WARGA SCP

Rabu, Januari 30, 2013

USA PART 38 : HILANG KABUS TIMBUL TERANG

ALHAMDULILLAH

"After the storm comes a calm."
It's mean after a period of trouble comes a very quiet period.
Lebih kurang sama juga dengan peribahasa di bawah.

Peribahasa asal "Hilang Gelap Timbul Terang"
aku ubah sikit tapi masih membawa pengertian yang sama,
"Hilang Kabus Timbul Terang."

Memang masyarakat kita kaya sebenarnya dengan peribahasa . Sebenarnya kekadang kita terlepas pandang yang menganggap peribahasa hanya sebuah peribahasa sedangkan sebenarnya sesuatu peribahasa itu boleh menyebabkan kita berfikir sejenak dan bermuhasabah diri atas setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian yang semestinya telah direncanakan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi .

Semua insan inginkan kesempurnaan dalam kehidupan.
Semua insan inginkan kesenangan dalam kehidupan.
Semua insan pasti inginkan kebahagian dalam kehidupan.

Namun untuk berada dalam tahap tersebut , pelbagai ranjau perlu kita lalui yang menjadikan kita cekal, tabah dan kuat sekiranya kita melalui jalan yang diredhai ,  itu lebih bermakna dalam kehidupan kerana kita mengikut lunas2 dunia dan akhirat yang telah digariskan.

Itulah agaknya yang dimaksudkan,"Hilang Kabus Timbul Terang"
Tapi kalau boleh, biarlah terang yang diberkati dunia dan akhirat.

Namun perlu diingat. Tidak semua boleh dibeli dengan wang ringgit walaupan ada peribahasa yang mengatakan "A pull purse makes the mouth to speak" yang membawa maksud "if you have the money , you can get everything that you want."

Adakah ketenangan jiwa boleh dibeli dengan wang ringgit ???

Rasanya tak boleh kot . 

Ketenangan jiwa sebenarnya satu nikmat dan anugerah yang tak ternilai yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. buat hambanya . Bagaimana Allah pinjamkan nikmat tersebut , semua terpulang padanya . 

Adakala Allah pinjamkan nikmat ketenangan jiwa tu dengan cara mempermudahkan perjalanan kehidupan kita seharian , namun kekadang kita sebagai manusia terlupa akan nikmat tersebut.

Adakalanya Allah pinjamkan nikmat ketenangan jiwa tu dengan tidur dan istirehat yang cukup dan apabila bangun kita rasa tenang sekali, namun  kekadang kita sebagai manusia terlupa akan nikmat tersebut.

Semoga kita semua sentiasa mensyukuri segala pemberian nikmat dari Allah walaupun kecil atau besar samada kita sedari atau tidak.

Terima kasih Allah.
Aku berasa sungguh tenang sekali di sini.

Fresno in High Density Range
By Papa Black a.k.a Pak itam
USA


















6 ulasan:

  1. Salam pak secara ringkasnya berapa perhentian semuanya di usa tu? Nak pakai berapa myr kalau nak pegi sebulan ke usa?;)
    Inspired to travel to uncle sam's country ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      banyak sangat perhentiannya hehe
      kira sempat cover tempat2 menarik kat sebelah west coast US

      RM yang terbang hehehe boleh tahan , kira "kopak sebelah tangan le " hehe

      pergilah, banyak yg menarik di sana

      Padam
  2. tak tau kenapa hati kurang tertarik nak melawat ke USA ni.. tapi bila tgk gambar2 ni hati macam tersentuh sedikit.. maybe one day..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah

      dulu kami pun kata nak pegi US je , macam tak seronok
      tapi bila dah sampai, banyak sangat utk kita explore sebenarnya bumi uncle Sam ni

      Padam
  3. wak pon rindu kat USA jugakk.., thanks uncle tunjuk gambo2 chantek gini..iHHIkks

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom wak

      pokcik tunggu kat LAX hehehe

      Padam