WARGA SCP

Isnin, Januari 07, 2013

PART 20 USA : MENYUSURI LAS VEGAS STRIP

ALHAMDULILLAH

Suasana siang dan malam amat berbeza sekali di Las Vegas. Kalau malam yang agak meriah di hampir ke semua hotel dan resort yang menyediakan pusat perjudian serta pusat membeli belah , di sebelah siangnya agak berbeza sama sekali.

Keadaan lalu lintas di sini tidak begitu sibuk terutama pada cuti hujung minggu sabtu dan ahad berbanding pada hari-hari biasa yang merupakan hari bekerja . 

Jadi aku tak lepaskan peluang untuk menikmati suasana siang hari di kota Vegas dengan hanya berjalan kaki menyusuri Las Vegas Strip atau dikenali juga sebagai Las Vegas Boulevard.

Luxor




Las Vegas Boulevard adalah jalan utama di kota Vegas dengan kod Route US 91 yang menghubungkan Los Angeles dengan Salt Lake City. Di kiri kanannya tersergam deretan hotel resort dan casino dengan pelbagai tema dan tarikan tersendiri. 

Hampir puluhan hotel ,casino dan resort terdapat di sepanjang The Strip yang setiap darinya menyediakan jumlah bilik dari 2500 bilik hingga 5000 bilik penginapan .Tu tak masuk bilik air hehehe

Antara yang terkenal dikalangan pelancong ialah Caesars Palace, The Venetien, Trumph Plaza, MGM , Pallazo , The Mirage dan banyak lagi . Semuanya bertaraf 5 bintang . The Strip dari hujung ke pangkal dalam 6 km lebih jugak .

Kami sendiri menginap di The Excalibur dan menyusuri The Strip hinggalah ke Palazzo . Namun cuaca dan suhu yang dingin menyebabkan tidak berasa penat dan berpeluh . Tapi sedar2 kaki je lenguh hehehe


hotel casino and resort sepanjang The strip


Hari minggu jalan lengang di waktu pagi kerana pasti semalam depa sibuk berpesta

New York
New York
apa yang menarik ada kat kota New York ada kat sini


Sebenarnya di kota Las Vegas ni memang agak sukar sekali untuk mencari penginapan tanpa kehadiran casino di bawahnya . The Excalibur yang menjadi tempat penginapan kami sendiri untuk ke bilik penginapan,  kami terpaksa merentas pusat perjudian dulu sebelum ke Tower B .

Lepas sarap kat hotel yang macam biasa roti , telur dan jus buahan walaupun pelbagai hidangan tersedia, pakai jaket dan bawak sekali begpack dan mula menyusuri dan menikmati kesegaran dan kedinginan udara pagi kurnian Allah di sini. 

Alhamdulillah,
aku dapat merakamkan banyak jugak foto berdasarkan tema "street photography" atau "foto jalanan" pagi ni berbanding semasa aku ke South Africa dulu yang agak sikit koleksi ku untuk "street photograpy" dalam bandar mereka dan hanya dilakukan dari dalam kereta atas faktor-faktor keselamatan yang mana agak merbahaya untuk membawa secara terang-terangan kamera semasa berjalan2 dalam bandar .




sapa berani boleh cuba Roller Coaster kat New York New York


Cuaca sungguh indah pagi ni dengan langit yang membiru yang pasti kurnian Allah ke atas muka buminya tak kira di mana sahaja selagi Dia Mengkehendakinya walaupun Kota Vegas adalah Kota Perjudian a.k.a "Sin City." 

Namun sebenarnya suhu begitu dingin sekali kerana al-maklumlah ,Kota Vegas sendiri terletak Gurun Mojave. 

Kalau sebut gurun ,pasti terbayang kepanasan namun kalau musim dingin, sebenarnya suhu di gurun begitu rendah sekali . Nasib baik aku dah latih tit2 aku agar berdisplin dan ikut time dengan cuaca yang sejuk agar tak selalu nak ke toilet je hehehe

Maklumlah, toilet depa mana ada paip kat dalamnya , jadi agak leceh dan beristinjak dan kena guna air mineral dalam botol kecil yang dibawa khas setiap kali keluar.

OK guys,
Hope kalian enjoy dengan sikit foto jalanan yang aku rakamkan  di The Strip Las Vegas

Arios
Monte Carlo







The Mirage

Planet Hollywood

Jalan punya jalan dalam pada tu sempat jugak aku nyinggah 
ke Hard Rock Cafe Las Vegas untuk sambar sehelai dua t shirt utk kami

8 ulasan:

  1. cantik-cantik gambarnya... :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah


      gambar kat lake como tu kalau cuci dan frame pasti cantik

      Padam
  2. Assalamualaikum Yob,
    yaa nampak benor bezanya kemeriahan di malam hari berbanding dgn siang hari!Sapalah bergeliga otak menukor sebuah padang pasior kering-kontang jadi bandar tumpuan ramai! Kalu Yob dpt masuk tengok2 dlm salah satu kasino kan best. Sayangnya agak susah yaa nak cari makan kat sini, tentu takde org Islam buka restoren halal kat sini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalalaikumsalam kak

      mmg susah nak cari restoran halal

      mmg tetiap hari kalau nak masuk mall depa atau nak balik bilik pasti merentasi kasino depa kat "lantai bawah " hehehe

      memacam gelagat tapi tak boleh ambil gambar dlm tu dan selalu kami lalu je

      Padam
  3. Wah bestnya.. wish someday i will be able to explore US. Pray for me. Nice entry. thumbs up :)

    BalasPadam
  4. Sgt menarik.. Tapi sesuai ke bawa anak umur 4 tahun... Saya tgh pikir samada nak ikut husband in few weeks time.. Risau jugak kalau x sesuai saya xnak buang masa n buang duit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok kot kalau setakat jalan2 dan menikmati permandangan dan suasana disana , boleh bawak anak ke disneyland california kat LA, tentu seronok

      Padam