WARGA SCP

Selasa, Julai 20, 2010

ROAD TO AFRIKA : BENDERA DARI LANGIT DI LAUTAN HINDI


ALHAMDULILLAH,

Terlalu besar nikmat yang berikan di mukabumi ini. Kita diberikan udara untuk bernafas secara percuma tanpa perlu membayarnya.

Firman Allah SWT :

"Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.

Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."

Surah Al-Hijr ayat 20-22

Sesungguhnya setiap kejadian di muka bumi ini oleh Allah SWT harus kita kaji dan teliti agar kita sebagai manusia sentiasa mensyukuri segala nikmat Allah ini.

Aku sangat bersyukur kerana aku dapat merasai salah satu nikmat Allah ini di bumi Afrika .
Tiupan angin lautan hindi yang sangat dingin memang mengasyikkan. Semuanya percuma dan hanya ucapan "Alhamdulillah" yang terpancar di sanubari ku tatkala kami berada di sana.

Ombak yang memutih memecah kesunyian pantai sungguh indah mengalunkan bahasa laut yang aku cuba fahami dan hayati apa yang tersirat disebaliknya

Yang pasti dan yang tersurat, nasib baik aku berpakaian lengkap dengan jaket kulit serta glove . Kalau aku ke sini hanya berkain pelikat sahaja, mau terbang kain ku di bawa angin melayang hingga ke stadium mak bedah berhampiran yang tentu menyebabkan penonton di sana menyangka bendera negara mana yang baru turun dari langit hehehe


stadium mak bedah berdekatan

Hotel2 penginapan



ramai peluncur di sini









peluncur sedang menunggu ombak yg sesuai utk meluncur

16 ulasan:

  1. salam CR


    Wah tajuk dah hebat sekarang....berkias-kias pulak....

    Apa yg CR rasa paling manis dan paling pahit semasa kat sana?

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,


    syukur alhamdulillah atas segala kurnian kenikmatan yg tak terhingga oleh Allah SWT...

    terlalu cantik ciptaanNYA utk dinikmati dan dihayati...dan juga utk kita muhasabah diri...betapa kerdil dan hinanya kita ini...

    lihat pd diri sendiri pun...terlalu byk yg telah diberikan secara percuma...maka syukurilah nikmatilah taubatilah...

    terima kasih Allah atas kenikmatan...
    terimakasih pak itam atas N3 ini...

    wallhualam

    BalasPadam
  3. Salam Pak itam..

    Wah2 terasa angin cukup kuat bertiup kat situ..heheh sampaikan kalu berkain pelikat pun bisa terbang ...hehehhe

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah......cantik

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Pak Itam

    dalam banyak2 peluncur tu
    yang mana satu pak itam
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam,

    banyaknya ketinggalan entri... aduss... sib baik tak masuk exam.. takpa, nanti kak chiq follow pelan2... sebelum masuk WC2014 ;]

    peluncur2 tu tak sejuk ke meluncur ombak dengan tiupan angin yang kuat macam tu? kalau pak itam meluncur sama, boleh la guna kain pelikat tu jadik layar...hik

    VpeaceV

    BalasPadam
  7. bendera turun satu hal... abis yang dah tinggal tak berkain tu apa ceritanya? hahaha (tak sanggup kubayangkan)

    BalasPadam
  8. salam mama ju

    tu bukan berkias,tapi tak berkain hehehe

    alhamdulillah, semua yg saya temui manis dan segar dalam kenangan

    BalasPadam
  9. salam taj

    semoga kita semua menjadi insan yg sentiasa bersyukur akan segala nikmat dan pemberian Allah

    insyallah

    BalasPadam
  10. salam shami

    sungguh, mmg kuat betul sampai ramai yg main luncur air kay tepi pantai tu hehe

    BalasPadam
  11. salam ibu

    cantik, tenang, damai

    kurniaan Allah

    BalasPadam
  12. salam atuk

    pak itam dan membobok dalam air hehehe

    BalasPadam
  13. salam kak chik

    tertinggal keretapi ye hehehe

    takpe, boleh selak muka belakang selagi SCP masih ada di alam ghaib ni hehehe

    BalasPadam
  14. salam KOG

    hahahahha

    uiksssss

    toksah bayangkan hahahahahah

    BalasPadam
  15. menarik... amat suka gambar yang pertama tuh.. :D

    BalasPadam
  16. salam emran

    terpaksa pegi sampai hujung jeti nak shoot gambar tu hehehe

    yg tak tahan sejuk giler , angin kuat sungguh hehe

    BalasPadam