WARGA SCP

Khamis, Julai 15, 2010

ROAD TO AFRICA : PANDANGAN MATA HATI DI BUMI APERIKA

ALHAMDULILLAH,

Sebenarnya rasanya , ramai antara kita yang sebelum ini tentu memikirkan yang SA sebuah negara yang mundur, kotor , tidak membangun . Rata2 kalau baca review kat forum2 di internet , ramai juga org2 barat yang selalu bertanya soalan2 yang bernada SA sebuah negara yang sebegitu.
Aku sendiri tidak berpandangan sedemikian selagi pak itam tak tengok dengan mata kepala sendiri .

Kalau dulu sebut sahaja nak pergi SA, tentu ramai yang akan berkata,
"Nak pegi SA ????" dengan nada yang sinis
Tapi SA bukan sebegitu

Kalau dulu , semasa zaman apertheid , mmg agak kurang selamat untuk dikunjungi kerana sering berlaku pertempuran antara pihak berkuasa dengan kaum kulit hitam.

Tapi kaum kulit hitam terpaksa berjuang sedemikian .

Tapi selepas dasar apertheid berkubur sejak beberapa puluh tahun lalu, bumi ini dah banyak berubah walaupun belum 100%.

Jalinan perhubungan jalanrayanya sangat baik, kadang2 lebih baik dari negara kita sendiri .
Begitu juga dengan kemudahan lapangan terbang domestik mereka yang memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat kerana bumi SA terlalu luas. Syarikat tambang murahnya pula ada 5 buah yang beroperasi kerana di sini tiada dasar monopoli . Pilih je lah nak yang mana.

lebuh raya 5 lorong percuma (tiada tol)


kawasan pekan edenvale

sekitar durban

kemudahan jalanraya di luar bandar

Domestik Airport, OR Tambo

Kalau kita bangga kerana memiliki gedung membelah-belah yang tersergam indah, di SA juga terdapat banyak gedung membeli-belah yang besar dan hebat2 . Cuma harga barangannya sahaja yang agak mahal berbanding kita kerana semua terpaksa diimport dari luar.

Cukai GST pula sebanyak 14% bagi semua barangan, tapi kita sebagai pelancong akan mendapat balik rebate GST ni apabila menuntut di lapangan terbang sebelum pulang .

SA tidak mempunyai perusahaan dan kilang2 kerana pelaburan asing agak masih kurang lagi di sana. Itu yang menyebabkan hampir 40% dari penduduk SA masih mengganggur kerana peluang pekerjaan sangat terhad.

hasil dari telur ostrich

Namun mereka terkenal dengan hasil kraftangan yang bertemakan alam semulajadi dan mereka menggunakan segala kemahiran yang mereka ada ini untuk menghasilkan barangan yang bermutu serta unik dengan kudrat kedua tangan mereka dan akal fikiran yang diberi oleh Allah.

pelbagai kraftangan

Aku berkesempatan mengunjungi Pavillion , dan yang aku paling bersyukur ialah walaupun berada di SA, namun pihak pengurusan Pavillion masih menyediakan kemudahan bersolat utk penganut beragama islam . Malulah kita yang mendakwa sebuah negara islam, kekadang sesebuah pengurusan pusat membeli belah langsung tidak menyediakan kemudahan beribadat utk org islam.

Pavillion , Johannesburgh

besar sangat Pavillion ni

Jamaat Khana ( musollah)

waktu solat di bumi SA

bersih dan selesa

Gateway Mall, Durban

Tentang makanan halal juga tak perlu risau kerana KFC , Nandos dan McD di SA ini berstatus halal . Begitu juga dengan satus halal banyak juga restoran2 besar di sini seperti ADEGA yang mempunyai rangkaian restoran yang banyak di seluruh SA. Cuma perlu rajin bertanya dan jangan berat mulut je.

perbandingan bagai langit dengan bumi

Namun pembangunan SA yang tidak seimbang ini menyebabkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin terlalu luas . Yang senang dan kaya , mmg kaya tapi yang miskin dan melarat terlalu melarat. Ini semua berlaku kerana dasar apertheid dulu yang meminggirkan kaum kulit hitam dari segala segi termasukkan pelajaran menyebabkan sekarang generasi ini yg hidup melarat tidak berpelajaran kerana tiada peluang ke sekolah.

rombongan kanak2 sekolah di akurium Usaha Marine World

Namun sekarang, anak2 mereka telah berubah dan dapat mengikuti pelajaran yang diberikan secara percuma bagi merubah masa depan dan kehidupan mereka kelak tidak seburuk nasib ibu bapa mereka nanti.



Rata2 penduduk mereka sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong luar ke negara mereka . Mereka pun tak lokek dan marah apabila kami ingin merakamkan potret2 mereka sebagai tanda kenangan .

Keindahan alam semulajadi yang Allah kurniakan buat SA juga merupakan salah satu kelebihan yang tiada di tempat lain, dari Botanical Garden ke kawasan pantai ke safari ke kawasan pergunungan, semuanya mesti diterokai bila aku berpeluang ke sini.

