WARGA SCP

Rabu, Januari 30, 2013

USA PART 38 : HILANG KABUS TIMBUL TERANG

ALHAMDULILLAH

"After the storm comes a calm."
It's mean after a period of trouble comes a very quiet period.
Lebih kurang sama juga dengan peribahasa di bawah.

Peribahasa asal "Hilang Gelap Timbul Terang"
aku ubah sikit tapi masih membawa pengertian yang sama,
"Hilang Kabus Timbul Terang."

Memang masyarakat kita kaya sebenarnya dengan peribahasa . Sebenarnya kekadang kita terlepas pandang yang menganggap peribahasa hanya sebuah peribahasa sedangkan sebenarnya sesuatu peribahasa itu boleh menyebabkan kita berfikir sejenak dan bermuhasabah diri atas setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian yang semestinya telah direncanakan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi .

Semua insan inginkan kesempurnaan dalam kehidupan.
Semua insan inginkan kesenangan dalam kehidupan.
Semua insan pasti inginkan kebahagian dalam kehidupan.

Namun untuk berada dalam tahap tersebut , pelbagai ranjau perlu kita lalui yang menjadikan kita cekal, tabah dan kuat sekiranya kita melalui jalan yang diredhai ,  itu lebih bermakna dalam kehidupan kerana kita mengikut lunas2 dunia dan akhirat yang telah digariskan.

Itulah agaknya yang dimaksudkan,"Hilang Kabus Timbul Terang"
Tapi kalau boleh, biarlah terang yang diberkati dunia dan akhirat.

Namun perlu diingat. Tidak semua boleh dibeli dengan wang ringgit walaupan ada peribahasa yang mengatakan "A pull purse makes the mouth to speak" yang membawa maksud "if you have the money , you can get everything that you want."

Adakah ketenangan jiwa boleh dibeli dengan wang ringgit ???

Rasanya tak boleh kot . 

Ketenangan jiwa sebenarnya satu nikmat dan anugerah yang tak ternilai yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. buat hambanya . Bagaimana Allah pinjamkan nikmat tersebut , semua terpulang padanya . 

Adakala Allah pinjamkan nikmat ketenangan jiwa tu dengan cara mempermudahkan perjalanan kehidupan kita seharian , namun kekadang kita sebagai manusia terlupa akan nikmat tersebut.

Adakalanya Allah pinjamkan nikmat ketenangan jiwa tu dengan tidur dan istirehat yang cukup dan apabila bangun kita rasa tenang sekali, namun  kekadang kita sebagai manusia terlupa akan nikmat tersebut.

Semoga kita semua sentiasa mensyukuri segala pemberian nikmat dari Allah walaupun kecil atau besar samada kita sedari atau tidak.

Terima kasih Allah.
Aku berasa sungguh tenang sekali di sini.

Fresno in High Density Range
By Papa Black a.k.a Pak itam
USA


















Selasa, Januari 29, 2013

USA PART 37 : BUBBA GUMP SHRIMP & CO

ALHAMDULILLAH

Kalau siapa pernah nonton cerita Forest Gump , The Bubba Gump  Shrimp Company Restaurant and Market ini "terberanak" hasil dari inspirasi cerita tu yang diterbitkan pada tahun 1994. Ia mempunyai banyak cawangan dan hampir seluruh dunia dengan 2 buah darinya kalau tak salah aku terdapat di Malaysia iaitu di  Oasis Boulevard, No 3, Jalan PJS 11/15 Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
 
Kalau sesiapa nak buat reservation boleh call 03-5638 4559 dan 03-5635 3559

Aku heran jugak, mana datang idea nak bukak restoran ni dari cerita Forest Gump ni. Rupa-rupanya pemilik restoran ni merupa penerbit filem Forest Gump ni dan restoran yang pertama depa buka kat Monterey Bay ni pada tahun 1996 tempat aku pi lunch ni . Di Monterey Bay nilah ,banyak babak2 filem Forest Gump ni dilakonkan. Tu sebab depa buka restoran yang pertama kat sini.



belakang tu hotel Inter Continental



bahagian luar open air
takda orang pasal sejuk bebeno

Alhamdulillah, hari tu sibuk jugak tapi kami hanya perlu beratur tak sampai 20 minit sebelum di bawa ke meja untuk menikmati hidangan tengahari nanti. Tapi sebelum tu kami dilayan oleh seorang pelayan dengan beberapa soalan mengenai filem "Forest Gump" . 

