WARGA SCP

Rabu, Julai 28, 2010

ROAD TO AFRICA : CAMEL TROPHY part 1 : SESAT MEMBAWA RAHMAT

ALHAMDULILLAH

*N3 Camel Trophy ni adalah pengalaman kami yang begitu unik berada di tengah kawasan pergunungan di benua Afrika yang tandus dan bersempadan dengan negara Lesotho tanpa di duga dan dirancang sama sekali , tapi Allah swt dah tulis sejak azali lagi bahawa kami akan berada di sini menikmati keindahan alam semulajadi . N3 ni rasanya dalam 5-6 episod juga mengikut turutan perjalanan kami meredah hampir 60km ++ dalam masa 4 jam
perjalanan , tapi dirasakan macam sepurnama perjalanannya


Selepas beristirehat sebentar di pusat bandar Midland Meanders, kami meneruskan perjalanan kami ke Lake Neverone untuk bermalam nanti. Sebelum bertolak dari Durban tadi, GPS yang dipasang di kepala unta yang kami naiki dah set mengikut longnitud dan magnitud Lake Neverone yang diberikan semasa membuat tempahan secara online di internet

South 29 deg 44.5 mins
East 29 deg 16.0 mins.

Jadi sepatutnya tiada masalah untuk sampai ke sana kerana menurut kiraan GPS hanya lebih kurang 100++ km je dari Midland Meanders.

Kalau mengikut kiraan akal lebih kurang 1 jam 30 minit boleh sampai di sana. Insyallah nanti, boleh solat zohor jamak takdim nanti apabila tiba di penginapan kerana tiada kemudahan untuk bersolat di pusat bandar Midland Meanders ni

highway N 3







Namun setelah hampir 30 km dari Midland Meanders melalui jalan raya yang lenggang dan hanya berselisih dengan sebuah dua kenderaan je, tiba2 muncul jalan tanah merah pulak yang berbatu kerikil di hadapan kami.

"ALAMAK" nak redah ke tak redah

akhirnya keputusan diambil

"REDAH JELAH"

kerana kalau ikut GPS, insyallah akan sampai juga

rupa2nya GPS yang diset telah membawa kami melalui jalan lama yang digunakan oleh kenderaan 4X4 , iaitu melalui N3 lalu masuk ke Nottingham Road (jalan tanah merah batu kerikil yang merentasi pergunungan) bukan lebuhraya R617 yang sepatutnya.



Yang menarik tentang jalan off road ni ialah semua tanda2 jalan (signboard) lengkap dan ada di tepi jalan, tapi cuma jalannya hanya jalan tanah merah dan berbatu kelikir.

Ini baru real Camel Trophy di benua afrika tapi kami pakai kereta je

Kami berharap dan bersangka baik yang jalan off road ni dalam 3-4 km je ,namun sangkaan kami meleset sama sekali


melalui lembah di kiri kanan gunung



Perjalanan kami semakin mencabar kerana kadang-kala terpaksa mengelak batu2 yang besar penumbuk tu yang berada di atas jalan akibat terjatuh dari lereng bukit dan gunung

BMW 525i dah jadi Land Rover 4x4 hehehe

1,2,3,4,5 km off road diranjau dan sesadar je, kami berada di tengah kawasan pergunungan dan banjaran di tengah benua Afrika yang tandus dan ...............................................................


bersambung..................................

kat lereng gunung yang tandus


sesadar, kereta kami dah kat atas lereng dan puncak gunung
kerana tak perasan, hanya ikut jalan je

kalau tak sesat
kami tak akan dapat menikmati
permandangan yang sebegitu indah di sini
itulah salah satu rahmatnya

18 ulasan:

  1. Salam Pak Itam...

    Satu pengembaran yang mencabar dan mendebarkan.

    Calang2 orang, kecut perut dibuatnya.

    Anyway, the pics are all beautiful and menakjubkan.

    BalasPadam
  2. 'sesat' dalam rahmah. Alhamdulillah. kita nantikan sambungan penerokaan pak itam :)

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Ngeh ngeh ngeh..
    BMW jadik 4x4..alahai sayangnya kete tue hihi

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    Kita merancang Allah menentukan..

    BalasPadam
  5. tak takut 'mabuk darat' ke, jalan turun naik macam tu? kalau makan novomin rugi pulak, nanti asik ngantuk je kan...

    BalasPadam
  6. Assallamualaikum Pak itam,

    Melihat kepada keindahan bumi SA itu, mama teringat cerita The God must be crazy..sebenarnya tersembunyi keindahan anugerah Allah.
    Alhamdulillah rezeki Pak itam akan melawat Capetown pula...mama tunggu nak tengok n3 nya

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Perjalanan yg betul2 mencabar Pak Itam!

    Ibu w/pun baca je tapi dah kecut perut ni..Nanti cepat Pak itam "to be continue" x sabor nak tau selanjutnya

    BalasPadam
  8. Salaam Pak Itam,

    wah seronoknya adventure camel tropi yang tak disangka2... unta pun mau ketaq lutut dibuatnya...heheh

    mujur hari masih siang & 'unta cap bmw' tu full tank... dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan lagi...alhamdulillah.

    VpeaceV

    BalasPadam
  9. Salam Pak itam..

    kalaut tersilap atau sesat ..jgan panik yer itu moral of story n3 ni..buat saya...ingatlah Allah...pasti ada rahmatnya...walau pun kadang2 cemas...huhuhuh...dasar hambaNya..hehehhe

    BalasPadam
  10. salam aki

    alhamdulillah

    insyallah, dengan berkat doa , kami sentiasa dilindungi dan dibawah kerahmatan Allah sepanjang kami di sini

    BalasPadam
  11. salam mampir

    byk rahmatnya krn dpt menyaksikan sendiri kehebatan dan kekuasaan Allah

    BalasPadam
  12. salam syima

    hehehe

    BMW kat sini murah , takde cukai tau heheheh

    BalasPadam
  13. salam kak sidah

    tepat sekali kak, kita hanya manusia yg lemah, segalanya Allah yg tentukan

    BalasPadam
  14. salam KOG

    pak itam mabuk darat tak takut, kalau mabuk asmara pak itam takut, ngeriiiiiii hahahaha

    BalasPadam
  15. salam mama nadz

    byk lagi koleksi permandangan yg begitu cantik tak terucap , Allah Maha Hebat dalam mencipta apa yang dia kehendaki

    BalasPadam
  16. salam ibu

    mencabar tapi seronok

    BalasPadam
  17. salam kak chik

    camel trophy yg menyeronokan

    kalau dikenang, tergelak pun ada krn byk cerita disebaliknya heheheh

    BalasPadam
  18. salam shami

    insyallah, Allah sentiasa melindungi walau dimana sahaja
    penting doa, usaha , tawakkal

    lepas tu redha dan nikmati dgn apa yg Allah dah tentukan

    BalasPadam