ALHAMDULILLAH,
Kami cari tempat parking baik punye kat lereng bukit. Terdapat meja dan bangku di bawah rimbunan pokok untuk kami mengambil sarapan pagi sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah . Kami sangat mensyukuri kenikmatan yang Allah turunkan di muka bumi ini.
Kalau jahanam pun, yang menjahanamkan ialah tangan manusia2 yang rakus seperti dalam ayat dalam firman-Nya (surah al-Rum, ayat 41) yang bermaksud:

"Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Cuaca ketika itu sungguh dingin lebih kurang 5 darjah celcius walaupun sang matahari telah muncul. Wap kat mulut ku dah keluar berkepul2 macam naga .
Kami menikmati sarapan pagi macam kat kampung dengan nasi dan rendang ayam kudu . Cerita tentang ayam kudu ni, sebenarnya ayam ni kami beli di Super Market Imam Buck yang merupakan sebuah supermarket yg lengkap dan halal. Masa beli ayam tu kat paket tulis chiken kudu tapi kami tak perasan pun .
Malam sebelum bertolak, isteri ku pun beraksi di dapur siapkan rendang ayam tu , tapi banyak guna rempah ratus segera dan terpaksa dia gunakan kreativitinya, kat sini mana nak cari kepala parut nak buat keresek.
Sekali dah makan, kenapa ayam ni liat, tapi sedap . Macam ayam kampung pulak. Goggle punye google, rupanya ayam kudu ni ayam kampung diternak kaum zulu hehehe
Liat pun liat laaa, janji sedap . Tapi nak makan kena hati2 psl tulang dia keras.
Karang mau patah gigi depan ku yang tinggal sebatang ni hehe

Sambil sarapan sambil menikmati keindahan alam memang menyeronokkan. Apatah lagi dalam suhu sebegini. Yang pasti tadi masa nak keluarkan rendang tu tadi, dah mcm beku sedikit . Tu sebab kalau cuaca sebegini, makanan yang dimasak akan bertahan 5-6 hari dan tak basi.
Melihat daun2 yang mula kekuningan dan ada daun yang masih kehijauan menunjukkan betapa hebatnya kuasa yang Allah tunjukan di muka bumi ini .
Ini baru sedikit je yang Allah tunjukkan.
Ini baru sedikit je yang Allah tunjukkan.
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyuruh umat manusia memerhatikan kejadian alam ini.
Antara ayat quran yang berkaitan ialah :
surah Ali-‘Imraan 3:191,
Surah An-Nahl 16:79
Surah Yunus 10:101.
Antara sebab dan tujuan kita disuruh memerhatikan kejadian alam ini adalah untuk kita melihat kekuasaan Allah SWT dan supaya kita insaf. Tuntutan ini juga bertujuan agar kita melihat betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang tidak mungkin dapat kita tiru atau mengubahsuainya menjadi lebih baik.

