WARGA SCP

Jumaat, Oktober 01, 2010

SEDIKIT TIPS BERKAITAN BEG ke TANAH SUCI

beg seperti gambaran di atas
dalam proses utk ditimbang
dalam perjalanan pulang dari Jeddah ke Malaysia

ALHAMDULILLAH

Bulan haji telah tiba kini
menunaikan ibadah
panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah
Al Makkahtulmukkaramah

Rasanya 9 hb Oktober 2010, penerbangan pertama jemaah haji akan bertolak .Setiap kali tiba musim haji, hati pak itam amat merindui saat2 manis di sana .

Hari ni pak itam nak berkongsi sedikit tips dan panduan
berkaitan beg sebelum bertolak ke tanah suci

Apa yang perlu dibawa seperti yang disarankan, perlu dibawa
tapi janganlah bawa terlalu banyak sehingga membebankan jemaah pula
cukup sekadar beberapa pasang baju persalinan kerana di sana nanti insyallah
ada masa untuk mencucinya dan pasti cepat kering ,
Jangan pulak bantal busuk dan bantal peluk pun nak dibawa sekali.
Lagi satu lesung batu tu pun tinggal kat rumah tau.

Pastikan segala butiran maklumat diri kita tentang
No KT, nama jemaah , alamat waris , telefon dan beberapa maklumat penting lain ditulis dibeg yang sukar terpadam . Ingat, beribu2 beg malah berjuta beg menuju kedestinasi yang sama nanti .

Kalau boleh nanti , tandakan beg2 kita tersebut dengan tanda yang senang dikenali kerana semasa nak ambil beg2 tu nanti di lapangan terbang, mata kita tak berpinar2 kerana terlalu banyak nanti beg yang bentuk, warna dan rupa yg hampir serupa.


bag sandang kecil

pak itam memang selesa berpakaian begini
disana mcm kat kampung

Kebiasaannya, beg sandang kecil yang dihadiah oleh pihak tabung haji, didalamnya terdapat rekod2 kesihatan dan dokumen yang penting sentiasa ada disamping kita . Letaklah segala ubatan yang perlu didalam beg ini terutama bagi jemaah yang perlu memakan ubat-ubatan mengikut masa dan arahan.

Jangan pulak semua ubatan kita letakkan didalam beg yang akan masuk ke perut kapalterbang, kerana jarak perjalanan akan memakan masa hampir 8 jam.

Di Arafah dan Mina pula, beg sandang kecil ini juga sentiasa berada disamping kita. Nanti bolehlah letakkan sekali sedikit minuman dan snek atau biskut . Mana tahu kita sangat memerlukan nanti terutama dalam perjalanan ketika berulangalik melontar dari khemah ke jamrah yang jarang perjalanannya agak jauh juga . Ubat2 spt panadol pun boleh letakkan sekali.Pastikan juga segala dokumen penting seperti nama maktab atau hotel dan sebagainya sentiasa berada dalam beg kecil ini kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan, senang pihak tabung haji untuk menguruskannya kerana di sana jemaah terlalu ramai. Jemaah haji kita bilangannya hanya 26 000 orang berbanding keseluruhan jemaah yang hampir 2-3 juta orang.

Semasa bertolak ke Arafah dan Mina pula, kita hanya perlu membawa sedikit keperluan persalinan berserta keperluan yang difikirkan sesuai menggunakan beg sandang kecil dibelakang seprti yang digunakan oleh "Bag Packers" yang selalunya akan diberikan oleh pihak tabung haji atau pihak swasta lain yang kita gunakan perkhidmatan mereka.


ALLAHUAKBAR
aku rindu untuk menunaikan ibadat haji sekali lagi.

bagpackers

Bag yang telah dipunggah atas bas
dari Madinah menuju Makkah

19 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Benar kata Pak Itam tu. Pakaian memang kena ikut keselesaan kita agar tidak menganggu ibadah yang dijalankan. Kain gombang pun takpe asal selesa......

    p/s: Nak pergi lagi kena tunggu giliran.... lamanya....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    ramai orang ikat perca kain pd beg
    (lebih2 buat baju ke buat langsir ke)
    senang ...sekali pandang dah kenal beg kita punya

    moga Allah menjemput kita menjadi tetamunya lagi

    Wasslam

    BalasPadam
  3. salam CR....

    kenangan di Tanah Suci kembali menerjah minda kita semua....

    seronoknya andai akak jua berada di situasi begini....haiiii bila nk dpt ke sana lagi....

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Kelas gitu Pak Itam dgn kain pelekat gombang. Masa gi melontarpun pakai kain pelekat jugak ke? Bahaya tu, dibuatnya terlucut...terjerit2 nanti pak Arab..haram!haram!

    Maaf ye Pak Itam, akak gurau2

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Pak Itam,

    Melihat gambar-gambar yang Pak Itam paparkan..menggamit nostalgia lama..Rindu saat-saat di Makkah.

    Semuga berpeluang lagi ke sana kalau boleh banyak kali lagi hendaknya..insyaallah.

    BalasPadam
  6. apa plak tak boleh bawak 'bantal kopek'? 40 hari wooo, lama tu! keh keh

    BalasPadam
  7. salam pak itam

    terharunya membaca bingkisan pak itam hari ni. terima kasih atas tips yang diberi

    BalasPadam
  8. Saya pun macam tu jugak...teringin nak kesana lagi!

    BalasPadam
  9. gaya pak itam kat sana - sama gaya hubby....tapi ade kalanya hubby pakai jubah...bila pakai jubah pak arab pun sibuk ajak berborak !!! lepas tu dia gilir2 pakai cara pak itam...nampak lah orang Malaysia tapi Arab + Ceylonise + Melayu !!!

    insyaAllah lepas pencen akan ke sana lagi ( jika dizinkan Allah swt )

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kakzakie

    kain gombang tu selesa pakai hehehe

    betul tu, lama lagi tiba giliran kami lagi

    lagi 10 tahun

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam atuk

    betul tu , ramai yg ikat pereca kain

    tapi mana tahu semua pereca kain sama pulak tu hehehe

    haruuu jadinya hehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam kak ummi

    rindu saat2 manis di sana

    pegi MH setiap masa berulang alik dgn berjalan kaki

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak ina

    heheheh

    nak selamat pakai talipinggang haji tu kat kain gombang , gerenti tak tercabut hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam mama nadz

    kita akan sentiasa rindu akan 2 tanah suci

    BalasPadam
  15. KOG

    heehheheh

    tak boleh psl baunya Kepammmmm


    hahahahaha

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam az

    tk, sekadar berkongsi tips

    BalasPadam
  17. uncle

    tentu kenangan uncle semasa berkhidmat di sana akan kekal sampai bila2

    BalasPadam
  18. cikgu SAK

    rasa lapang dan berangin pakai pelikat gombang tau hehe

    saya pulak jenis tak selesa pakai jubah hehehe

    kalau pakai kain gombang , nak sujud dan duduk antara dua sujud rasa lebih senang dan bebas berbanding jubah

    tak lama juga lagi giliran cikgu SAK

    BalasPadam