dedulu takde simen yg siap dibancuh mcm ni dan terus curah je
semua bancuh sendiri dan tolak guna "wheel barrow"
kemudian meniti ikut papan yang dibuat sebagai jalan
silap haribulan boleh jatuh ke bawah
Bila terlihat pekerja kontrak ni yg sedang bertungkus lumus menyiapkan pembinaan, kenangan 25 tahun dahulu kembali di kotak pemikiran ku.
Aku pernah merasai penat jerih seperti itu ketika usia ku masih muda belia lagi.
Kenangan lama mengajak ku kembali memuhasabah diri dan semua peristiwa tersebut berputar di kotak pemikiran ku yg ku rasakan
"ah, macam semalam je aku baru memulakan tugas ku sebagai buruh binaan"
Untuk permulaan pada masa tu , tiada tugas spesifik yang diberikan pada pak itam.
Ialah, pengalaman pun takde.
"Tapi takkan selamanya begini," bisik ku.
Aku perlu memajukan diri dengan mempelajari seberapa banyak selok belok dunia kontrak ni. Semua kena belajar sendiri melalui pemerhatian . Akhirnya aku telah menawarkan diri untuk mengendalikan mesin pembacuh simen atau dalam bahasa inggerisnya "matcher" . Dedulu takde lori pembacuh simen macam hari ni. Jadi semua simen dibancuh sendiri di tapak pembinaan.
Memang sungguh mengazabkan kerana simen seberat 50 kg perlu dimasukkan ke dalam mesin menggunakan kudrat . Bancuhannya juga perlu seimbang macam memasak nasi . Kalau lebih air, nasi menjadi lembik . Begitulah juga.Simen dan air perlu mengikut sukatan.
Hari pertama mengendalikan mesin ini, selepas pulang ke rumah, pak itam lembik kepenatan. Seluruh urat2 tangan dan pinggang menjadi terlalu lenguh dan sakit. Bayangkan dari pagi hingga petang, entah beratus kampit simen yang pak itam bancuh . Minyak urat menjadi teman semalaman.
Keesokkan pagi, walaupun lenguh dan kejang seluruh badan , namun kerja tetap kerja
macam dalam cerita ali baba dgn 40 org penyamun ,
KERJA, KERJA,KERJA
Kayuhan basikal pagi tu terasa jauh sungguh, mungkin akibat keletihan.
Tapi masa tu aku kayuh basikal yg ada palang kat tengah tu, bukan macam basikal yg ibrahim pendek tu kayuh .
Tapi bak kata pepatah,
"alah bisa , tegal biasa " lama kelamaan , dah tak terasa lagi azabnya.
Selain waktu rehat pukul 10.00 pagi, pukul 1.00 tgh siren akan berbunyi menandakan waktu makan tengahari. Bungkusan nasi yang disediakan oleh ibu dirumah menjadi habuan. Makanan memang terasa lazat kerana kepenatan dan kelaparan. Lepas tu aktiviti bebas sehingga siren berbunyi pukul 2.00 ptg menandakan bermulanya " sambungan babak pertama "
"Alhamdulillah, selamat dah 1/2 kong pagi, dapat lagi 1/2 kong petang pula"
Tepat pukul 5.00 siren akan berbunyi menandakan tamatnya waktu rasmi hari itu. Tapi kebiasaannya terdapat kerja2 overtime yang ditawarkan untuk menyiapkan kerja2 yang tak dapat disiapkan. 1 jam overtime masa tu RM2.00 tapi sekiranya overtime sampai melepasi pukul 8.00 malam, dapat elaun makan RM 5.00 seorang. Biasanya sampai pukul 10.00 malam.
"MALAM INI KITA OVERTIME, HOREYYYYYYYYYYYYY"
Kerja-kerja overtime akan ringan sikit tapi memerlukan kemahiran. Kemahiran diperolehi melalui pengalaman melakukan sendiri tugasan tu. Tapi kalau tak cuba, mana nak dapat kemahiran tu.
Dari tak tahu pasang siling, pak itam dah pandai memasangnya. Kemudian semua penjurunya ditutup dengan menggunakan "silicon" yang dibekalkan. Yang seronok overtime ni, tiada pengawasan . mereka hanya beri kerja dan target mana yang perlu disiapkan dan jangakaan jam waktu overtime . Jadi kalau siap awal, boleh balik cepat.
Pendek kata untuk menjadi pekerja yang mahir, semua mesti dipelajari sendiri melalui pemerhatian dan kemudian mencubanya sendiri . Semua bahagian pak itam cuba dan pelajarinya. Hampir semua kemahiran sebagai pekerja kontrak seperti mengikat besi , menyimen dan bermacam lagi pak itam dapat kuasainya.
Siapnya bangunan yang dibina bermakna tamatlah tugas kita sebagai buruh binaan .Begitu juga dengan pak itam sebagai pekerja kontrak di sini . Namun hati berasa puas kerana dapat bersama-sama menyumbang untuk pembangunan negara walaupun hanya sekelumit saja sebagai pekerja kontrak.
"Alamak , nak kerja apa lepas ni. Rasanya nak cari kerja lain pulak lah"
Bukan apa, untuk mengisi pelbagai kemahiran dalam diri .
Penghijrahan dari pekerja kontrak kepada pekerja kilang perabot .
Maka sebuah kilang perabot yang terletak di Tg Agas menjadi pilihan bersama rakan-rakan tadi .
Tapi .........