilih pihak travel agensi dan pilihlah syarikat2 penyedia yang kita tahu sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik dan mempunyai "track record" yang baik juga.

Seringkali juga kita dengar yang ada jemaah yang dah siap semua , dan siap buat kenduri lagi sebelum bertolak, alih2 setiba di airport tak dapat berlepas atas alasan seperti visa tak dapatlah , dan ada juga pengendali yang tiket kapalterbang pun depa tak beli , mcmmana nak "confirm flight" , itu belum lagi yang tersadai di lapangan terbang dalam penerbangan transit kekadang hampir 7-8 jam akibat tiket tak confirm. Nasib baik dia tak beri alasan kunci kapalterbang hilang.

Aku kalau terbaca cerita2 mcm tu kat surat khabar, rasa kasihan sungguh dan tentu luluh hati dan perasaan individu yang terkena macam tu.

Tu sebabnya sekarang banyak kita terbaca di dada2 akhbar, ramai yang membawa kes2 seperti ini ke Tribunal Pengguna.

Macam aku katakan tadi , kita hanya merancang, Allah yang akan menentukan
Tapi sebagai manusia , Allah suruh kita berikhtiar dulu sebaik2 mungkin , selepas tu berdoa dan bertawakkal

Itulah manusia hari ini yang banyak tak jujur dalam menjalankan perniagaan tapi aku tak heran pasal kat tengah kota makkah lagi dan kat laman masjidilharam lagi, ramai pencuri dan pencopet sedangkan depan mereka tu Baitullah.


Satu Artikel Sebagai Renungan dan Pedoman

Jemaah umrah tertipu kurang tempat mengadu
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/04/22

INDUSTRI pelancongan Muslim khususnya pakej haji dan umrah di negara ini semakin berkembang dan dianggarkan bilangan yang menunaikan umrah meningkat saban tahun. Tahun lalu saja mencecah hampir 90,000 orang.

Peningkatan itu didorong kekuatan kewangan umat Islam, selain mendapati menunaikan haji kecil juga wajib yang mampu. Lantaran pasaran luas, tidak hairanlah ribuan agensi pelancongan dan pengembaraan yang berdaftar atau tidak dengan Kementerian Pelancongan serta persatuan pelancongan berebut mencari pelanggan dengan menawarkan pakej menarik yang ada antaranya tidak masuk akal. Ini termasuk syarikat pelancongan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berlumba mencari pelanggan, termasuk melantik wakil di ceruk kampung bagi mengumpul jemaah dengan menjanjikan tawaran 10 orang mendaftar akan menerima satu pakej umrah percuma.

Tiada satu akta pun menegah syarikat termasuk bukan Bumiputera yang berdaftar dengan kementerian membabitkan diri dalam pengendalian pakej umrah, walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang itu.

Mereka boleh menjalankan aktiviti perniagaan, hatta membuat tempahan penginapan terus ke Makkah dan Madinah, menguruskan tiket kapal terbang, melantik mutawif bagi mengurus aktiviti perjalanan umrah atau pun mendapatkan visa umrah daripada syarikat dilantik Kedutaan Arab Saudi.

Masalah hanya timbul apabila jemaah ditipu ejen atau syarikat pelancongan sehingga tidak sempat menjejakkan kaki ke Tanah Suci walaupun sudah membayar pakej ribuan ringgit, kalau tiba di sana pula, janji manis yang ditaburkan indah khabar daripada rupa.

Jemaah sedar cabaran menunaikan ibadah ini menuntut kesabaran tinggi dan berhadapan risiko jika membuat tempahan dengan syarikat yang tidak diketahui latar belakang terutama kepada mereka yang tidak ada pengalaman dan pertama kali ke Tanah Suci.

Berikutan tiada entiti yang memantau perkembangan ini, maka berlaku pelbagai amalan tidak profesional di kalangan pengamal industri ini termasuk mengutip wang daripada pelanggan tanpa lesen atau kemudahan yang ditawarkan tidak sama seperti diiklan dalam pakej.

OK, kita sambung cerita babak terakhir kat Grand Bazaar ni

Ni "my son of gun" dan dah minta belikan cermin mata hitam pasal cuaca dijangka panas dan terik di sana nanti. Puaslah juga kami berdua dok melilau satu Grand Bazaar cari spek hitam dan akhirnya dapat juga sepasang "Rayban" celup . Towkey kedai tu letak TL 20, dah dasar orang melayukan, tawar tetap tawar dan akhirnya dia kasi TL15 , kebetulan ada seorang perempuan mat Salleh yang tengah beli juga tercenggang tengok aku tawar menawar pasal bukan budaya mereka bab tawar menawar ni, akhirnya apabila tengok aku dapat tawar , dia pun nak menawar juga tapi towkey kedai tak kasi hehehe

Akhirnya, kami yang saling tak mengenali sama2 gelak pasal minah salleh tu kata dia patut menuntut ilmu ni dengan aku ngeh ngeh ngeh









