WARGA SCP

Ahad, Januari 01, 2012

44 TAHUN TELAH BERLALU, TAHUN BARU DATANG LAGI

di sinilah tempat aku jogging dalam bentuk sephia dan slow shutter

ALHAMDULILLAH

Aku diputerakan pada bulan Disember 44 tahun yang lalu dan kini usia ku menganjak setahun lagi . Kedatangan tahun baru 2012 hari ini banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan ku ketika tirai 2012 menjelma.

Banyak dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sepanjang meniti tahun lalu. Pelbagai ujian yang datang dari Allah S.W.T aku lalui dengan hati yang tabah dan meningkatkan tahap dan tingkat muhasabah diri kerana dunia hari ini terlalu mencabar .

Cabaran yang kekadang memeningkan kepala ialah berkaitan dunia perniagaan hari ini yang banyak "unsur2 kurang baik " menyebabkan aku banyak "terlepas peluang perniagaan" berbanding pesaing2 kerana aku masih memegang erat janji ku pada diri dan janji ku pada Allah bahawa aku tidak mahu terlibat dalam unsur2 syubhah dan penyelewengan kerana itulah salah satu doa ku setiap selepas solat agar dikurniakan rezeki yang benar2 halal lagi diberkati.

Alhamdulillah,
aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa2 ku itu .

Aku percaya akan janji2 Allah bahawa balasan diakhirat kelak lagi manis jika dibandingkan dengan limpahan rezeki di dunia yang didapati hasil yang boleh dipertikaikan.Prinsip ku mudah , biarlah tidak banyak asalkan ia berkat dan halal hasil usaha ku berlandaskan syariat dan islam.



Tema : Hitam Putih Kehidupan

Slow Shutter ku yang pertama kali
lokasi : Kuala Sedili Kecil

Rutin seharian ku juga tahun baru ini pasti akan berubah 360 darjah kerana sorang staff ku yang diamanahkan selama bertahun2 juga hasil didikan dan tunjuk ajar ku telah meletakkan jawatan secara tiba2 . Aku redha dengan keputusannya kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Allah sahaja yang mengetahui .

Sementara aku menemui pengantinya nanti yang pasti kena dilatih dahulu selok belok kedudukan pelanggan ku yang bertaburan seluruh HC, dah hampir 2 minggu juga aku sendiri yang menguruskan segala penghantaran keperluan pelanggan ku untuk tahun 2012 nanti . Terasa sakit juga pinggang apabila terpaksa mengangkat kotak2 menaiki tangga2 sekolah , namun aku berserah kerana segala kesakitan dan penyakit tu pada ku datang dari Allah jua dan barangan yang berat itu hanya penyebabnya .

Sakit itukan satu nikmat dan sebagai penghapus dosa2 kecil . Minyak panas cap Unta menjadi penawar ku ketika ini.

Alhamdulillah,
anak bongsu ku yang tengah cuti sekolah sama2 membantu dan besar kemungkinan juga inilah hikmahnya nanti dari Allah agar aku mula melatih nanti anak2 ku sendiri agar suatu masa nanti mereka yang akan mewarisi perniagaan kecil ku ini sebagaimana bangsa2 cina yang telah mula melatih anak2 kecil mereka berniaga sejak dari kecil lagi.


Tema : Warna-Warna Kehidupan

Terkenang kembali 15 tahun yang lalu masa aku mula merangkak dalam dunia perniagaan di mana masa tu segala keperitan, kepayahan dan apa jua yang datang aku telan je begitu sahaja.

Insyallah , aku akan jadikan pengalaman lalu sebagai azimat dan motivasi agar segala ujian dan rintangan yang datang dari Allah , dapat aku mengharunginya dengan jayanya dan cemerlang dan terus teguh berpegang dan berpaut pada prinsip syariah dan islam yang menjadi pegangan ku selama ini.

Moga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberikan perlindungan buat ku dan keluarga dan begitu juga dengan kehidupan kalian semua .

Selamat tinggal 44, selamat datang 45 dan yang pasti akan datang hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Insyallah

12 ulasan:

  1. Selamat thn baru 2012. semoga thn baru ni memberikan seribu keberkatan dan kerahmatan buat kita semua..insyaAllah:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Selamat hari jadi
    Selamat tahun baru
    moga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  3. Aslkm CR
    OOO MUDA LAGI TU,MCM LANGIT DGN BUMI JARAK UMUR DGN MAMA,
    Moga th ini memberikan yg terbaik dan kita menjadi lebih bertakwa. Amin

    BalasPadam
  4. pak itam.
    lambat sampai untuk ucap selamat harilahir. Muda lagi pak itam ni...
    dan selamat menyambut tahun baru 2012 juga.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Pak Itam,
    Mendoakan yang terbaik buat Pak Itam dan keluarga, keep on writing.

    BalasPadam
  6. Assalam bapak,

    Happy Belated Muffday!!! Yg ke 17 barangkali :p

    Bapak dah brape tahun menyelami selok belok kehidupan dunia ni, FM bru nak mule dgn khidupan. Risau dan risau x penah kurang. Hope kuat menempuhi dugaan ini. Harap kita smua dilindungiNya juga..

    BalasPadam
  7. Nieza

    amin

    semoga nieza dan suami juga sentiasa dalam kerahmatan Allah di perantauan

    cantik foto2 di St Petersburgh tu

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam atuk

    begitu juga dgn atuk sekeluarga

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam mama ju

    kepala saya dah beruban kak hehehe

    doa saya juga buat mama ju sekeluarga

    BalasPadam
  10. kak pah

    hehehe mana tak lambat
    tgh sibuk mengemas rumah lagi kan lps majlis kenduri kawin hari tu hehehe

    tahniah kak krn menerima menantu

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam Mieza di NZ

    insyallah selagi terdaya , akan terus mencoret

    begitu juga dgn mieza di sana dengan hobi merakamkan foto di sana buat koleksi sendiri yang pasti akan menjadi kenangan

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam FM

    hehehe 17 ke 71 hehehe

    moga FM sentiasa tabah menghadapi dunia ini yg penuh dgn cabaran

    insyallah

    BalasPadam