WARGA SCP

Ahad, Januari 29, 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO) : APA YANG DIJUAL DI SINI

JPO vs Braintree Freeport
konsep yang sama
ALHAMDULILLAH

Foto2 yang dipaparkan dalam n3 ini merupakan sebahagian dari outlets yang terdapat di JPO . Sebenarnya banyak lagi , tapi aku rasa penat pula nak buat pekerjaan takda gaji ni hehehe

Pembukaan premis JPO ni bagus juga dan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan berjenama dengan harga yang telah diberikan potongan, tapi potongannya tetap tak boleh lawan dengan outlet-outlet lain yang terdapat di kebanyakkan negara luar . Namun masih berbaloi walaupun dah "off season" bagi barangan2 tersebut.

Sebagai contoh kalau di UK seperti di Brighton, kalau pakaian yang dah "off season" diberi hingga potongan 70% kerana dah nak masuk musim baru , tapi di JPO dalam sekitar 20-50 % sahaja potongan. Hanya barangan tertentu sahaja yang benar2 susah mereka nak jual lagi diberi potongan yang begitu tinggi.



Aku hanya cuci2 mata sahaja kerana aku jenis bukan kaki shopping. Hanya sesekali je bershopping, tapi itu pun utk 2-3 tahun sekali punya shopping bila berpeluang ke persidangan penoreh2 getah sedunia di luar negara , terutama bila diskaun yang ditawarkan sangat tinggi. Begitu juga dengan kain pelikat gombang aku yang jarang beli, sekali beli sekodi utk stok 3-4 tahun hehehe

Dengar cerita, berduyun2 orang KL yang dah turun ke JPO ni . Kira ia jadi salah satu tarikan pelncong domestik dan bila Legoland yang akan dibuka berdekatan juga dengan JPO ni, pasti lagi meriah esok kawasan sekitarannya yang asalnya hanya deretan pokok kelapa sawit yang memenuhi kawasan ni dan tempat jin bertendang suatu masa dulu.

JPO ni dibangunkan oleh kumpulan Genting Berhad yang sama membangunkan Universal Studio di Singapura. Pasti lepas ni ada pakej ke JPO sekali dari KL bila membeli pakej pelancongan ke USS nanti.

Aku pegi JPO pakej sendirian berhad kerana tak jauh mcm pegi kedai belakang rumah je , tergerak nak pergi aku pergi dan kena secawan capuchino latte dengan mak itam di Coffea Beans , lepas tu balik hehehe


perbezaan antara jenama outlet di Braintree Freeport












7 ulasan:

  1. orang utara pun rasa nak pi la tengok tempat ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe minggu depan cuti panjang lagi , bolehlah turun ke JPO , kalau ada masa terus boleh pi USS Singapore

      Padam
  2. Salam.
    Bagaimana dengan harga2 barangan? Tolong cerita sikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      harga boleh tahan juga, diskaun bermula dari 30% hingga 70% bergantung pada barangan juga,

      kl-jb tak jauh hehehe

      Padam
  3. ala...prada tak der, jd tak nk la pergi

    BalasPadam
  4. maknanya brgan berjenama sini harga lebih murah berbanding dgn Sogo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya kot tapi kebanyakkan kat JPO kira dah setahun dua koleksinya yang telah berada dipasaran , kira bukan koleksi terkini

      Padam