WARGA SCP

Jumaat, Julai 23, 2010

ROAD TO AFRIKA : BUAI LAJU-LAJU SAMPAI KE APERIKA

ALHAMDULILLAH

Kami singgah di sebuah perhentian lagi BORN IN AFRICA di Midland Meanders . Cantik betul tempat tu

Suasana persekitarannya yang begitu mengasyikkan dengan beberapa haiwan ternakan dilepaskan begitu sahaja tapi aku tak nampak pulak tenuk kak ngah hehehe



Aku apalagi pergilah bermain2 dengan seekor anak kuda padi , tapi mak kuda padi tu merenggus dan marah pada ku. Tu mesti dia ingat aku nak tunggang anaknya hehehe




anaknya

maknya siap pusing balik marah kat aku


Suasana yang dingin dan nyaman membuatkan udara yang disedut terasa segar sekali tanpa sebarang pencemaran . Aku lebih banyak menghabiskan masa di luar menikmati keindahan alam dari berada di dalam outlet yang menjual pelbagai barangan yang dihasilkan di bumi Afrika sendiri.

Sebenarnya kalau aku mengembara tempat2 sebegini, shopping bukan keutamaan kami. Kat mana2 pun boleh shopping. Kami lebih suka menikmati keindahan alam semulajadi disamping merakamkan seberapa banyak foto panorama alam sebagai koleksi .

Nanti bila pulang nanti, beberapa foto alamsemulajadi yang terbaik akan dicuci besar lalu dibingkaikan untuk menghiasi kediaman kami.

salah sebuah outlet di BORN IN AFRICA


Sambil2 tu sempat aku melayan seekor ayam katik ni yang sedang bermain2 dengan dengan beberapa burung merak. Terhibur aku melihat telatah mereka yang saling berkejaran dan bergurau senda.

Apalagi yang dapat aku ucapkan dari rasa syukur yang tak terhingga atas segala nikmat yang Allah kurniakan di atas kami sekeluarga dan muka bumi ini yang tak terkira dan terlalu bernilai untuk dikecapi dengan rasa tawadduk .


burung merak duk mengurat





aku begitu tertarik dgn atap dari batang jerami ni

kawanan lembu di farm bersebelahan


Kami akhirnya menghabiskan masa bersama dengan bercengkerama atas buai kayu sambil menyanyi riang, dah macam bebudak kecil pulak

"buai laju-laju, sampai ke Aperika
apa dalam baju sekuntum bunga cina"

kecik2 dulu tak dapat peluang main buai kayu
dah tua2 Allah bagi peluang dan kesempatan pada ku pula

mak itam suruh aku buaikan pulak

apalagi , ku hayunlah buai tu sampai mak itam menjerit ketakutan
takut terbang pula .


mak itam dah ketakutan
anak ku pula ketawa kegembiraan
melihat telatah kami berdua
sambil merakamkan gambar

pose istimewa

21 ulasan:

  1. Salam Pak Itam...

    main buaian eh...best buai2 laju2 terus sampai aprika...
    mesti teringin, zaman bebudak dulu tak dpt main ek...
    cantik sungguh semua pemandangan, nampak aman n tenang...
    si kuda padi...sembelih wat rendang @ panggang..sodap tuh..
    leh jamu semua warga PDKM,cukup...wakakaka

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Pak Itam,

    Begitu indah sebenarnya bumi SA yang dinikmati.Subhanallah!
    Mama juga tertarik dengan atap/bumbung outlet tu..bagai mengikut alunan segi . Keseniaan jalinan atap tu agaknya yang membolehkan ianya terjadi sedemikian rupa.
    Terima kasih atas N3 yang bermaklumat ini.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Siapa kata Pak & Mak Itam dah tua? Belum lagi.... Masih boleh main ayun-ayun. Seronok dapat lihat orang berayun.Sebab itu anak-anak gembira kan ketawakan mama & papa dia. Lamanya di sana.... dah tak ingat buai, lembu, kuda, dan rumput Malaysia ke?....

    BalasPadam
  4. cute lah pak itam dan mak itam boleh tukar2 rupa :)
    ya kita tak boleh nampak buai mesti nak dibuai tapi ada seram jugak kalau2 tali buaian tak cukup kuat menampung keberatan :)

    BalasPadam
  5. Salam Pak itam...

    Cantik2 larr panoraman alam kat situ....waaaa mak itam best suker pak itam buaikan dia....heheh asyik2 dia jer buaikan pak itam ngan asam pedas..hehheh

    Psssssst nanti bingkaikan sekali utk saya asam pedas ngan gambar aperika aar pos laju mai rawang nih hadiah kenang kenangan hihihih

    BalasPadam
  6. tu mesti anak kuda betina tu... mak dia takut pak itam ngorat anak dara dia

    BalasPadam
  7. Salaam Pak Itam,

    cantiknya lanskap kat situ, subhanallah.

    kalau pak itam tunggang anak kuda padi tu, mau patah pinggang dia...ekeke..
    betui ke tu kuda padi, pak itam? bukan 'kuda jerami' ke? sama jer kaler dia dengan atap umah tu, apa? heheh...

    agaknya kalau 'bawang itam' main buaian tu, musti dia nyanyi :
    "laju, buaiku laju
    aku nak kawen dengan raja zulu"
    kikiki...

    p/s comei gambor cik jirap kat atas tu... macam terjengul jer kepala dia kat tingkap umah pak itam ni sambil berteriak "apekehei gelap jer dalam umah pak itam ni? Wei, bangun yob, bangun! Takkan dok megholoh lagi... dah tengah haghi ghembang dah nih!"
    [jirap ni speaking Perak sebab mak dia asal dari Zoo Taiping...heh]

    VpeaceV

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Ala... Pak Itam kenapa ayun buai tu laju sangat sampai tercabut selendang Mak Itam. hehehe

    BalasPadam
  9. Salam Pak Tam,

    From where glides the swallow
    from the field to the paddy
    from where comes the love
    from the eye down the heart....

    Pandangan matamu menusuk ke kalbuku and......lubang hidungmu menjadi pujaan hatikuu....well mr giraffe when i see u my heart stop pumping....

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. cantik gambar-gambar ni semua..termasuk gambar yg duduk atas buaian tu..

    BalasPadam
  12. salam taj

    syok tau main buai dah tua2 ni hehe

    BalasPadam
  13. salam mama nadz

    atap tu dari batang pokok apa entah yang mcm lidi tu tapi dia keras

    kalau hujan pun tak bocor, dalam 5-6 tahun, mrk hanya ganti lapisan yang atas je

    BalasPadam
  14. salam mampir

    wajah2 aperika hehehe

    BalasPadam
  15. slam shami

    mmg best main buai, mcm budak kecik pulak hehe

    BalasPadam
  16. salam kak zakie

    hehehe

    kami baru masuk 12 tahun hehe

    BalasPadam
  17. salam kog

    mak dia takut pak itam tunggang , patah pinggang anaknya hehehe

    BalasPadam
  18. salam kak chik

    kalau bawang hitam buaikan, mau pusing 18 kali terus terjongkang hehehe

    BalasPadam
  19. salam ibu

    saja bergurau senda dgn mak itam, tu yang buai laju2 hehehe

    BalasPadam
  20. salam rni

    leher panjang hadiah buat rni

    BalasPadam
  21. salam cikgu pinat

    hehehe

    tu bukan cantik, comelllllll hehehe

    BalasPadam