WARGA SCP

Rabu, Julai 07, 2010

ROAD TO AFRICA : UMFOLOZI SAFARI GAME PARK part 2

ALHAMDULILLAH

Di atas adalah statistik haiwan yang terdapat di dalam kawasan Umfolozi Safari Park ini. Banyak sungguh rupanya, cuma nasib kita je akan bertemu dengan mereka atau pun tidak.

Apa yang seronok sangat ke safari ini hingga 2 kali kami ke safari berbeza?
Safari ini tak sama dengan zoo. Di zoo haiwan dikurung dan bukan dalam habitat mereka yang sebenar .

Tapi safari merupakan sebuah kawasan semulajadi yang sangat luas hingga berjuta hektar . Haiwan hidup dengan habitat semulajadi mereka yang dikurniakan Allah. Aku tak berkesempatan untuk ke Kruger Safari yang terbesar di SA . Kalau ke sana, minimum je 3 hari dan ada pencinta hidupan liar dan jurufoto profesional yang menghabiskan sehingga 30 hari di sana.

Di Umpolozi ni je , gajah je lebih kurang 375 ekor, zirafah 874 ekor, leopard 150 ekor, zebra 4223 ekor, singa 120 ekor dan banyak lagi jenis haiwan .

Paling banyak ialah 25,000 ekor impala.

Memang safari ini dijaga dan ditadbir dengan begitu baik sekali dan merupakan salah satu produk pelancongan yang paling utama di Afrika.



buffalo liar
bahaya dan bisa membunuh
di antara Big 5 kebangaan mereka

ni kak ngah punya
tengok tu
asyik nak tidur je hehe

sekali dia tanduk montot kita hehehe


Kerana terlalu banyak haiwan liar di sini, jadi langkah2 keselamatan yang diambil senang je.
Jangan sesekali keluar dari kenderaan, kalau terjumpa atau terserempak dgn singa atau leopard, pastikan tingkap kereta tertutup rapat dan jangan cuba melakukan provokasi terhadap haiwan2 ini seperti membunyikan hon kenderaan ,

Jika terserempak dengan kawanan singa atau harimau, pastikan tingkap kereta tertutup rapat kerana jika terbuka sesikit, sekali rimau atau singa tu "lesing" tingkap kereta tu, pecah kerana ada sedikit ruang disitu.

Kerana seorg pengunjung di Kruger Safari Park telah dibaham dan dibunuh oleh singa kerana telah keluar dan cuba merakamkan gambar tanpa menyedari dengan secara senyap pasangannya telah menyerang hendap dari belakang.

Ada juga kereta mereka yang telah dihempap dan dipijak oleh gajah .

Kitakan masuk ke dunia dan alam mereka, jadi hormatilah mereka kerana haiwan ini juga mahluk yang Allah jadikankan melata di muka bumi.

Sungguh indah ciptaan Allah.

sedang berkasih-kasihan tu

ni impala, nak kenal tgk montotnya
ada huruf M


tercenggang impala ni
buat rendang sedap agaknya hehe

20 ulasan:

  1. salam

    pak itam

    ambik tempat dulu baru baca.. hehehehe

    BalasPadam
  2. Salam..
    huhu..agak seram la pulak..

    impala ..impala..kena check huruf dekat montot dia..:D

    BalasPadam
  3. Salaam Pak Itam,

    ohh...impala namanya yer...baru cheq tau. Ingatkan 'anak rusa nani'...heheh ;}

    M for 'montot', okeh faham che'egu!

    emmm.. tapi bila kena panggang, kaki naik atas, 'M' tukar jadik 'W' la yer, che'egu? ;]

    VpeaceV

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Impala tu kalau buat asam pedas ok tak..?

    BalasPadam
  5. Salam Pak tam

    Tkasih krana N3 ni. Rupanya mama tak tau ada binatang nama impala...

    Seronoknya dpt menikmati kehidupan liar yg tak de di sini.

    You Tube tu mama bukak boleh pulak...

    BalasPadam
  6. Salam Pak itam,

    Pak Itam tak jumpa ngan rimau/gajah atau singa ke? Kalau eye 2 eye ngan mereka, sure mengucap panjang punya. Akak pun selalu jugak pi Taman Safari kat SA nie...nengok dlm TV je.

    Gurau Pak Itam ye.

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Pak Itam,

    Kalaulah dapat peluang melihat sebegini..
    Di sini baru kita tahu, bagaimana SA menjaga situasi haiwan dan hutan mereka..
    Selama ini kita dengar Afrika kita bayangkan yang hitam2 , miskin, melarat, kotor..
    walau sebenarnya mereka jauh lebih baik dari tempat kita untuk beberapa perkara...........
    banyak tempat yang menggamit pelancong
    rindu Lake Naverone!

    BalasPadam
  8. Salam Pak itam..

    Macam tgok rancangan national geographi larr pulak..pandai aar pak itam...bercerita...hehheh

    Psssst impala tu kalau di buat golek...tentu sodap kan..hehhe tapi daging dia sure power kan...maklumlah makan herba2 afrika..kan hheheh

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,
    lomantik sungguh impala tuuuu...hok mane satu jate and hok mane satuu tinooo tuuu....pasti pak tam handal bab bab pengecaman....!!!!!!

    BalasPadam
  10. salam azima

    hehehe ambik le, jgn lupe pulang balik tempat tu tau hehe

    BalasPadam
  11. salam cikgu pinat

    hehehe

    kalau jumpa hantu org lagi seram hehe

    kalu dia tulis "P" apa maksudnya ? hehe

    BalasPadam
  12. salam kak chik

    kalau "W" maksudnya wolkswagon
    hehehe

    BalasPadam
  13. salam ibu

    tak boleh cakap kalau boleh buat asam pedas, mesti sodappppppp hehe

    kat sana impala jadi habuan rimau dan singa je

    BalasPadam
  14. salam mama

    mmg seronok dapat rasai habitat haiwan di sana

    lebih2 lagi dgn aroma asli dari bau taik gajah yg melambak atas jalan hehehe

    BalasPadam
  15. salam kak ina

    gajah, alhamdulillah

    byk kali jumpa hingga ada yg buat kami hanya bertentang mata je

    nanti ada n3 nya

    kalau sebelum ni pun, saya yg minat dgn haiwan ni hanya dapat lihat dalam channel animal planet je , tapi syukur sgt
    impian jadi kenyataan nak lihat sendiri salah satu ciptaan Allah dlm erti kata sebenar

    BalasPadam
  16. salam mama nadz

    mmg apabila dah spi sana dan menyaksikan sendiri, banyak perpektif saya tentang afrika berubah , itulah kesan dari kembara kami ini yang membuka lebih luas minda dan pemikiran kami

    dh email gmbr lake neverone tu , nanti kalau dah buat atas kanvas, boleh tunjukan kat saya hasilnya

    BalasPadam
  17. salam shami

    national geograpi versi pak itam hehe

    tu yg saya duk pikir,
    kalau impala tu kena panggang, tentu sedap sangat

    dia mkn original punya tumbuhan

    BalasPadam
  18. salam rni

    heheh

    mestilah pak itam tau
    mana jantan mana betina

    ada n3 psl jantan betina ni tau hehe

    BalasPadam
  19. Salam CR,

    TK kerana berkongsi maklumat dan cerita pasal zoo ni, at least kita tau bilangan mereka dan pentadbir mereka.

    BalasPadam
  20. slak rosli

    tk

    kita boleh belajar mcm mana mereka mengendalikan

    BalasPadam