WARGA SCP

Jumaat, Julai 30, 2010

ROAD TO AFRICA : CAMEL TROPHY part 4 UNGA GAGA UNGA GAGA


ALHAMDULILLAH

Sangkaan ku tepat kerana dari kejauhan , aku meyaksikan terdapat kelibat atap2 rumah yang sayup2 pandangannya dari kejauhan di lembah yang begitu indah di kelilingi gunang-ganang yang berdiri gagah.

Kenderaan kami sebenarnya perlahan2 menuruni kawasan pergunungan menuju lembah.



Sambil tu , fikiran ku melayang terkenang masa dulu2 semasa aku kecik2

Dulu kalau tengok cite kartun pasal masyarakat kanibal di Aperika, mangsa akan di tangkap dan diikat lalu dimasukan dalam belanga besar utk dibuat sop lalu dibakar unggun api sekeliling belanga sambil menyanyi.

Tapi mau mereka nak kena carik belanga saiz XXXL dan kena ekjas sikit ramuan kalau nak rebus aku nanti hehehe
maklumlah daging orang melayu hahaha

"UNGA GAGA, UNGA GAGA,UNGA GAGA"
habis aku nanti jadi lauk hehehe



Lamunan ku terhenti
"Ahh, tu zaman kanibal dulu" hehehe

Melihat atap2 rumah yang yang cantik yang diperbuat dari batang jerami mengambarkan betapa aman dan damainya suasana persekitaran penduduk yang tinggal di sini.

Tiada pencemaran, tiada kesesakan walaupun agak jauh dari pembangunan
Ketenangan dalam menjalani kehidupan juga merupakan sesuatu yang bermanafaat dan berkualiti dalam mengharungi kehidupan

Buat apa kalau pembangunan yang hebat di depan mata , tapi kehidupan kita sentiasa tertekan dengan terkejar2 setiap pagi dan hari yang akhirnya sebenarnya "usia kita menjadi lebih tua dari sepatutnya"

Tapi nak buat macam manakan, semua suratan takdir buat kita telah tertulis sejak azali lagi dan kita perlu akur akannya dan mengharunginya dengan perasaan tabah dan redha.





Sebenarnya aku merasa kagum dengan semangat penduduk yang tinggal di kawasan itu. Dah lah jauh dari segala kemudahan, manun mereka masih setia di situ. Tentu ada sesuatu yang menarik di bawah sana, namun kerana faktor masa , kami hanya berlalu pergi begitu sahaja dan hanya dapat menyaksikan dari kejauhan saja

Kami tinggalkan perkampungan itu lalu meneruskan perjalanan yang tak tahu bila agaknya kesudahannya "off road" ni sambil terus menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah di tengah2 kawasan pergunungan dan banjaran ini .

ALLAHUAKHBAR








KALAU LEPAS NI TIADA N3 LAGI DARI PAK ITAM
MAKNANYA
PAK ITAM DAH KENA UNGA GAGA
JADI LAUK

MCM DALAM BELANGA TU
depa masak
ASAM PEDAS PAK ITAM
tapi
KENA MAKAN DENGAN PETAI
PASAL
DAGING PAK ITAM MANIS TAU
DARAH MANIS
(bukan kencing manis)
heheheheheheheh


Khamis, Julai 29, 2010

ROAD TO AFRICA : CAMEL TROPHY part 3, 30 km pertama dalam 2 jam

ALHAMDULILLAH

30 KM "OFF ROAD" yang kami lalui memakan masa hampir 2 jam juga . Manakan tidak, terdapat batu kelikir merah di atas jalan tanah merah ni kerana untuk mengelakkan dari tayar kereta tergelincir dan licin sekiranya berlaku hujan di tempat2 sebegini yang sudah tentunya jarang sekali hujan .

Paling laju pun dalam 15 - 20 km sejam sahaja yang boleh dipandu.

Kekadang terpaksa menghimpit hingga ke tepi tebing curam di sebelah kiri kerana terdapat rekahan yang agak besar di tengah jalan . Kalau 4x4 punya kenderaan, "small matter" je dan tak jadi masalah, tapi ni kereta BMW 525i Sport yang agak rendah juga dasarnya hehehe

Kat sinilah baru teruji ketahahan kereta ni hehehe




Ketahanan fizikal kami juga sebenarnya teruji, namun kami tawakkal kepada Allah , moga jalan raya tar segera muncul di hadapan kami.

Tapi rasanya dari pandangan mata kasar, mau 30 km lagi terpaksa diredah.

