WARGA SCP

Selasa, Januari 17, 2012

AKU TAK BELAJAR TINGGI

ALHAMDULILLAH

Kita tak tahu , apa yang direncanakan oleh Allah S.W.T. buat kita .
Aku tak punya pelajaran tinggi

Jadi agenda atau nak jejak ke negara orang memang tak pernah ada dalam kamus hidup aku

Ramai kawan2 aku yang pandai2 dalam aliran sains dulu , lepas SPM terus melanjutkan pelajaran ke luar negara dan semua hilang begitu sahaja ,

aku biasalah SRP matematik lulus cukup makan je dapat 8, kena duduk kelas sastera dan lulus spm pula gred 2 lagi dua je nak gred 1 , tapi matematik aku tetap 6 terbalik hehehe

Aku tak kisah tu semua kerana dah resam dunia,
kalau kita tak punya apa2, kita akan dipandang sepi ,
ini realiti kehidupan yang banyak berlaku bukan sahaja dalam persahabatan,
malah dalam sistem kekeluargaan pun banyak yang berlaku sebegitu.

Sedangkan sepatutnya kita yang mengaku islam mengamalkan konsep manusia itu sama sahaja di sisi Allah dan membezakan kita adalah amalannya sahaja.

Rakan2 masing2 dah berjawatan tinggi seperti doktor, jurutera dan mcm2 lagi
Aku pula hanya seorang penoreh yang tak punya segulung ijazah
Tapi syukur sangat-sangat

Hingga sekarang kebanyakkan rakan2 sekolah ku dulu yang kini dah berjawatan besar dan tinggi tak tahu yang aku juga dah berjaya walaupun aku hanya kerja menoreh . Aku lebih suka situasinya sebegitu

Hanya 3-4 orang je rakan2 ku yang dulu senasib dengan ku yang tahu kerana kekadang aku lebih suka apabila pulang sesekali ke kampung duduk lepak2 dengan mereka sambil pekena teh tarik di warong2 buruk .

Allah S.W.T telah merencanakan rezeki ku dengan menoreh dapat membawa ku melihat dunia dan aku sangat bersyukur.

Dengan rezeki menoreh , aku dapat menjejakkan kaki ku pertama kali ke Tanah Suci Haram pada tahun 2005 dan dua tahun kemudian pula, dengan rezeki torehan juga, kami berdua dapat menunaikan rukun islam yang ke 5

Sebelum tu tak terbayang langsung dalam kotak fikiran aku yang mana masa tu aku tefikir, esok lusa kalau dah pencen menoreh dan cukup duit simpanan, baru aku berpeluang untuk semua itu.

Allah bagi aku hasil torehan yang menggalakkan tapi aku kena ingat yang tak semestinya hasil torehan mesti penuh satu baldi tetiap hari kerana Allah juga yang dah tentukan banyak sikitnya.

Yang pasti tak kiralah jika kita berpelajaran tinggi atau sebaliknya,
jika kita sanggup berusaha tanpa membelakang agama ,
insyallah pasti ada sinar menanti kita

Kalau bukan di dunia yang fana Allah bagi
pasti di akhirat kelak telah menanti kita dengan kenikmatan yang tak terucap.

Terkenang aku suatu peristiwa pada zaman Nabi Sulaiman , apabila Nabi Allah Sulaiman terlihat seekor semut yang hidup melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman lalu bertanya kepada semut:

" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab:

"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lalu Nabi Allah Sulaiman pun bertanya lagi :

" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut:

"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman lalu mencadangkan:

"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu hidup melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi ambil sebiji gandum , diletakkan dalam bekas lalu ditutupnya. Kemudian ditinggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman melihat gandum itu tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, :

"Kamu rupanya berbohong pada aku. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:

"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,
kalau aku ada di
atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku ialah punca rezeki itu sebenarnya adalah datangnya dari Allah S.W.T jua jika ia mengkehendakinya , bukan dari segulung ijazah, bukan dari hasil torehan dan juga bukan dari apa2 jua yang ada di mukabumi ini yang kita boleh katakan ia hanya bersifat sementara .

Tapi Allah nak kita berusaha dulu mengapainya kerana ia tak datang mengolek,kemudian usaha itu diikuti dengan doa dan diakhiri dengan tawakkal.

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Alhamdulillah.


dah hampir 5 tahun aku tak menyusuri jalan ni

masjid jamek di Birmingham

entah ada lagi ke tidak merpati sekitar ni

aku pernah menjadi striker merbahaya suatu masa dulu di sini
hehehe

2001 mana ada kamera canggih
pakai filem dan cucilah gamaknya


dulu tetiap hujung tahun bila musim tengkujuh tak boleh menoreh di tanah air
pasti aku ke sini jual getah beku

18 ulasan:

  1. Salam,
    Syukur dgn keadaan ini... setiap orang itu sama bagi Allah ... yg membezakannya amalannya.

    BalasPadam
  2. makhluk kecil, ilmunya tinggi... subhanallah

    BalasPadam
  3. Suke dgn entry ni..rezeki Allah, kita hamba cuma perlu berusaha tanpa jemu selebihnya Allah ynag tentukan!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Terbuktikan dgn usaha tanpa jemu boleh mengubah nasib seseorang dgn bantuan ILAHI. Semoga bapak terus dilimpahi rezekiNya.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikom wtb pak itam...
    Benar apa yang pak itam tulis tu....rezeki kita bukan lah milik kita...ia adalah milik Allah.

    Walau dimana sahaja kita berada....Allah SWT telah tetapkan rezeki kita.

    Yakin la pada janji-janji Allah.

    JazakaAllah

    BalasPadam
  6. Salam Rezeki.
    Hahahahah....tak sekolah tinggi jugak rupanya...hahahahahah!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Tuan,
    Saya tidak pernah lulus sekolah tinggi walau berkali-kali mencuba...Saya redha dengan rezeki Allah. Alhamdullilah.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Salam untuk pak itam dan mak itam, dah lama tak berkunjung di sini dan dah lama tak berjumpa di HC, harap sihat sejahtera selalu..

    Subhanaallah, Alhamdullilah, Allahuakbar..

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam tn hj LH

    alhamdulillah

    moga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah

    BalasPadam
  10. zie

    usaha, doa , tawakkal
    kunci kejayaan

    insyallah

    BalasPadam
  11. fm

    aminkan doa FM
    begitu juga buat FM

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam MI

    apakhabar, lama tak dgr berita

    insyallah

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam uncle

    hehehe

    kita serupa mcm lagu headwinds tu hehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam mieza

    alhamdulillah

    semua telah direncanakan oleh Allah buat kita

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam amz

    tulah , lama tak terserempak semenjak ikan kat pasar tani takda pasal tengkujuh hehe

    dah pindah ke belum

    sampaikan salam saya buat abg aji

    BalasPadam