WARGA SCP

Rabu, Januari 18, 2012

AKU SUKA MENIKMATINYA

ALHAMDULILLAH

Salah satu minat aku ialah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang tiada bandingannya . Aku boleh leka dan semua keindahan tu aku terjemahkan pula dalam lensa kamera ku .

Ni minggu depan cuti CNY agak panjang , manalah aku nak pergi utk menikmati keindahan alam kerana kebanyakkan pelanggan ku dari kalangan sekolah pun rasanya cuti panjang seminggu, jadi aku pun rasanya cuti seminggu juga dari berurusan dengan mereka . Aku nak rehatkan sikit badan ni kerana keletihan terasa . Manakan tidak , urusan pembekalan dan perniagaan agak terlalu sibuk . Maklumlah , sekolahkan baru je naik.

Lagi2 minggu terakhir ni sebelum mereka cuti panjang, semua keperluan mereka aku kena siapkan dan bekalkan. Jadual aku yang disusun oleh puan saketari aku penuh dan padat. Semalam petang aku ajak puan saketari aku ikut sekali aku ke beberapa sekolah . Jangan salah faham, puan saketari aku ialah isteri aku hehehe


Kesian dia duduk rumah sorang2, jadi aku kata jom ikut aku. Semalam aku menghantar barangan ke sebuah sekolah menengah . Lepas tu bual2 kejap dengan pengetuanya . Gembira pengetuanya kerana selain barang yang ku hantar, aku berikan juga kepada setiap orang guru pen yang bercetak logo dan nama sekolah .

Aku anggap sedikit sumbangan ikhlas ini sebagai saham akhirat kerana selagi mereka menggunakan dan menulis menggunakan pen yang aku berikan, selagi itu aku mengharapkan ada balasan aku nanti diakhirat kelak dari Allah.

Tapi sebalik sedikit sumbangan tu, aku tak mengharapkan apa2 balasan pun dari mereka dalam memajukan perniagaan aku kerana kata ku, kalau ada rezeki dari Allah pihak mereka nak berurusniaga dengan aku, aku mengucapkan syukur kepada Allah, tapi kalau sebaliknya, aku tak kisah kerana rezeki Allah yang tentukan.

Jadi kesimpulannya, setiap sumbangan aku pada sesiapa pun aku tak harapkan pembalasan pun dari mereka dalam bentuk perniagaan.

Aku terus terang katakan, bab2 rasuah ni dari dulu bukan cara aku dan aku tak kisah jika tak dapat sesuatu "deals" atau "bisness" . Aku tak mahu tergolong menjadi ahli neraka kerana terlibat dalam rasuah. Biar tak dapat "bisness" tak apa dari esok lusa di akhirat aku dihumbankan ke neraka jahanam akibat perbuatan tersebut.

Rasuah ni dalam Bahasa Latin berasal daripada corruptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan,memutar belit, dan menyogok. Takrifan yang diberi merujuk kepada ‘busuk’ yang pastinya memualkan dan meloyakan.

Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan perilaku yang terkutuk dan dibenci oleh agama.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 :

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Sabda Rasulullah yang maksudnya:

"Dari Abdillah bin Amru Radiallahuanhuma ia berkata :
"Rasulullah S.A.W melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah".

(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang diriwayatkan daripada An-Nuqman bin Basyir Radiallahuanhu maksudnya :

"Perkara yang halal itu jelas dan begitu juga perkara yang haram itu jelas".
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)





Berbalik dengan cerita minat aku menikmati keindahan alam ni, cuti panjang minggu depan aku dan puan saketari aku tengah pikir nak pegi mana dalam seminggu ni. Nak pegi umrah, visa takda, nak pegi USA pun visa takde . Puas juga aku menggoggle dalam internet tempat2 percutian tepi laut yang menarik sekitar pantai timur tapi ilham belum ada lagi . Bak kata Osbon " NO IDEA" hehehe

Tapi my saketari dah cadangkan aku satu spot yang menarik area Penyabung kerana katanya tempat tu cantik untuk aku rakamkan melalui lensa ku nanti . Pasal dekat dan tak jauh sangat, pegi pagi balik petang je .

Bagus juga idea tu . Nanti kalau jadi, aku pasti kongsikan bersama foto2nya nanti kerana aku nak beresperimen dengan teknik slowshutter .

Tapi kalau lama aku tak update rumah aku ni, maksudnya aku dah belayar jauh la tu hehehe

Insyallah




8 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    First time masuk rumah ni, terpegun tgk gambar2 yg cantik...Subhanallah.

    Suatu perjalanan itu pasti mencatat seribu pandangan dan kenangan. Hope that suatu hari nanti saya pun berkesempatan utk menjelajah ke semua tempat di bumi ALLAH ni...insyaALLAH :)

    BalasPadam
  2. Salam, teringat satu kisah di sekolah anak. Seseorang berlagak macam ada urusan bisnes dgn pengetua, serius menunggu lama. Bila diberitahu pengetua dah keluar, dia terpaksa berjumpa dengan kerani bertugas. Ingatkan bisnes apa, rupanya nak hantar permohonan anak dia ke sekolah tu. Siap ada 'goodies' sekali... bila kerani cek borang rupanya anak dia tak berapa layak utk ke sekolah tu. Che Mid fikir kalau hal sekolah anak pun nak guna hadiah, berkat ke ilmu tu nanti kalau anak berjaya ke sekolah tu..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan,

    Kalau 'terlajak' ke luar negara, jemput singgah ke ER05.

    BalasPadam
  4. Assalam bapak,

    Wah seronok dengor nye CNY xtau kemane tapi agak2 mcm nak pegi jauh jer tuh :p

    AA baru je buat promo ke Sydney RM570 seorang. Aduh gerammm tapi apakan daya selagi suami tak call or contact, x berani nak buat keputusan walaupon tahu sidia sentiasa senyum dgn apa jua keputusan waras ku.. Hihihihi.

    Nauzubillah.. Jauhkan perkara2 yg tak berkat spt rasuah. Duit(mkn)mengalir dlm darah anak isteri. Harap FM dan suami juga sentiasa ingat keburukan dan akibatnya. InsyaAllah

    Kalau p mana2 selamat pergi dan balik ya bapak? Pulang dgn gambar2 yang ctk.

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam mama azfar

    terima kasih sudi jenguk kat SCP yg tak seberapa ni

    koleksi gambar2 peribadi utk dikongsikan bersama

    CNY ni pasti si kecil mama azfar pasti banyak kumpul angpau

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam che mid

    tulah pasal
    niat tidak menghalalkan cara

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam mieza

    no idea lagi until now nak ke mana hehe

    last sekali pengabis berehat kat rumah je dan pegi dekat2 je utk ambil gambar buat koleksi

    insyallah
    suatu hari nanti kalau diizinkan Allah pasti sampai ke bumi KIWI

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam FM

    tiket ke sidney tu dah sold out hehehe

    takde idea lagi, rasa malas pun ada kerana pasti di mana2 sesak dan ramai

    pengabisnya ambil gambar bantal busuk je kat rumah hehehe

    BalasPadam