WARGA SCP

Rabu, Julai 07, 2010

ROAD TO AFRIKA : GELAGAT PENYOKONG part 4

ALHAMDULILLAH

Hampir 63 000 ribu peminat memenuhi stadium dengan pelbagai gaya dan ragam berpakaian.

Aku hanya memakai seluar jeans dgn jersi no 9 spain dan berjaket kulit sebagai menahan sejuk


Ingat nak pakai kain pelikat gombang je dgn singlet pagoda , tapi karang kalau terpijak dek orang, karang satu dunia dapat tgk free hehehe

Anak ku pula siap bawak vuvuzela yang baru dibeli semalam

Masa kat stadium, dia dah berlatih meniupnya dan kira oklah juga pasal berbunyi


Bunyi vuvuzela diruang kami masih kira oklah juga dan tidak mengganggu pendengaran kerana yang paling kuat bunyi tu datang dari bahagian tempat duduk kategori C dan D

Suhu yang nak kata dingin je menyebabkan suasana menonton terasa nyaman mcm dalam bilik berhawa dingin, tapi free punya hasil kejadian Allah SWT

Peminat yg membanjiri stadium bukan dr negara spain dan swiss sahaja, malah dari peminat seluruh dunia berdasarkan jersi yang mereka pakai , England , Belanda, Afrika Selatan dan banyak lagi .


Namun kelihatan ada juga tempat duduk yg masih kosong walaupun tiket habis terjual. kemungkinan pembelinya tak dapat datang kerana jarak satu2 venue sangat jauh, contohnya Johannesburgh ke Durban , 1 jam penerbangan.
Kalau drive lebih kurang 7-8 jam

Pagi ni spain akan bertemu germany di Stadium Mak Bedah ni.
Insyallah, kalau takde aral , aku akan bersama2 di stadium pagi ni
Tapi tempat duduk aku lebih mahal dan eksklusif
Hanya boleh menempatkan 2 orang penonton je
Hanya aku dan mak itam je yang boleh menonton dari tempat duduk ni sampai bila-bila
selagi ada bulan dan bintang
Siap ada bantal peluk busuk dengan selimut lagi
pasal aku akan menonton dari atas katil
mengadap tv
sambil mak itam pasti mencelah
"dah lah tu , esok nak keja"

ATAU

bola dan TV yang tengok aku berdengkur bunyi vuvuzela asli lagi

hehehehehe

penyokong SA

group dari Swiss


kat luar stadium


tgk betapa kreatifnya mereka bergaya


ingat kat sekolah je ada ambik kedatangan

penuh 1 stadium
yang kapasiti maximun 70 000

16 ulasan:

  1. Salam Pak itam...

    Kalu dah tempat special sure tv & bola tgok pak itam....hehehehh

    Aikk hari ni masak asam pedas apa lakk..heheh masukkan dalam n3 aar jgan lupa...

    tit2 apa khabar...rindu aar asyik bola ngan asam pedas jer..sesekali khabarkan ler citer dia..hihihi

    BalasPadam
  2. Salam pak itam,

    Semlm akak mimpi Belanda menang 3-2Malam nie akak mimpi Jerman pulak menang, w/pun itu sotong kata spain yg menang. Pelikkan, sampai cakap sotongpun org boleh percaya.

    Tapi sebenornya, tak kisah le sapa yg menang, kita bukan dpt apapun.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itama,

    wow ada tempay special nonton bola yer.huhuu

    padanlah tempat kita panas sebab aircon semua p kat south africa. ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Byk keputusan upset, team no 1 saya Argentina dah kalah, yang tinggal Belanda, nasib baik masuk final....Jerman dan Sepanyol pun saya suka....tak kisah mana2 yang masuk final.

    Pengalaman CR tu memang best tgk live di sana, gelagat penyokong pun menarik untuk dirakam.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Selamat menonton perlawanan Jerman vs Spain di tempat yg special lagi....sebelum tu pekena dulu asam pedas yg di masak oleh mak Itam

    Kalau Pak Itam nak tau semlm ibu mimpi Belanda menang 3-2
    Hari ni pulak mimpi Jerman menang 2-0.hihihi

    Penyokong Spain jgn mare..!

    BalasPadam
  6. Assallamualaikum Pak Itam,

    Dari gambar-gambar tu..nampaknya Favourite colour dalam stadium ialah merah.
    Pak Itam tak beli ke topi yang macam makaroni tu..cantik!

    BalasPadam
  7. memang seronok baca cerita SA ni. errr....world cup 2014 macamana?

    BalasPadam
  8. salam shami

    hehe

    hari ni makan ayam golek buat lauk

    tit2 asyik mengelodak je, minta nak maik kat luar hehehe

    BalasPadam
  9. salam kak ina

    hehehe

    tapi mmg spain dh menang 1-0 hehehe

    nampak gaya , kenalah saya ke cape town hujung minggu ni hehe

    BalasPadam
  10. salam az

    SA negara 4 musim, 2 bulan je panas sebenarnya

    BalasPadam
  11. salam rosli

    hehehe

    saya mmg sokong spain ,
    byk cara taktikal mereka bermain boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian

    BalasPadam
  12. salam ibu

    minta maap le bebanyak psl spain dah ke final heheheheh

    nampak gaya sotong jerman tu mmg nak kena siang dgn org jerman hehe

    BalasPadam
  13. salam cikgu nadz

    hehehe tak beli la pulak

    terlupe hehe

    BalasPadam
  14. salam uncle

    WC 2014 di Brazil

    hehehe akan dipertimbangankan , insyallah jika diizinkan Allah

    4 tahun lagi tu , bisa diatur

    BalasPadam
  15. Salaam Pak Itam,

    Depa tak bagi hadiah ke untuk pakaian beragam paling kreatip? heheh


    VpeaceV

    BalasPadam
  16. salam kak chik

    ada hadiah, hadiah nya tengok bola je lah hehehe

    BalasPadam