WARGA SCP

Khamis, Julai 08, 2010

ROAD TO AFRIKA : KE STADIUM MAK BEDAH (match day) part 4

ALHAMDULILLAH

Jika sebelum ini , kita menonton di kaca TV, terus lihat sepak mula.
Tapi sebenarnya para pemain di stadium akan diperkenalkan seorg demi seorg dilayar gergasi.

Nasib baik, mereka tak kenalkan pak itam sebagai chief rasmi pasukan Spain hehe

Dan sebelum ini, kalau menonton di stadium, jika gol atau berlaku detik2 yang penting, selalu takde ulang tayang.

Namun teknologi sekarang dah maju dan berbeza, semua yang terlepas akan dipertontonkan berulangkali dengan pelbagai sudut di 2 buah TV gergasi di kiri kanan stadium.

Begitulah juga kita esok, akan ditunjukan oleh Allah kelak apa yang kita lakukan di dunia di akhirat nanti yang jelas atau yg tersembunyi.

Sebelum permainan bermula, siraman air bagi memastikan rumput tidak terlalu kering dijalankan sambil para petugas memeriksa kualiti rumput dan padang kerana ini pertandingan bertaraf dunia.

Helekopter sentiasa memantau keadaan dan situasi dalam kawasan stadium .



maskot WC 2010

peminat menunggu dgn sabar, ada yg bawak teropong tu

layar TV gergasi



penjaga gawang spain, iker casillas
jejaka pujaan kak chik

ceria berwarna warni

cameraman dah bersedia utk
membawakan siaran langsung ke seluruh dunia


siram padang dulu
lepas tu boleh tanam ubi kayu

memantau situasi dr udara

kamera yang tergantung dengan kabel
merintangi stadium
yang dapat merakamkan keseluruhan
yang berlaku di bawah
bergerak mengikut arahan

10 ulasan:

  1. salam, cr,

    tahniah,teruskan dengan penceritaan yang menghiburkan

    BalasPadam
  2. salam Pak Itam,

    ngeh ngeh ngeh..ada2 je Pak Itam nie hihi

    BalasPadam
  3. Salaam Pak Itam,

    yay! dah kuar gambor abangchiq! I like! TQ, TQ Pak Itam! heheh...

    wokeh chief itam, minta mak itam masak asam pedas kaw kaw punya bagi team Spain masa final nanti ya? hehe

    VpeaceV

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaJulai 08, 2010

    Pak Itam..sejak WC dan dah nak habih dah pun, secara diam2 saya dah jadi peminat setia pak itam pulak. seronok baca catatan pak itam yg menghiburkan..hehehe. terima kasih byk2...cuma satu nak tanya, apa makna wakawaka tu pak itam? sama mcm "mai..mai.." ka?

    BalasPadam
  5. salam..
    owwhh!! cenggitu rupa cameranya rupanyaa...

    BalasPadam
  6. salam az

    insyallah, WC habis, rasa cite saya tak habis lagi hehe

    BalasPadam
  7. salam syima

    hehehe

    selagi ada idea dan boleh berkarya

    BalasPadam
  8. salam kak chik

    itu sudah semestinya

    asam pedas buat spain hehe

    BalasPadam
  9. salam tanpa nama

    tk krn selalu datang ke SCP ni

    jgn mengendap dari jauh je tau hehe

    WAKA WAKA maksudnya Do it atau lakukan hehehe

    pak itam pandai tau bahasa aperika hehehe

    BalasPadam
  10. salam cikgu pinat

    hehehe

    psl masa game tak pernah nampakkan cameraman ambik gambar cameramen hehe

    BalasPadam