WARGA SCP

Khamis, November 25, 2010

LAMPU NASI KANDAR

ALHAMDULILLAH

Hari tu masa bapak balik ke Kolumpo, bapak sampai je keluar tol terus menuju ke Pelita Nasi Kandar . Kalau bapak pi Kolumpo, pasti bapak singgah kat Pelita ni. Kat tepi hutan mana ada nasi kandar ni , HC pun takde juga, Kat JB tak pernah jumpa juga.

Macam biasa , kalau singgah Pelita Nasi Kandar ni , bapak jarang makan ikan. Bapak makan kari daging dia lah,bawang goreng dan sotong kurita goreng yg besar tu takkan bapak lepaskan . Puas makan bertiga.

Setiap kali pi situ, madang penuh je . Tak pernah lenggang Pelita tu .Nak kata murah tak juga , tapi orang sentiasa penuh. Tapi nak makan punya pasalkan.

Tapi makan makanan kari2 dan lemak2 ni sesekali oklah, pasal tak bagus untuk kesihatan sebenarnya . Kalau makan tetiap hari, dah nanti bapak kena ambik bedak calit 3 line kat dahi ,
Lepas tu pakai pelikat putih hehehe


Tengok Pelita ni penuh je, bapak pun rasa mcm nak menceburi perniagaan nasi kandar ni lah
Yelah, takde org melayu rasanya yang ceburi perniagaan nasi kandar ni kan

Kalau mamak pun dah boleh berniaga jual nasi lemak , takkan org melayu tak boleh meniaga nasi kandar .

Kalau jadi bukak, bapak nak namakan restoran tu LAMPU NASI KANDAR.
Nak lawan dengan Pelita tu,
kalau tak pun letak BELUTI NASI KANDAR vs Kayu Nasi Kandar hehehe

Tukang masak tak payah import dari India,
bapak punya mamak itam rasanya boleh lawan dengan mamak2 ni

Ni mamak itam ku masakkan bapak
Kari Kapla Ikan Merah
dari dapur LAMPU NASI KANDAR
bersih bapak kerjakan


10 ulasan:

  1. salam CR....

    kalau bukak restoren "LAMPU NASI KANDAR" tu nanti jgn lupa jemput geng2 alam maya ni pi rasmikan tau...

    memang tak kalah tu kalau mamak itam yg masak kan kat rentoren tu nanti , he he he

    BalasPadam
  2. salam pak itam..

    Aikk....nak bukak restoren nasi kandaq pulak kaaaaaaaa..hehehh

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    emm...menyelerakang....cakap ganu

    BalasPadam
  4. Bukak cepat......................

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum pak itam,

    kat mana lokasi pelita nasi kandar ni, menyelerakan sungguh kari kepala ikan tu..kami ni jarang ke kl, bila-bila pegi nanti nak jugak pekena nasi kandar ni... dah pak itam kata kat hc takde, kat jb pun takde..kesian kita ..hehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kak ummi

    heheheh lampu kelip2 nasi kandar hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam shami

    heheh

    cite suka2 je , sekadar angan2 kosong hehe

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam ibu

    sedap bu kepala ikan tu hehe

    BalasPadam
  9. uncle

    hehehhe tu yang kena cari lampu kalimantan dulu sebelum bukak Lampu Nasi Kandar hehehe

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam hajjah amz

    pelita tu kat ampang ada satu dan berdekatan KLCC pun ada satu

    kari kapla ikan tu mak itam yang masak, bukan pelita punya tau hehehehe

    kapla ikan beli hari tu kat pasar tani hehehe

    BalasPadam