Bila dia tanya dan bercerita  tentang filem "Forest Gump" tu lakonan Tom Hanks, aku bantai angguk je hehehe

Aku dah tengok cerita tu tapi lama sangat dah sampai dah lupa. Yang aku ingat , masa aku nonton Forest Gump tu kat VCD masa tu, aku tertidur 2-3 kali pasal cerita tu banyak berbual hehehe

Ann si pelayan kami puaslah cerita dari A sampai Z pasal filem tu sedangkan aku masa tu lapor dah.

Nasib baik dia tahu berhenti dan terus kasi menu ala carte .


bahagian luar lagi
kalau summer penuh ni

Queen aku order Salmon and Veggie Skilet iaitu ikan Salmon yang digrill bersama salad dan sayuran yang segar dengan garlic butter bersama beras mati Jasmine. Manakala aku pulak order  entah apa ke namanya aku lupa lah pulak. Yang aku ingat hidangan utamanya isi lobster yang lazat dengan salad hingga aku rasa nak hirup je pinggan tu pasal tak cukup hahaha

Pilihan minuman banyak tapi kena berhati2 baca ramuan yang tertulis kat menu tu kerana ada yang dicampur dengan bahan beralkohol walaupun ia sirap limau. Nanti karang mabuk , sapa nak tanggung.

Queen aku mcm biasa mana2 pun pegi , pasti hot tea sebagai minuman dan aku yang muka capuchino ni tetap dengan capuchino.


Sementara nunggu dalam 20++ minit hidangan kami sampai, sempat aku merayau keliling luarannya  pi nembak 10-15 keping gambar tapi sebagai menghormati privasi pengunjung2 lain dalam restoran tu, takdalah pulak aku shoot gambar dalam restoran tu .Tu yang sampai aku terlupa nak ambil gambar hidangan tu pasal sampai2 je hidangan kami, apa lagi hehehe

Biasalah sesejuk ni, perut terasa lapar je dan ada je benda nak kena nguyap kat mulut ni .

Satu perkara lagi yang perlu kalian tahu, bagi yang makan di restaurant dan dihidang serta dilayan oleh pelayan mereka, masa bayar nanti pastikan kita bagi depa tips kerana itu dah jadi budaya wajib mereka kerana dalam bil takda dikenakan servis charge macam kita makan KFC atau lain2 restoran kat Tanah Melayu yang dah termasuk servis charge dalam bil kita.

Anggarannya ada 10 % dari jumlah bil tu . Senang kira kalau bil USD 40.00, tipsnya USD 4.00 dan kalau nak bagi lebih terpulanglah. Tapi masa aku terima bila kami dalam anggaran  USD 40 lebih tu, depa siap dah cop kat atas bil tu yang tips depa dah masukkan sekali kerana depa tahu kebanyakkan pelancong luar yang tak tahu budaya mereka pasti bayar ikut jumlah bil dan jalan je .Budaya mereka pulak mengharapkan tips tapi depa takdalah mintak macam tu je , tapi kena faham2 je lah.


Kerana dah masuk sekali dalam bil yang dicop pakai cop getah tu mcm kat pasport yang tips dah masuk sekali, maka tak perlulah aku bagi tips lagi.

Mereka memang mengharapkan tips ni kerana pada dasarnya gaji pokok mereka tak besar .

Lagi satu sebagai contoh kalau "Si Ann" yang melayan kami dari mula bawa kita ke meja dan sambil order serta  hantar hidangan dan kira bil lagi, maka pelayan lain tak akan served kita kerana itu kira "Ann" kena settel dari mula sampai akhir. Jadi tips yang diberikan nanti Ann yang punya.