Botanical Garden yang mendamaikan

pantai yang mengasyikkan

safari yang menyerlahkan

pergunungan yang mengagumkan

Moral of the story, saya menyeru diri saya dan kita semua sebagai manusia yang lemah jangan jangan SESEKALI memandang hanya luaran sahaja lalu terus membuat tafsiran yang muktamad dalam apa jua yang kita temui dan hadapi.

COMOT JANGAN DISANGKA JAHAT DAN HODOH
MOLEK JANGAN DISANGKA BAIK DAN BERAKHLAK

gunakan akal fikiran dan mata serta mata hati
yang dikurniakan oleh Allah swt

sebagai pesanan penaja
kerana tidak menggunakan pertimbangan yang sewajarnyalah
ramai antara bangsa kita yang tertipu dengan
pelbagai skim cepat kaya
yg hanya mengambarkan UNTUNG JUTA2 JE
takde cerita yang rugi



Tak kenal maka tak cinta


pssss nampaknya n3 Road To Afrika panjang lagi hehehe
banyak lagi yg terperap kat dalam lappy ni
rasanya lepas habis semua n3 Road To Afrika
aku nak berehat sekejap dari bercerita
penat menulis ni tau kerana terpaksa recall balik dalam kepala otak ni
hehehehe



19 ulasan:

  1. Salam Pak Itam

    Terimakasih atas nasihat dan info yg tak disangka2 tu...

    Alhamdulillah....

    (asam pedas tak da ke???)

    Wslm

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    terima kasih kerana pak itam rajin bercerita untuk kongsi dengan kami semua...nanti kita cari publisher kasi buat buku ini coretan semua..mesti laris punyer..akak FOC ler :))

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam...


    taj suka dgn semua paparan pak itam...sekurang2nya dapat kami rasai/menghayati semua perjalanan/pengembaraan ini...ye buka mata luas2 dan lihat dgn mata hati...hayati, nikmati dan pelajari segala yg telah Allah persembahkan utk kita...ada hikmah yg tersirat yg perlu kita kecapi...muga kita tidak menjadi orang yg lalai...yek
    terima kasih pak itam...
    wallahualam

    BalasPadam
  4. Salam pak itam...

    Mekasih...n3 ilmiah ni....

    Ya yg comot dan buruk jgan disangka hodoh..kan
    Ya molek dan cantik jgan disangka elokkan...dan sempurnakan
    Hidup ini ada putarannya....
    Selayaknya kita kembali kepada firman2 Allah...agar hidup kita berada di jalan yg lurus...

    BalasPadam
  5. seronok berkongi pengalaman ni....cite saya ke Beijing tak habis2 lagi....kasi rehat - nak masuk N3 isu2 semasa dulu ! pak itam datang ambiak award kat AGK...special tau

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    saya setia dgn n3 pak itam

    kerana mukin tak akan sampai ke SA tu

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,
    N3 yang membuka minda tentang aperika.
    Sesungguhnya bumi ini luas untuk diteroka dan Allah memperlihatkan keindahan dengan pelbagai suasana.
    Terima kasih atas segala maklumat dan cerita.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Lepas habis tulis2 ni bawak berehat, penat tu lum hilang lagi...

    Nanti leh kumpul bahan tuk n3 akan dtg. Biar power mcm asam pedas yg Mak Itam masak...

    Alamak...!Tiba2 teringat makan asam pedas power kat Muar hari tu..huhuhu

    BalasPadam
  9. salam pak itam


    yup...
    lihat lah dengan mata hati....jgn sesekali memandang luaran sahaja...cl setuju sangat tuh...

    wsalm

    BalasPadam
  10. salam kak su

    asam pedas heheheh

    ada kak hehehe

    BalasPadam
  11. salam kak nab

    hehehe

    pening kalau publisher mengadap saya ni dgn gaya penulisan yg kejap serius dan kejap merapu hehehe

    BalasPadam
  12. salam taj

    alhamdulillah

    itulah yg saya harapkan dr setiap penulisan saya , banyak maksud tersirat sebenarnya

    BalasPadam
  13. salam shami

    hidup ni mudah je jika ikut aturan Allah dan aturan alam

    BalasPadam
  14. salam safiudin

    tk krn mengikuti penulisann saya ni

    BalasPadam
  15. salam cikgu sak

    dah ambik, saya kasi kat cik badak on next n3 hehe

    BalasPadam
  16. salam atuk

    alhamdulillah, tk

    pjg lagi tau citenya hehehe

    BalasPadam
  17. salam mama nadz

    itulah hakikat setiap yang ada di muka bumi ini yg dicipta oleh Allah utk kita terokai

    BalasPadam
  18. salam ibu

    rasanya pjg lagi n3 Road to Aperika ni heheh

    asam pedas , adaaaaa hhehe

    BalasPadam
  19. salam cl

    alhamdulillah

    moga mata hati kita semua sentiasa dibuka oleh Allah utk terus memandang maksud yg tersirat dan tersurat

    BalasPadam