WARGA SCP

Jumaat, Januari 11, 2013

PART 24 USA : MENUJU LAKE HAVASU

ALHAMDULILLAH

Aku tinggalkan Rancho Mirage dengan angan-angan suatu hari manalah tahu aku dapat memiliki sebuah pondok di sini kerana suasananya pada ku sangat aman dan mendamaikan . Kata orang tak salah berangan-angan kerana masa aku muda  remaja dulu sebenarnya aku tak sempat nak berangan-angan.

Cuaca sungguh baik sekali pagi ni kurniaan Allah.
"What's a lovely day"
Langit yang membiru dan matahari yang memancar tapi kedinginan sebenarnya mencengkam sekali.










Dalam pukul dua nanti kalau takda aral melintang , pasti sampai ke Lake Havasu .

Cantiklah kalau semua ikut perancangan kerana di Lake Havasu nanti kerana selain untuk mengalas babat, aku dah rancang utk solat jamak takdim zohor asar nanti kerana kalau tak singgah nanti, pukul 4 lebih sikit dah masuk magrib. Itulah cabaran bila mengembara ke negara orang . Kena sesuaikan masa dan tempat .

Tapi setakat ni alhamdulillah, takda masalah untuk bersolat kerana yang pasti ketika zohor dan asar kami di tengah jalan dan kekadang tu kat factory oulets tengah lontar USD . Jadi kena carilah tempat yang tersorok sikit, kemudian cari kiblat dulu gunakan jam lisut aku dan juga hp untuk pastikan dengan yakin dan bentang sejadah kat atas lantai . Takda pulak mat salleh lalu lalang ganggu kami atau pandang kami semacam . 

Cuma nak ambik wuduk je sukar sikit kerana tandas depa takda paip kat dalam.Jadi penuhkan dulu botol air mineral dengan air, ambik wuduk kat singki dan lepas tu masuk tandas utk sempurnakan wuduk di kaki pula. Takkan nak angkat kaki dalam singki, yang tu pasti depa akan marah hehehe

Tuala kecil sentiasa aku bawak kerana nak keringkan kaki pulak. Takkan nak terus sarung stokin dengan kaki basah-basah pula. Kekadang tu aku pergi cucuh je kaki aku kat alat mesin pengering tangan.

Makan pun kalau tengah jalan ikut apa yang ada , yang penting halal .Jadi hari ni lepas 3 jam ,kami dah berhenti kat satu R and R untuk tapau Fish Fillet buat makan tengahari nanti di Lake Havasu.Namun sesejuk ni ,segelas hot cokelat panas2 memang menghiburkan .






 kalau kat tempat kita org tak cacat pun selamba parking
tanpa rasa segan, tu aku kategorikan cacat akal dan akhlak 

Perjalanan kami teruskan dan jangkaan dalam 2 jam lagi sampailah.Jaringan jalanraya di sini memang  kata orang "superb" kerana insyallah kat mana ceruk sekalipun ,pasti boleh ditujui dan hampir kebanyakkan lebuhraya percuma yang rata-rata 2 ke 4 lorong . 

Cuma satu je jalannya di Arizona ni yang merentangi kawasan gurun banyak kelihatan garisan-garisan hitam yang sebenarnya tar yang dituang ke dalam jalan yang merekah kerana almaklumlah ia terletak di kawasan gurun yang pada muzim panas pasti terlalu panas dan musim sejuk pasti terlalu sejuk menyebabkan jalannya merekah. Itu proses semula jadi .

Jadi depa dok curah dengan tar utk menutup rekahan tu .Tapi kalau nak jumpa lubang kat sini atas jalanraya memang payah . Kalau kat tempat kita tak terkira lubang kat atas jalan tu waima ada sebuah lebuhraya tol yang dekat dengan pondok aku tepi hutan serupa jalan kampung .Jalan kampung kat South Africa pun lebih baik hehehe

kelihatan rekahan2 yg dah tutup dengan minyak tar





2 ulasan:

  1. indahnya..even hi-way jek..tp tenang..beruntungnya dpt menjelajah ke USA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      indah bumi Allah yang dijadikanNYA untuk kita semua menimatinya

      Padam