WARGA SCP

Jumaat, Julai 08, 2011

BURSA : SILK BAZAAR part 1

Kalau tadi di Silk House yang kecil je, sekarang kami dibawa pula ke ke Silk Bazaar di Koza Hani a.k.a Koza Han a.k.a Kota Han

Koza Han , sebuah pusat perdagangan yang tekenal sejak abad ke 15 lagi yang menempatkan beratus kedai di bawah satu bumbung yang menjualk pelbagai barangan dari serata pelusuk dunia.Bazaar ini telah wujud semenjak tahun 1491 , bermaksud hampir 520 tahun bazaar ini telah berdiri megah di sini dan hingga kini masih utuh dan terpelihara .

Kozahan terletak di Ataturk Avenue di tengah pusat bandar Bursa . Terdapat jalan merentasi Orhangazi Park di mana di situ terletak Ulu Mosque yang terkenal dan Orhan Mosque.

Tak jauh dari Istanbul , cuma Istanbul, 384 je kalau ikut jalan darat, tu sebab merentas laut Marmara nak feri dapat menjimatkan masa di jalanan

Dibuka setiap hari dari jam 08:00 hingga 20:00pm tapi hari ahad kira tutup.

Mengikut tinjauan dari Lonely Planet Travellers, kunjungan ke Kota Han menduduki rangking ke 18 dalam senarai pelancong yang datang ke Turkeye dalam segmen "things to do in Bursa by Lonely Planet travellers".

pintu masuk utama

panaroma persekitaran luar silk bazaar


pelbagai corak tudung, skarf , selendang dan seangkatan dengannya
semua dari sutera tulen hasil bumi Bursa
bukann rambang mata lagi
boleh bulau biji mata
hehehe


boleh lepak pekena kopi turki kat sini

2 ulasan:

  1. Salam pak itam

    Meriah kawasan shopping kain baju nih....cantik2 corak kain ela dia...berapa sepasang tu kalu di tukar dalam matawang msia...

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam shami

    hehehe tak sempat nak tanya , semua dari pure silk , harga tudung atau skarf panjang yang boleh buat tudung tu bermula serendah 60 TL hingga mencecah ribuah TL bergantung pada corak

    1 TL = RM 1.80-2.00

    BalasPadam