WARGA SCP

Sabtu, Julai 03, 2010

ROAD TO AFRIKA : GELAGAT PENYOKONG part 3

ALHAMDULILLAH,

Suasana gamat dengan tiupan vuvuzela kedengaran memenuhi keseluruhan stadium.
Pada ku masih ok lagi, mungkin kerana aku ni jenis telinga badak kot hehehe

Sebenarnya bunyi tiupan ni menjadi pertikaian hangat kerana boleh mendatangkan kerosakan pada gegendang telinga , tapi jika ditiup betul2 di depan telingalah

kalau dah cukup bulan, mau terberanak ,
kalau tgh nak buang air besar, mau terencat,
kalau sakit perut , cadang nak terkentut, terus terberak
itulah penangan vuvuzela ni


bunyinya seumpama tiupan "AIR HORN" lori
nak tiup hingga berbunyi pun bukan mudah, ada caranya ,
kalau silap tiup, bunyi tak keluar, air liur je menyembur keluar hehehe

anak pak itam dah pandai tiup benda alah ni, pak itam pun dah pandai juga

kalau kita lihat setiap perlawanan WC di tv sekarang ni,
bunyi ini seakan2 tidak berhenti ,

Ada pihak cuba mengharamkan, tapi dibantah sekeras2nya oleh SA kerana vuvuzela ini sejenis tiupan tradisional bagi orang kampung dulu2 , mereka meniup tatkala memanggil org kampung berkumpul

vuvuzela

Macam juga kita dulu2, panggil org kampung pakai beduk dan gendang yang dipalu

Manakan tidak , kalau hampir 30-40 ribu yang meniupnya, jadi ia seakan2 bersahut-sahutan dan berpanjangan, menambahkan lagi kemeriahan WC 2010.

Vuvuzela ni pun berlainan harganya mengikut aksesori yang dilekatkan bersama seperti bendera negara, manik dsb.

Yang pasti , aku ada 2 koleksi vuvuzela ni .
aku ingat nanti bila aku bawak balik ke tepi hutan, senang aku nak tiup bagi isyarat kepada semua haiwan peliharaan ku hehehe


makaraba

makaroni hehehe

penyokong england pun pandai tiup tu





bola pancit atas kepala

8 ulasan:

  1. salam CR

    Saya selalu tersenyum bila baca N3 kat sini...bersahaja tapi lawak!
    Tunjuk le vuvuzela yg dibeli...oo dia ada yg besar,yg kecik?

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Pak Itam,

    Warna warni yang meriah..memanglah bagai peragaan pakaian..dari kaki sampai ke kepala, dan pelbagai bangsa.
    Kalau yang di rumah pun menjerit sakan..apalagi di stadium sana..VUVUZELA hebat.
    Vuvuzela tu plastik ke besi atau kayu.. macam trumpet lagaknya.
    Terima kasih

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Berapa agaknya harga 1 vuvuzela convert ke RM. Tentu org yg jual tu dah kaya raya!!

    Tapi apapun topi macaroni tu ibu minat sangat, canntteeqqqq...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau pak itam berikat CM atau Nadz ke, boleh mereka tiup untuk panggil murid2 berkupul di dataran sekolah, tak payah guna locin lagi
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam mama ju

    senyumkan penawar hehe

    ada byk saiz, besar kontena buat replika pun ada di sana hehehe

    BalasPadam
  6. salam mama nadz

    vuvuzela yang asal original punya dari tanduk haiwan seperti kudu,
    tapi sekarang dh komersilkan, semua buat dari plastik je

    hari tu ada nampak yg original punya, tapi nak beli bawak balik masalah pulak hehehe

    BalasPadam
  7. salam ibu

    harganya dari 50 rand - 200 rand
    bergantung dari aksesori yg diletakkan

    BalasPadam
  8. salam atuk

    hehehe

    lps cm tiup lalu berkata
    "wahai anak2 semua " hehehe

    BalasPadam