ALHAMDULILLAH
Kalau siapa pernah nonton cerita Forest Gump , The Bubba Gump Shrimp Company Restaurant and Market ini "terberanak" hasil dari inspirasi cerita tu yang diterbitkan pada tahun 1994. Ia mempunyai banyak cawangan dan hampir seluruh dunia dengan 2 buah darinya kalau tak salah aku terdapat di Malaysia iaitu di Oasis Boulevard, No 3, Jalan PJS 11/15 Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Kalau sesiapa nak buat reservation boleh call 03-5638 4559 dan 03-5635 3559
Aku heran jugak, mana datang idea nak bukak restoran ni dari cerita Forest Gump ni. Rupa-rupanya pemilik restoran ni merupa penerbit filem Forest Gump ni dan restoran yang pertama depa buka kat Monterey Bay ni pada tahun 1996 tempat aku pi lunch ni . Di Monterey Bay nilah ,banyak babak2 filem Forest Gump ni dilakonkan. Tu sebab depa buka restoran yang pertama kat sini.
belakang tu hotel Inter Continental
bahagian luar open air
takda orang pasal sejuk bebeno
Alhamdulillah, hari tu sibuk jugak tapi kami hanya perlu beratur tak sampai 20 minit sebelum di bawa ke meja untuk menikmati hidangan tengahari nanti. Tapi sebelum tu kami dilayan oleh seorang pelayan dengan beberapa soalan mengenai filem "Forest Gump" .
Bila dia tanya dan bercerita tentang filem "Forest Gump" tu lakonan Tom Hanks, aku bantai angguk je hehehe
Aku dah tengok cerita tu tapi lama sangat dah sampai dah lupa. Yang aku ingat , masa aku nonton Forest Gump tu kat VCD masa tu, aku tertidur 2-3 kali pasal cerita tu banyak berbual hehehe
Ann si pelayan kami puaslah cerita dari A sampai Z pasal filem tu sedangkan aku masa tu lapor dah.
Nasib baik dia tahu berhenti dan terus kasi menu ala carte .
bahagian luar lagi
kalau summer penuh ni
Queen aku order Salmon and Veggie Skilet iaitu ikan Salmon yang digrill bersama salad dan sayuran yang segar dengan garlic butter bersama beras mati Jasmine. Manakala aku pulak order entah apa ke namanya aku lupa lah pulak. Yang aku ingat hidangan utamanya isi lobster yang lazat dengan salad hingga aku rasa nak hirup je pinggan tu pasal tak cukup hahaha
Pilihan minuman banyak tapi kena berhati2 baca ramuan yang tertulis kat menu tu kerana ada yang dicampur dengan bahan beralkohol walaupun ia sirap limau. Nanti karang mabuk , sapa nak tanggung.
Queen aku mcm biasa mana2 pun pegi , pasti hot tea sebagai minuman dan aku yang muka capuchino ni tetap dengan capuchino.
Sementara nunggu dalam 20++ minit hidangan kami sampai, sempat aku merayau keliling luarannya pi nembak 10-15 keping gambar tapi sebagai menghormati privasi pengunjung2 lain dalam restoran tu, takdalah pulak aku shoot gambar dalam restoran tu .Tu yang sampai aku terlupa nak ambil gambar hidangan tu pasal sampai2 je hidangan kami, apa lagi hehehe
Biasalah sesejuk ni, perut terasa lapar je dan ada je benda nak kena nguyap kat mulut ni .
Satu perkara lagi yang perlu kalian tahu, bagi yang makan di restaurant dan dihidang serta dilayan oleh pelayan mereka, masa bayar nanti pastikan kita bagi depa tips kerana itu dah jadi budaya wajib mereka kerana dalam bil takda dikenakan servis charge macam kita makan KFC atau lain2 restoran kat Tanah Melayu yang dah termasuk servis charge dalam bil kita.
Anggarannya ada 10 % dari jumlah bil tu . Senang kira kalau bil USD 40.00, tipsnya USD 4.00 dan kalau nak bagi lebih terpulanglah. Tapi masa aku terima bila kami dalam anggaran USD 40 lebih tu, depa siap dah cop kat atas bil tu yang tips depa dah masukkan sekali kerana depa tahu kebanyakkan pelancong luar yang tak tahu budaya mereka pasti bayar ikut jumlah bil dan jalan je .Budaya mereka pulak mengharapkan tips tapi depa takdalah mintak macam tu je , tapi kena faham2 je lah.
Kerana dah masuk sekali dalam bil yang dicop pakai cop getah tu mcm kat pasport yang tips dah masuk sekali, maka tak perlulah aku bagi tips lagi.
Mereka memang mengharapkan tips ni kerana pada dasarnya gaji pokok mereka tak besar .
Lagi satu sebagai contoh kalau "Si Ann" yang melayan kami dari mula bawa kita ke meja dan sambil order serta hantar hidangan dan kira bil lagi, maka pelayan lain tak akan served kita kerana itu kira "Ann" kena settel dari mula sampai akhir. Jadi tips yang diberikan nanti Ann yang punya.
Tengok cara mereka layan pelanggan,memang beretika dan rasanya mereka ni dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan . Bab ni aku rasa bebudak kita kena pelajari kerana banyak jugak yang aku baca rata2 pelanggan kita yang di Tanah Melayu banyak komplen yang mereka kekadang dilayan macam nak tak hendak je oleh pelayan2 restoran ni hingga menyebabkan serik nak datang lagi . Kalau layanan baik, pasti pelanggan datang lagi.Kalau sebaliknya, cukuplah sekali ...
OK,
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati.
Mana tak senang hati pasal perut dah di isi dengan hidangan yang menyelerakan. Ialah, lama tak makan "proper meals" pasal asyik hantam maggi, maggi,maggi je bila kat hotel dan sarapan pagi telur , roti, telur ,roti sampai muka pun dah macam scrambled egg hehehe
Aku tinggalkan Monterey Bay untuk meneruskan perjalanan yang agak panjang lagi sebelum sampai ke destinasi kami nanti untuk bermalam.
pekan ni lenggang
aku sempat dok diri tgh jalan ambik gambar
aman dan mendamaikan rasanya pekan ni
Salam pak
BalasPadamItulah kan luas pemandangan luas pengetahuan.
Banyak actually pekerja di tanah melayu yang tak excited bekerja jadi pelayan restoran.banyak yang boleh dipelajari dari pelayan restoran overseas.
Service is best
Satu lagi kalau pergi indonesia, , Seronok dilayan mesra penuh dengan budinya.
waalaikumsalam
Padammungkin bebudak ni tak nampak prospek masa depan dalam bidang tu,tak semestinya akan jadi pelayan sampai bila2 krn kalau dalam bidang perhotelan, ramai bermula dari bawah dan akhirnya menjadi orang atasan
makan kalau tak berapa sedap, tapi kalau depa layan kita dgn budi bahasa, sekurang2 terhibur juga hati hehe
Salam betul tu pak.
PadamAssalam bapak, kat e-curve, mutiara damansara pun ada jugak, tapi liquor pun ada, tu yang tak berani nak menyinggah. Nice review bapak. Keep it up.
BalasPadamWassalam.
anak bapak
waalaikumsalam
Padamboleh nyinggah , jgnlah pulak togak liquar tu hehe
yg penting makanannya halal,mcm kita naik flight jugak, bila meal kita special request MOML (muslim food), utk minuman bedal bedal wine pulak , hehehe
tapi kalau ada pilihan kat Tanah Melayu,boleh elak kita elakan