Tengok cara mereka layan pelanggan,memang beretika dan rasanya mereka ni dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan . Bab ni aku rasa bebudak kita kena pelajari kerana banyak jugak yang aku baca rata2 pelanggan kita yang di Tanah Melayu banyak komplen yang mereka kekadang dilayan macam nak tak hendak je oleh pelayan2 restoran ni hingga menyebabkan serik nak datang lagi . Kalau layanan baik, pasti pelanggan datang lagi.Kalau sebaliknya, cukuplah sekali ...




OK, 
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati.

Mana tak senang hati pasal perut dah di isi  dengan hidangan yang menyelerakan. Ialah, lama tak makan "proper meals" pasal asyik hantam maggi, maggi,maggi je bila kat hotel dan sarapan pagi telur , roti, telur ,roti sampai muka pun dah macam scrambled egg hehehe

Aku tinggalkan Monterey Bay untuk meneruskan perjalanan yang agak panjang lagi sebelum sampai ke destinasi kami nanti untuk bermalam.

pekan ni lenggang
aku sempat dok diri tgh jalan ambik gambar








aman dan mendamaikan rasanya pekan ni

Isnin, Januari 28, 2013

PART 36 USA : OLD FISHERMAN'S WHARF , MONTEREY BAY

ALHAMDULILLAH

Aku berkesempatan menyinggah di Monterey Bay yang terletak menghadap Lautan Pacific . Pantai ini sebenarnya memanjang dari San Francisco hingga ke San Jose .Jadi dalam perjalanan menuju ke San Francisco, lebih baik singgah ke Monterey Bay dulu untuk makan tengahari kerana di sini terdapat Old Fisherman Wharf dengan deretan Sea Food Restaurant  yang beratus juga aku rasa.

Monterey Bay ni ikut sejarahnya ditemui oleh pengembara berbangsa Sepanyol iaitu Juan Rodríguez Cabrillo pada 16 hb November 1542 semasa ia berlayar disepanjang persisiran pantai . Lalu ia namakan tempat ini Bahía de los Pinos kerana masa tu banyak sangat pokok pine di semenanjung pantai ini.






Memasuki pekannya, keadaan lalu lintas mulai sibuk dengan deretan kenderaan. Namun tak perlu risau kerana kerana rata-rata sikap pemandu di US sepanjang aku berada di sini agak berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Lagi satu, takdalah kita nak risau dengan motor yang mencilok sana sini macam kat Tanah Melayu kerana memang agak sukar menemui motor di atas jalanraya . Aku rasa tenang je pekan Old FishermanWharf ni kerana masih terasa suasana macam kat pekan Parit Jawa je kerana tiada bangunan2 tinggi di sini.







Sebenarnya selain dari Old Fisherman Wharf yang menjadi tarikan kunjungan pelancong dari dalam dan luar US, banyak juga tempat2 menarik untuk dikunjungi di sini seperti Monterey Bay Aquarium, Monterey Whale Watching dan banyak lagi hingga tak tertulis aku di sini, namun aku tak berkesempatan untuk nak menerjahnya kerana kalau nak pergi, aku kena bermalam di sini tapi takda dalam perancangan . 

Yang dalam kepala kami singgah di sini adalah untuk makan tengahari nanti di Bubba Gump and Shrimp kerana kalau dah sampai Monterey Bay, macam tak sah kalau tak pekena sepinggan dua "seafood"nya yang terkenal diseluruh dunia kerana hasilnya terus dari laut dalam keadaan segar bugar .

Jadi sebelum mengalas perut , aku nyinggahlah dulu ke Monterey Harbor dimana terletak deretan restaurant makanan laut dalam kedai2 kayu yang pada aku agak unik kerana masih mengekalkan ciri2 tradisional dengan tarikan yang tersendiri.

Moga kalian dapat sedikit gambaran apa yang ada kat Old Fisherman's Wharf  hasil "Dari Lensa Bapak" .

Wasalam









panas terik tapi sejuk







Whale Watching Cruise