daun yg kekuningan dan kehijauan
membawa maksud yg tersirat
Mungkin atas sebab inilah ramai orang yang sanggup meneroka dasar laut dalam serta mendaki gunung yang tinggi demi mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT.
membawa maksud yg tersirat
Dalam pada itu, dengan memerhatikan dan memikirkan apa yang ada dalam alam ini juga akan menimbulkan rasa ketenangan dalam jiwa. Kemungkinan besar rasa ketenangan itu akan menjadikan segala masalah serta rasa tertekan hilang atau setidak-tidaknya mungkin berkurangan.
Malah, ada sesetengah orang yang menyatakan betapa tenangnya hati apabila keindahan alam seperti pokok-pokok yang bewarna hijau serta bunga-bungaan yang ada dalam alam ini.
Mungkin atas sebab inilah ramai orang yang sanggup meneroka dasar laut dalam serta mendaki gunung yang tinggi demi mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT.
* alhamdulillah, kami spi semula dr kg ke tepi hutan lebih kurang jam 12 mlm juga. Penat dan mengantuk semasa memandu, tapi apa lah sangat kalau nak bandingkan dgn pengorbanan ibu ku yg membesarkan ku dulu.
ibu ku beransur sihat, tapi penyakit ospoterisisnya yg menyebabkan ia sekarang hanya berbaring di katil kerana semakin kritikal. Terlalu sukar utk berdiri , apatah lagi berjalan . Ubatnya hanya "pain killer" yg diberi oleh doktor semalam. Kami tak benarkan nya ke bilik air lagi takut jatuh, jadi dia terpaksa memakai pampers.
Semalam semasa ku berbual, dia menyatakan kesukarannya utk berwuduk dan bersolat kerana katanya dari dia kecil, solat tidak pernah ditinggalkan .
Sekarang nak berwuduk, dalam keadaan sebegitu , terpaksa gunakan spray nanti.
Namun aku kagum kerana dalam keadaan sebegitu, dia masih sempat berpuasa sunat saban hari.
Ya Allah, permudahkan segala urusan ibu ku,
Hanya kepada Mu aku meminta pertolongan.
Terima kasih semua atas doa2 kalian
Salam Pak Itam,
BalasPadammelihat gambar2 ini...memang terasa tenang jiwa...itulah kekuasaan Allah Maha Pencipta...inilah nikmat hidup perlu kita hargai dan peliharakan...
subhanallah... kejadian Allah swt
ttg ibu...alhamdulillah dirinya sudah tidak bermaya dan berdaya masih cekal dan tawaduk utk beribadah pd penciptaNya dan juga masih mampu utk berpuasa... itulah tanda ikhlas dan cinta pd Allah...
tanya pd diri ini...mampu ke kita nanti spt itu...Allahuakbar
moga iman kita kekal dan tetap sehingga akhir hayat...amin Ya rab
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamindahnya ciptaan Allah
orang2 yg dipilih oleh Nya yg dapat menikmati nikmat ciptaan Nya
Alhamdulillah
saya doakan agar ibu pak itam sembuh sedia kala, agar dapat beribadat dgn lebih sempurna
Wassalam
Salam CR,
BalasPadamSekali lagi tk kerana berkongsi gambar dan cerita di sana, cantik pemandangan dan bila tgk dengan mata hati lebih jelas kebesaran Allah.
Syukur ibu CR beransur pulih, biasalah orang tua macam2 sakit, yg pntg kita selalu menjengok mereka dan ambil berat.
Saya dah yatim piatu, menumpang kasih dengan mak mertua di Muar.
Salam Pak Itam ...
BalasPadamBesttt baca cerita ceriti Pak Itam.....
Cantik photo-photonya.
Ciptaan Allah tiada tandingannya.....
Jua buat Ibu ...
semoga diberi kerahmatan dan kesembuhan buat ibu Pak Itam.
Salam Pak itam...
BalasPadamItulah sebenarnya....pencarian, perjalanan, pengembaraan..yang Allah galakkan dalam kehidupan kita seharian....kejadian Alam..membuktikan kekuasan Allah..untuk kita renung dan fikir akan kebesaranNya...
Buat ibu Pak itam....
Jagalah dia sebaiknya...
mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita juga...
Hamba yang baik...sentiasa akan ingat akan DIA...walau apa keadaannya sekalipun....
Kurang baik ambik pain killer tu....cuba usahakan cari perubatan kaedah darusyifa....pula..rujuk cawangan yg berdekatan...atau hubungi cik mohd (PDKM group)...utk Area Bangi ~ Dato Harun din...doa & penawar
Salam Pak Itam,
BalasPadamSelalu datang ziarah tanpa kata. Kini ingin menitip kata.... Kagum, syukur dan ingin memuji atas tanggung-jawab diberi kerana menjaga ibu. Allah maha mengetahui atas apa yang diuji kepada kita hambaNya. Ibu sukar dicari ganti.
Gambar-gambar tu boleh buat kelander 2011. Teramatlah cantik....
salam rezeki..
BalasPadamcl doakan moga ibu pak itam segera sembuh..insyallah
waslam
salam pak itam,
BalasPadamkagum dengan ciptaan Allah SWT. beruntung pak itam diberikan peluang olehNYA utk menikmati itu semua...bersyukur dengan rezekiNYA.
kak nab berdoa agar ibu pak itam dipermudahkan segala2nya...
Salam Pak Itam,
BalasPadamTerima kasih dapat berkongsi gambar2 yg cantik..tengok dgn mata hati barulah ada keinsafan di jiwa...
Sayu rasa bila tau bonda Pak Itam berpuasa sunat w/pun dlm keadan terbaring. Ini bermakna dia memiliki iman yg kuat & ikhlas kpd Allah SWT. Alhamdulillah.
Semoga bonda Pak Itam cepat2 sembuh untuk boleh beribadat kepada Allah dengan lebih sempurna
salam taj
BalasPadambetul tu, tenang lihat warna alam
terbentang indah
tk krn doa taj buat ibu
semoga kita semua terus dlm perlindungan Allah swt
salam atuk
BalasPadamalhamdulillah,
kami org biasa je yg hidup menumpang di bumi Allah
semoga kita semua terus diberi kesihatan yg baik oleh Allah
tk kerana turut mendoakan ibu ku
salam rosli
BalasPadamitulah kebesaran Allah
penyakit ospoterosisnya (reput tulang) dah semakin serius
semoga kita semua dipermudahkan Allah
salam che att
BalasPadamapa yg boleh saya kongsikan dlm SCP agar dpt memberi manafaat
tk atas doa mu
salam shami
BalasPadamitulah rahsia yg tersirat disebalik setiap kembara ,meninsafi dan meangagungkan kebesaran ilahi
penyakit reput tulang tu semakin serius memandangkan usia ibu ku semakin meningkat
agak sukar utknya bergerak ke mana-mana buat waktu ini
salam kak zakie
BalasPadamapalah sgt dgn apa yg saya lakukan kalau nak banding dgn pengorbanan seorg ibu , cuma masalah saya yg tinggal jauh di hujung tanah melayu menyebabkan saya tak dapat selalu di samping ibu, mujur kakak ada selalu utk menguruskan
saya hanya menjalankan tanggungjawab yg sepatutnya sebagai seorg anak
semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urisan kita
insyallah
salam cl
BalasPadamalhamdulillah
jutaan tk atas doa mu itu
semoga kita semua terus terpelihara oleh Allah
salam kak nab
BalasPadamalhamdulillah
kami bersyukur atas apa saja pemberian Allah buat kami
tk kak atas doa mu
salam ibu
BalasPadamkalau lihat dgn mata hati sesuatu ciptaan itu, kita akan lebih mengetahui maksud yg tersirat, insyallah
alhamdulillah, dia masih mampu melakukan segala ibadat walau dlm keadaan kesihatannya yg demikian, katanya sebagai bekalan yg akan dibawanya nanti
tk atas doa ibu