WARGA SCP

Rabu, Januari 09, 2013

PART 22 USA : VEGAS TEMPAT TUMPUAN MAIN KAWIN-KAWIN

ALHAMDULILLAH

Selain terkenal sebagai Kota Judi, Las Vegas juga menjadi tumpuan bagi pasangan yang nak kawin kerana undang-undangnya yang tidak rumit berbanding kota-kota lain di US. 

Kalau kat negara kita ,sapa yang nak menikah tanpa banyak karenah birokrasi dan banyak soal atau nak kawin tanpa kebenaran isteri , pasti selatan Thailand menjadi tumpuan. Begitulah juga dengan di Vegas ni.

Tu sebab Las Vegas juga dikenali sebagai Marriage Capital of The World kerana kos yang diperlukan sangat rendah untuk berkahwin . Kalau ada USD 60.00 dah boleh kawin dan dapat lesen atau dikenali sebagai "marriage licensed". Kalau tempat lain nak kena buat "blood test" dulu dan masa menunggu ,kat sini tak payah. Ada duit 60 dollar, ada ID dah boleh kawin.

Lagi satu kalau lepas kawin rasa nak cerai pun boleh dilakukan 24 jam jugak berbanding undang-undang di kota lain di US yang memerlukan kos yang sangat tinggi untuk bercerai dan dalam proses perceraian perlu masa bertenang setahun dua dulu.

Tu sebab ia telah menjadi satu jenis perniagaan yang menguntungkan bagi perunding-perunding perkahwinan dan dalam setahun sebanyak 120 000 perkahwinan didaftarkan di Vegas.

Kerana itu , di sini bersepah Chapel untuk tujuan itu dengan pelbagai tema perkahwinan seperti tema Hawai, Star Trek, Michael Jackson dan Elvis.

Jangan terperanjat. Ingat McD je ada drive thru, Drive Thru Weddings juga terdapat di sini.

Tu sebab aku kerap bertemu pasangan pengantin baru di Vegas ni dan yang pasti salah satu tempat tumpuan untuk mereka merakamkan foto perkahwinan mereka pasti di Las Vegas Sign.






ramai pengantin baru akan abadikan foto mereka di sini


Cerita pasal Drive Thru, aku punya pengalaman yang boleh dikatakan agak lucu jugak buat kami semasa kami di sini . Ada satu malam tu kami sampai ke hotel penginapan di Best Western Plus lebih kurang jam 8 malam jugak. Masa tu kami dah berkira2 malam ni nak makan apa . Asyik maggi je pun muak juga. Asyik-asyik maggi kari dengan maggi perisa ayam. Takde ke maggi asam pedas ke, maggi lemak tempoyak ke. Kebetulan masa kami sampai , kebetulan adalah sebuah McD kat seberang jalan depan hotel tu.

Jadi check in bilik dan terus turun dan menyeberang jalan yang jalannya sehala , toleh kanan aku tak nampak satu bayang kereta pun dan ingat nak melintas pasal line clear. Nasib mak itam cepat capai tangan aku kerana kereta memang takda datang dari kanan dan depa datang dari kiri  pasal aku salah budget a.k.a terlupa budget yang kat US nikan semua "left hand drive" .

Selamat melintas ke McD dan rupa-rupanya , depa tengah buat renovation kat restorannya dan hanya untuk Drive Thru je. Aku pun apa lagi berpusing dan jalan kaki ke tempat order Drive Thru tu tapi sensornya tak dapat kesan aku. Manakan tidak,biasanya sensor kesan kenderaan dan aku pulak berdua jalan kaki je. Aku berundur setapak ke belakang dulu dan melangkah ke hadapan semula dan berdiri betul2 depan tu baru dia dapat kesan . Aku orderlah apa yang boleh kami makan iaitu Fish Fillet dan berjalan pula ke hadapan tempat nak bayar dan ambil makanannya. 

Tercenggang mat salleh tu tengok kami pasal tetiba terconggok berdiri depan tingkapnya .Aku buat muka selamba mexico je

Mungkin takda dibuat orang dan kamilah orang pertama yang buat mcm tu guna kaki kat Drive Thru hahaha




4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau kawin kat sana...boleh honeymoon sekali..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tetiap hari honey moon hahahah

      Padam
  2. Salam bapak,
    jauh bebeno nak pi kawen sana...haish!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bagi depa kalau dapat kawin kat Vegas mcm satu yg istimewa sangat

      hari tu masa 121212 , bersepah pengantin kat mana2

      Padam