WARGA SCP

Isnin, Januari 14, 2013

PART 26 USA : LEKA AKU LAYAN DSLR KAT LAKE HAVASU

ALHAMDULILLAH

Masa tadi nak masuk ke jalan ke tepi tasik ni, aku terpandang signboard besar London Bridge . Aku terpikir sejenak, aku ni kat London ke kat US. Rupa-rupanya kat situ ada London Bridge dan London Bridge Resort. Pasti tuannya berasal dari kota London dan masih mengekalkan ciri2 ikonik kota kelahirannya walaupun berada di bumi US. Itulah semangat yang harus kita kekalkan sebenarnya. 

Walau di mana kita berada, identiti kita sebagai orang melayu harus kita bawa dan kekalkan. Cuba kita lihat masyarakat cina yang kat mana2 ceruk bandar besar serata dunia , pasti ada China Town dan mereka tak kekok berbahasa mandarin atau kantonis sesama mereka . Kalau kita sesama melayu kalau kat luar negara , bak kata "kunyit", "apa celup cakap omputeh sesama kita". Macam juga iklan radio antara FBI  dengan Yuna tu.

Tak salah sebenarnya , tapi janganlah berlebih-lebihan dan siap slang2 lagi hehehe

Ni yang dikatakan "lebih omputeh dari omputeh"

Berbahasa inggeris atau berbahasa lain sekali pun tak salah, yang salah sikap kita . Kena tengok tempat dan keadaanlah dan kita sesuaikan. Tak tahu bahasa inggeris juga masalah sebenarnya . 

Tapi aku tengok bangsa France dan Jepun, depa memang bangga dengan bahasa ibunda mereka. Orang cakap dan tanyalah bahasa inggeris , depa tetap bedal dan bantai jawab dalam bahasa ibunda mereka.




OK, serba sikit info tentang tempat yang aku dok lepak dan singgah ni. Lake Havasu City ni letaknya dalam Mohave County. Penduduknya tak ramai sekitar 50 000 orang ++ dan kalau tak salah aku pekan ni dibuka tahun 1963.

Tarikan utama di sini macam  aku cakap tadi adalah London Bridge sepanjang 930 kaki yang merentasi sebuah terusan dari Lake Havasu di sebelah bahagian Sungai Colorado ke Thompson Bay. London Bridge ni kalau korang nak tahu dibeli dari London dengan harga 2.5 juta masa tu . 

Ni cerita tahun 1968 . London Bridge kat London nak ganti dengan yang baru, jadi depa kat US dok beli dan angkut sikit2 dan bahagian demi bahagian dan pasang semula kat Lake Havasu .Rupa jambatan tu serupa dengan yang asal .

Kalau "summer" , Lake Havasu ni kira sibuk sekali dengan pelbagai acara seperti Pertandingan Jet Ski , Pertandingan Memancing dan jugak Boat Regatta.Masa tulah bergelimpangan duyung2 dok berjemur . Dah jadi adat dan budaya mereka .

Laaa ni "winter", jadi tiada acara-acara besar di sini.








Cuaca baik dan suhu nyaman dan dingin. Aku apalagi dok leka layan DSLR aku . Tiang dan jaring ni pun aku dok leka layan . Cerita pasal sejuk dan dingin, memang bateri DSLR aku memang cepat habis . Tu sebab aku memang bawak 2 set bateri yang kalau malamnya aku akan "charge" penuh2 kerana dalam sehari , aku biasa habiskan 300 ke 400 shots jugak . Buat masa ni koleksi foto aku kat bumi US ni dah beribu-ribu lemon .

Tu sebab aku memang bawak beberapa keping SD Card yang 8 GB tu dan kalau penuh je, aku akan transfer ke lappy aku . Dah minat aku ambik gambar, nak buat macam manakan . Oklah tu dari aku minat tah apa2 yang lain hehehe

Ada orang minat dangdut, ada orang minat memikat burung ,ada orang minat memancing dan ada orang pulak minat kat bini orang, apalah punya minat tu
Bahaya minat tu .

Aku pula bahagia dengan minat aku rakamkan foto.


kalau sesiapa tak pernah lihat wajah aku
nilah rupa aku dengan kepala botak



 burung ni dok nak sambar burger aku

Sebelum aku meneruskan perjalanan semula, akhir sekali aku sempat dok layan dengan pokok-pokok kaktus ni. Cantik sebenarnya pokok2 ni. Kalau dapat tanam kat teratak aku kat tepi hutan ,pasti cantik.

Aku terpikir jugak, kenapa Allah ciptakan kaktus ni berduri. Pasti ada sebabnya.

Kalian ada jawapannya tak ???







mak itam kata dia ngeri dan alergic tengok kaktus ni 
kenapa hahahahahahah




8 ulasan:

  1. A sharp thorn of a cactus. It's not poisonous, but it hurts when it pricks someone.

    salam bro.., tetiba wak teringat, penah wak gi jalan2 somewhere kt California, kami berenti solat kat luar restoran, tetiba dtg 1 kereta peronda polis terpusing2 masa kami solat pastu dia blah.., pengalaman yg smpi sekang wak masih ingat.., uHHuuu muger2 selamat bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam wak

      pengalaman yg tak dpt dijual beli
      kami ada sekali solat dlm pizza hut kat satu pekan kecil, masa tu takda org, teman tanya dgn staff kat situ boleh tak teman nk solat kat tepi meja teman mkn, dia kata silakan

      Padam
  2. Salam bapak. Gigi gongak, kain pelikat gombang, bawak motor roda tiga & sekarang tambah lagi satu - kepala botak. Okeh set. *lukis lukis*
    Bapak, mana gambaq London Bridge kat Lake Havasu tu, entri seterusnya baru nak tunjuk ka?
    Kalau minat dangdut di rumah saja takpa, Bapak. Kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hahaha
      lagi satu tertinggal, misai melenting

      london bridge is falling down, falling down. tu sebab takda fotonya hehehe

      Padam
  3. salam...
    all this while saya ingat tuan punya blog ni perempuan.. oohhh maafkan saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam NP

      hehehehehe mcm manalah boleh sangkaan mu meleset hehehehehe

      Padam
  4. Salam bapak,
    iskk cemane kaktus tu boleh besar bagak cenggitu yer..sekali pandang kalau memalam maunya nampak macam manusia berdiri tegak tu kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      rasanya dah berbelas tahun kaktus tu kot

      Padam