WARGA SCP

Selasa, Januari 24, 2012

LAMA SUNGGUH DAH TAK KE SINI

ALHAMDULILLAH

Lama sungguh aku tak ke sini, raanya dah bertahun2 juga . Kali terakhir ke sini masa aku dan rakan2 dulu ada keja sikit kat sini. Terkenang aku salah seorang dari rakan ku yang dulu sama2 ke sini yang dah hampir 2 tahun kembali kepada Allah akibat sakit barah hati.

Kami tinggal sebilik dan resortnya di atas air. Jadi bukak tingkap bilik malam hari, dia hulur batang pancing sambil baring dari atas katil. Dapat ikan belukang je terus kumpul dan hantar ke dapur restoran suruh masak asam pedas . Kini semua tinggal kenangan .


Kami hanya bertemu sesekali sahaja bila aku pulang ke kampung. Kali terakhir aku bertemunya masa raya setahun sebelum dia meninggal dunia. Masa tu dia sihat bugar . Kami berbual rancak sekali .

Kemudian tup2 satu hari aku menerima sms mengatakan dia telah meninggal dunia . Rupa2nya tanpa disedarinya, dia mengidap barah hati tahap 4 . Semenjak itu dia kira2nya arwah "patah hati" dan tak mau berubat langsung .

Manakan tidak, tetiba penyakit itu datang tanpa sebarang amaran . Ajal maut di tangan Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada lagi kiriman sms bila syawal menjelang , tiada lagi gurau senda yang agak kasar kerana dia telah kembali ke rahmatullah.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Bersemadilah dengan aman dan tenteram wahai sahabat ku


Hidup ini umpama sebuah pelayaran , apabila tiba masanya nanti

kembalilah kita kepada sang pencipta iaitu Allah S.W.T yang boleh kita ibaratkan bagai sebuah perahu yang pulang ke pengkalan.

Insyallah

ALFATIHAH

10 ulasan:

  1. Hj CR<

    Gambar makin cantik dengan pelbagai teknik canggih.

    p/s Saya ada berjumpa dengan Rosli Rahman last week, ada bertanyakan Hj CR masa main takraw dulu, rasanya dia masih ingat kat Hj CR.

    BalasPadam
  2. salam pak itam. Alfatihah buat kawan.

    Gambar tu... geram.
    Pakai filter? Boleh share?

    BalasPadam
  3. en rosli

    hasil tangkapan semalam hehehe

    rosli dulu antara seorg feeder yg baik , sesuai dengan ketinggiannya

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam kak pah

    alhamdulillah
    hasil tangkapan semalam , hanya realease 4-5 kpg je dulu

    semalam saya buat long exposure a.k.a slow shutter guna B+W ND Filter 10 stops, kemudian sedikit editing dgn Photoscape dan blend sekali lagi dgn sedikit editing guna Dyanamic Photo HDR

    namun hasilnya pada saya belum mencapai target seperti yang saya hajati kerana ada sedikit kesilapan teknikal krn apabila buat long exposure, kena cari objek mcm kayu tu yang tetap kekal tak bergerak2 krn filter tu nak stopkan pergerakkan ombak, tapi objek sampan2 tu tetap tak boleh kerana dia berolang oleng secara semula jadi krn alunan ombak

    lupa pulak nak buat 100% HDR semalam kerana malas nak bukak tukar ND filter tu ke CPL Filter hehehe

    BalasPadam
  5. Salam,
    Kat mana ni? Foto pun cantik2 ... ada sentuhan profesional !

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam tn hj LF

    sebuah jeti nelayan di kawasan Tg Piai

    indah sungguh keindahan alam semula jadi anegerah Allah di situ dan saya abadikan ke lensa saya
    1 jam utk hanya beberapa keping foto

    mcm saya cakap diatas, ada sedikit kesilapan teknikal ,krn ND Filter hanya memperlahankan gerakkan ombak apabila dirakamkan, tapi tidak pada sampan .

    Sampan tu gambarannya bukan "blur" tapi hasil dari olengan ombak kerana sekeping gambar ambil masa hampir 30 saat untuk dirakamkan hingga shutter dlsr tu tertutup .

    BalasPadam
  7. salam

    tutun pontian tak mahu singgah nengok baby yer.

    BalasPadam
  8. pak itam,
    kena berguru dengan pak itam ni..

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam AZ

    tak sompek menyinggah pasal dah dokek kul 6 baru keluar dari tg piai hehe

    BalasPadam
  10. kak pah

    saya takut terkasi ajaran sesat nanti hehehe

    saya pun tgh bertatih2 lagi ni
    banyak membaca melalui internet lalu try and error

    BalasPadam