Tanpa disedari , sekejap kami berada di tengah lembah kiri-kanan gunung, memandu dan tanpa disedari rupa2nya dah sampai kat atas gunung di lereng apabila pandangan kami sayup2 melihat ke bawah

Memang adventure betul , sebenarnya ada pakej 4x4 sebegini kat benua Africa oleh kebanyakkan travel2 agent , tapi kami yang tak rancang dapat pula merasainya sendiri





Seekor umat manusia pun aku tak jumpa kat tengah kawasan pergunungan ni dalam hampir 2 jam memandu . Namun akhirnya aku bertemu juga dengan sebuah kereta pacuan 4 roda (4x4) berselisih dengan kami dipandu oleh seorg wanita barat dengan lajunya

Perut dah mula berkeroncong kelaparan kerana terhentak dek jalan yang tak rata.

Namun tahan je, kerana kami sendiri tak tahu di mana kesudahan jalan ni
dekat lagi ke atau jauh

takut kalau berhenti tepi jalan dan bukak but kereta , tetiba keluar harimau gunung
kan naya hehehe


jalan di kawasan lembah

mula mendaki



dah nak sampai atas

kereta kami dah berada di atas lereng pergunangan
tgk tu sayup di bawah

Apabila bertemu dengan kelibat lembu yang sedang meragut rumput di sini, hati ku sedikit gembira kerana maknanya mesti ada ladang ternakan yang berdekatan .

Tapi tak nampak juga umat manusia dan ladangnya tak tahulah betapa besarnya

Rasanya mau beribu hektar dan ternakan dibiarkan begitu sahaja kerana aku tak nampak pun bangsal2 ternakan tersebut.

Lembu2 kat kawasan pergunungan ni pula gemok2 dan tebal serta panjang bulunya
macam seladang pun ada

Akhirnya setelah 30 km meredah jalan dalam masa 2 jam, kami berselisih dengan sebuah traktor yang menandakan tentu ada perkampungan yang berdekatan di sini

bersambung ............................................................................





MORAL OF THE STORY
Hakikatnya semua keindahan dan kesempurnaan yang kita lihat di alam ini adalah milik Allah yang hakiki.

Adapun kesempurnaan dan keindahan yang ada pada selain Allah hanyalah kesempurnaan dan keindahan sebagai perlambang kekuasaan Allah dan sebagai pinjaman semata-mata .

Al-Quran telah menjelaskan bahawa keindahan dan kesempurnaan yang dititipkan pada makhluk-makhluk di alam ini, terbatas dan berkesudahan.

Sedangkan keindahan dan kesempurnaan Allah itu tidak terbatas dan tidak berkesudahan.

Allahuakbar,
Allah Maha Besar dan Berkuasa Ke atas Segalanya

ROAD TO AFRICA :CAMEL TROPHY part 2 : YA ALLAH, BEGITU DAMAI & INDAHNYA DI SINI

ALHAMDULILLAH,

Berada di tengah kawasan banjaran dan pergunungan di tengah benua Afrika . Hanya bertemankan bukit dan gunung ganang sahaja . Walaupun begitu, tiada sebenarnya perasaan takut dalam hati kerana insyallah, perjalanan kami sentiasa akan dilindungi berkat doa dan perasaan tawakkal kepada Allah .

Pemanduan terpaksa dilakukan dengan berhati2 kerana kadangkala jalan hanya berada di tepi tebing bukit dan gunung . Memang real punya Camel Trophy.

Kami bernasib baik kerana cuaca yang dingin semasa musim sejuk walaupun matahari memancar di atas langit.





Rasanya kamilah rakyat Malaysia yang pertama melalui jalan "Off Road" ni . Namun disebaliknya, kami dapat menyaksikan sendiri permandangan dan suasana yang sungguh indah yang tak dapat digambarkan . Semua jelas dan nyata di depan mata.

Gunung sebenarnya berfungsi mengimbangi bumi di mana tanpanya bumi akan beroleng (bergerak) tidak tentu arah. Inilah satu fungsi gunung yang didedahkan al-Quran lebih 1,400 tahun lalu.
Dalam Al-Quran menyebutnya :
“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.”
Surah al-Naba: 7
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.”
Surah al-Nahl: 15


Aku menikmati keindahan alam di sini dengan penuh rasa syukur dan tawadduk dengan kekuasaan Allah SWT yang menjadi bumi ini begitu indah sekali.

