ALHAMDULILLAH
Kembara kami di Midmar Dam akhirnya berakhir di toilet akibat kesejukan hehehe
Dari apa yang aku temui sepanjang menggunakan toilet awam di sana, walaupun di ceruk rantau , hatta di tengah safari sekali pun, memang bersih dan sentiasa dijaga.
Perbandingan yang ku buat,
kalau toilet di pusat membeli belah di negara kita, alhamdulillah perkataan yg akan keluar
kalau toilet awam yang lain, masyallah yang akan terdetik
tapi di SA ni, semuanya alhamdulillah tak kira tempat.
Itulah sebabnya , ramai pelancong asing yang kata bila berada di malaysia, semua facilities bertaraf negara dunia pertama , tapi bab toilet mcm negara dunia ke 4 , psl negara dunia ketiga macam SA pun pada ku bersih toiletnya.
Perjalanan kami diteruskan dalam suasana yang santai sambil menikmati keindahan alam di kiri kanan lebuhraya.
Saujana mata memandang dari kejauhan. Lebih2 lagi terjumpa kelibat lembu yang sedang makan . Gemuk2 lembunya serta berbulu tebal akibat cuaca.
Lihatlah kekuasaan Allah.
Lembu ditempat kita yang beriklim khatulistiwa diberikan Allah kulit yang nipis dalam meyesuaikan dengan keadaan cuaca yang panas dan hujan sepanjang tahun.
Manakala lembu di SA diberikan Allah kulit yang tebal serta berbulu panjang bagi menghadapi cuaca yang sejuk serta dingin.
Dan semakin sejuk dan dingin sesuatu kawasan semakin panjang bulunya .

Mengharungi lebuhraya meneruskan perjalanan , kami terhibur dengan warna alam di sekeliling lebuhraya . Ada pokok dan daun yang dah hampir bertukar wajah menyambut musim dingin yang panjang di SA.
Kelihatan landskap juga mula berubah pada bukit-bukau yang mula gondol .
Indah sungguh .
Itu menandakan perjalanan kami semakin mendaki tanpa disedari.
Kelihatan landskap juga mula berubah pada bukit-bukau yang mula gondol .
Indah sungguh .
Itu menandakan perjalanan kami semakin mendaki tanpa disedari.
Keluar dari lebuhraya dan mula memasuki jalan kampung yang masih baik kualitinya dan tak berlubang sana sini . Had laju maksimum tadi dari 120 km/j turun kepada 100 km/j.
Disini kalau dilebuhraya , kekadang kita boleh bawa laju kalau rasa nak tekan minyak. Tapi pastikan tidak ditahan ketika pemanduan melebihi 160 km/j .
Kalau ditahan tiada bincang2 kerana akan terus disumbat dalam lokap dulu hehe
Aku pun takdelah bawa laju manapun, kerana kami nak menikmati permandangan yang indah sepanjang perjalanan kami ini.
Kami cuba berhenti di sebuah kawasan resort di tepi jalan kerana aku dapati ramai org kg. termasuk pak polisi sedang berkumpul memerhatikan ke arah padang.
Rupa2nya keseluruhan resort tersebut telah ditempah oleh pasukan bola sepak dari Paraguay. Namun hajat ku nak merakamkan beberapa potret dari jauh tak kesampaian kerana kami diminta beredar oleh pak polisi demi sebab2 keselamatan dan kerahsiaan kerana masa tu team paraguay tu sedang berlatih.
Aku beredar sambil bagi tahu mrs,
"alah, nak rahsia2 nanti kalah juga"
kan betul Paraguay kalah juga hehehe
team paraguay tengah berlatih
Akhirnya kami berhenti seketika di Mandela Capture Site, sebuah tempat bersejarah dimana Nelson Mandela, ikon dan pejuang kaum kulit hitam yang menuntut supaya aperthied dihapuskan ditangkap dan dipenjarakan.
Ambillah iktibar dan pengajaran yang baik dari semangat perjuangan Nelson Mandela ini yang mengorbankan jiwa dan raganya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan bangsanya, jangan jadi sesetengah pemimpin yang berjuang dan berebut jawatan bermati-matian , tapi bukan untuk untuk kesejahteraan rakyat, tapi untuk kesejahteraan poket mereka serta kuncu2 mereka
Ingat , di dunia kita akan lepas
Di akhirat , kita sebagai pemimpin dulu akan dipersoalkan

SAlam Pak Itam,
BalasPadamCantik pemandangan alam semulajadi di SA. Lembu2nya gebu2 semuanya. Pokok2nya memang berbeza warna ya, saya ingatkan panas kekeringan.
Salam ziarah pak itam. tugu apa ini?
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamGemuk & gebu lembu2 dia. Kalau buat aqiqah mmg ramai yg boleh makan.
Salam Pak itam....
BalasPadamJauh perjalanan luas pemandangan...
Cantik pemandangan alam..mengikut gerak waktu dan musim....subhanallah..
Lembu2 tu nampak sihat...cuaca cantik..alam sekeliling cantik...tu lah ternakan yg ada pun sihat2 belaka..
Itu kalau dibuat korban berapa harga 1 bahagian tu..
Psst pak itam kalu kt kg saya...kenduri lauk lembu menu sup tulang, nasi daging ( nasi masak + daging) daging tu di cicah ngan air asam...daging masak kicap daging..kari daging ...tak cukup sekor lembu...tuh hihii
salam che na
BalasPadamkat SA tak panas mcm negara afrika lain, mereka menerima 4 musim mcm negara eropah juga
salam MI
BalasPadamtugu peringatan Nelson Mandela di mana dia ditangkap di situ lalu dipoenjarakan oleh regim apertheid
salam ibu
BalasPadamtu la psl , gemok betul, byk daging tu
salam shami
BalasPadamkalau lembu kita mcm kat sana, mertiah majlis tau hehe
krn faktor cuaca dan pemakanan , namun semua tu kan kuasa Allah swt