Jumaat, Julai 29, 2011

ISTANBUL : GRAND BAZAAR part 3


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

Punyalah banyak jalan dan lorong kat dalam Grand Bazaar ni boleh buat kita sesat. Jadi aku sentiasa memerhatikan pintu2 dan nama lorongnya agar aku dapat kembali ke pangkal jalan hehehe

Penat cuci mata, kami lepak pula disebuah cafe di dalamnya ala2 DOME tu dan pekena secawan Capuchino dengan kuih tradisional entah apa ke benda namanyanya yang mak itam order.
Yang pasti jangan mimpi nak jumpa goreng pisang atau karipap panas

sempat aku rakamkan potret tuan kedai

Sebelum tu , aku dah nampak beberapa seramik buatan tangan hasil penduduk Turkeye yang begitu menarik hati ku, jadi aku survey dulu harga kat beberapa kedai dan akhirnya aku belilah juga 5-6 biji yang sedang serta 5-6 biji yang kecil cenonit buat hiasan dalaman rumah ku dan sebagai tanda kenangan-kenangan kat kedai mamat ni. Harga setiap satu mangkuk seramik ni berbeza2 ikut corak kerana semua buatan tangan, lagi rumit corak dan warnanya, lagi mahal


Kalau ikut hati nak beli sebijik dua yang besar , tapi apakan daya , masalah nak bawak nanti dan pecah berderai pula . Sebijik yang sedang dalam 15 TL juga setelah tawar menawar dari harga asalnya 20 TL , tapi ada kedai lain dengan corak dan saiz yang sama letak 25 TL sebijik.

Pekerjanya "bubble wrap" semua tembikar tadi sebagai langkah2 keselamatan dan yang pasti aku terpaksa jadikan "hand Luggage" nanti .Kalau masuk perut kapalterbang , pasti TEMBIKAR bertukar menjadi TERBURAI ...



security guard dengan alatan "metal detector"
di salah satu pintu masuk
hanya lakukan scan secara rambang je yg bawak beg



watercooler asliair paip ni tapi disedaikan kole utk minum








Khamis, Julai 28, 2011

ISTANBUL : GRAND BAZAAR part 2


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah


Jom layan gambar jelah , tengah sedih ni


salah seekor anak kucing kesayangan ku bernama "Blanket" yang cantik bulunya berwarna kelabu dan manja telah mati kena langgar depan rumah ku tepi hutan ni , pagi2 aku nak keluar pi menoreh , aku temuinya terbaring kaku dengan darah merah menggalir kerana dilanggar di kepala ,

Dulu semua duduk dalam sangkar dan aku lepaskan sekali sekala je, tapi hari tu masa nak bertolak menunaikan umrah, semua aku lepaskan termasuk kura2 aku yang nama "tit-tit" tu

kucing2 aku ni memang suka main kat keliling rumah dan selalu lepak2 depan rumah , aku dan mak itam kalau nak keluar sebelum "start moto" pastikan dulu kucing2 ni takde kat bawah moto roda tiga aku atau main kat depan,begitu juga kalau nak masuk parking , entah siapa yang melanggarnya ...


Pepagi aku nak pi noreh, kesemua 14 ekor dah menunggu kat depan pintu depan dan macam biasa aku ajak mereka pi belakang rumah dan kasi depa semua breakfast dulu dengan Whiskas sebelum aku pi

Balik tengahari nanti , depa semua juga dok pakat tunggu kat kat bawah "porch" , arahkan depa semua dulu ke tepi baru aku parking motor roda tiga aku.Kemudian kasi depa makan tengahari pula

Petang lepas asar depa dok tunggu aku lagi depan pintu pasal nak makan malam pula yang kebiasaannya dalam pukul 5.30 petang.

Itulah salah satu hiburan ku melayan karenah2 dan gelagat2 kucing ni kerana kat rumah aku bukan ada bebudak lagi , kekadang mak itam tanya " awak cakap dengan sapa tu " ketika aku layan kucing2 ni

Sepanjang aku tinggal kat rumah tepi hutan ni hampir 22 tahun, inilah kali pertama kucing ku kena langgar pasal depan rumah ku bukan jalan utama , jadi tadi sebelum pi noreh terus ambik cangkul dan kebumikan tepi rumah . Hilang dah salah sekor kucing yang aku selalu dok berbual dan bermain , kesian abangnya "Blackey" pasal adiknya dah meninggal ....
takde geng nak bermain dan bergumpal

Begitulah kehidupan ini kerana setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua...............namun sedih tetap sedih pasal aku yang bela depa semua kasi makan dan minum.....
aku yang jaga "blanket" dan abangnya sejak dari dia dilahirkan masa belum bukak mata

aku lihat dia membesar depan mata ku
tapi Allah pinjamkan "blanket" sekejap je
aku redha kerana seperti kata ku
setiap yang bernyawa pasti akan kembali pada PenciptaNya





seorang pelancong sedang mencuba pasmina