Kalau takdir Allah dan GPS tak bawa aku melalaui jalan"Off Road" ni, rasanya kami tak tahu yang kawasan ini sebenarnya begitu indah , cantik lagi mendamaikan .

Teringat aku beberapa potong ayat quran yang bermaksud :

"Dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi-tinggi gunung-ganang"
Surah Al-Israa : 37

Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
Surah an-Naml 27;88

Itulah sebenarnya rahmat di sebalik Camel Trophy yang sebenarnya aku tak rancang sama sekali dan takde dalam agenda atau ittenary perjalanan kami di ROAD TO AFRICA

bersambung..........

deretan pokok pain boleh hidup subur
di tengah kawasan yang tandus dan sejuk
Allah Maha Berkuasa

air yang mengalir dari pergunungan

DENGAN KUASA ALLAH KAMI SAMPAI KE TEMPAT YANG TAK DIRANCANG
GPS INI HANYA SEBAGAI PENYEBAB JE

Rabu, Julai 28, 2010

ROAD TO AFRICA : CAMEL TROPHY part 1 : SESAT MEMBAWA RAHMAT

ALHAMDULILLAH

*N3 Camel Trophy ni adalah pengalaman kami yang begitu unik berada di tengah kawasan pergunungan di benua Afrika yang tandus dan bersempadan dengan negara Lesotho tanpa di duga dan dirancang sama sekali , tapi Allah swt dah tulis sejak azali lagi bahawa kami akan berada di sini menikmati keindahan alam semulajadi . N3 ni rasanya dalam 5-6 episod juga mengikut turutan perjalanan kami meredah hampir 60km ++ dalam masa 4 jam
perjalanan , tapi dirasakan macam sepurnama perjalanannya


Selepas beristirehat sebentar di pusat bandar Midland Meanders, kami meneruskan perjalanan kami ke Lake Neverone untuk bermalam nanti. Sebelum bertolak dari Durban tadi, GPS yang dipasang di kepala unta yang kami naiki dah set mengikut longnitud dan magnitud Lake Neverone yang diberikan semasa membuat tempahan secara online di internet

South 29 deg 44.5 mins
East 29 deg 16.0 mins.

Jadi sepatutnya tiada masalah untuk sampai ke sana kerana menurut kiraan GPS hanya lebih kurang 100++ km je dari Midland Meanders.

Kalau mengikut kiraan akal lebih kurang 1 jam 30 minit boleh sampai di sana. Insyallah nanti, boleh solat zohor jamak takdim nanti apabila tiba di penginapan kerana tiada kemudahan untuk bersolat di pusat bandar Midland Meanders ni

highway N 3







Namun setelah hampir 30 km dari Midland Meanders melalui jalan raya yang lenggang dan hanya berselisih dengan sebuah dua kenderaan je, tiba2 muncul jalan tanah merah pulak yang berbatu kerikil di hadapan kami.

"ALAMAK" nak redah ke tak redah

akhirnya keputusan diambil

"REDAH JELAH"

kerana kalau ikut GPS, insyallah akan sampai juga

rupa2nya GPS yang diset telah membawa kami melalui jalan lama yang digunakan oleh kenderaan 4X4 , iaitu melalui N3 lalu masuk ke Nottingham Road (jalan tanah merah batu kerikil yang merentasi pergunungan) bukan lebuhraya R617 yang sepatutnya.



Yang menarik tentang jalan off road ni ialah semua tanda2 jalan (signboard) lengkap dan ada di tepi jalan, tapi cuma jalannya hanya jalan tanah merah dan berbatu kelikir.

Ini baru real Camel Trophy di benua afrika tapi kami pakai kereta je

Kami berharap dan bersangka baik yang jalan off road ni dalam 3-4 km je ,namun sangkaan kami meleset sama sekali


melalui lembah di kiri kanan gunung



Perjalanan kami semakin mencabar kerana kadang-kala terpaksa mengelak batu2 yang besar penumbuk tu yang berada di atas jalan akibat terjatuh dari lereng bukit dan gunung

BMW 525i dah jadi Land Rover 4x4 hehehe

1,2,3,4,5 km off road diranjau dan sesadar je, kami berada di tengah kawasan pergunungan dan banjaran di tengah benua Afrika yang tandus dan ...............................................................


bersambung..................................

kat lereng gunung yang tandus


sesadar, kereta kami dah kat atas lereng dan puncak gunung
kerana tak perasan, hanya ikut jalan je

kalau tak sesat
kami tak akan dapat menikmati
permandangan yang sebegitu indah di sini
itulah salah satu rahmatnya