ALHAMDULILLAH
Setelah menempuh perjalanan yang agak panjang juga, akhirnya kelibat Tasik Havasu kelihatan dari kejauhan .Nak kata tasik , macam sungai pula ia memanjang . Tapi yang pasti , ia membelah kawasan gunung-ganang dan gurun sebenarnya . Betapa hebat Allah S.W.T menjadikan muka bumi ini dengan pelbagai bentuk dan rupa. begitulah juga ia menjadikan manusia dengan pelbagai warna kulit dan wajah serta pelbagai karenah dan perangai.
Ternyata kawasan persisirannya lenggang sekali kerana al maklumlam "winter". Jika "summer" pasti bergelantangan mereka berbikini berjemur di atas pasir dan gelapkan kulit . Mereka nak gelapkan kulit, orang kita sibuk nak cerahkan kulit hehehe
Macam aku kata tadi, begitulah tabiat manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai kejadian dan perangai .
Kerana aku ke bumi Uncle Sam pada musim sejuk, jadi aku memang bawak keperluan pakaian musim sejuk antaranya 2 pasang jaket . Sepasang jaket kulit yang pasti akan ku pakai di malam hari kerana suhu jatuh begitu mendadak sekali apabila matahari mula terbenam dan satu lagi jaket yang aku beli tak salah aku 2004 masa aku menziarahi Magaret Thacher dulu di kota London . Masih elok lagi kedua2nya .Kedua-dua jaket ini akan beraksi bila aku ada peluang ke luar negara terutamanya musim sejuk dan selebih masanya pasti bergantungan nanti kat dalam almari . Kalau aku pakai buat gi noreh , nanti orang kata "gila ke".Tapi kalau aku pakai musim daun getah luruh, pasti sesuai kot hahaha
Angin yang agak kencang bertiup di Lake Havasu menyebabkan light jaket yang aku pakai tak dapat menahan kesejukannya . Nampaknya kulit badan aku tak setebal dulu lagi hahaha
Cari port baik di tepian tasik dan kebetulan ada paip air kat situ. Jadi senanglah sikit nak berwuduk namun airnya begitu dingin sekali . Melompat jugak aku bila terkena air tu untuk pertama kalinya.
Cari arah kiblat dekat 5 minit jugak kerana jam tunjuk lain, hp mak itam tunjuk lain dan pet2 aku tunjuk arah lain.Namun jarak penunjuk arahnya tak begitu jauh ketara. Tak boleh nak aci lihat matahari kerana bumi US bukan kat tengah2 garisan khatulistiwa macam negara kita. Ambil jalan tengah dan tawakkal pada Allah kerana keadaan darurat ketika tu . Tapi kami dah lakukan apa yang terbaik untuk cari arah kiblat . Kami bersolat di taman yang indah dan damai hari tu.
Alhamdulillah,
selesai sudah apa yang difardhukan dan sekarang masa untuk mengalas perut a.k.a babat. Fish Fillet kami dah sejuk sebenarnya namun aku tetap berselera dan kami lebih bernasib baik kerana masih ada rezeki berbanding dengan manusia yang kurang bernasib baik yang mendapatkan makanan dari sisa-sisa buangan orang.
Kalau pergi mengembara , kita tak boleh cerewet sangat dengan bab-bab makan ni . Kalau kat kota London dan sekitar europe, senang nak cari kedai jual makanan halal. Kat US ni sehingga hari ini pegembaraan kami, belum aku temui lagi . Tapi hukum tetap hukum dan kami sedaya upaya akan memastikan apa yang menjadi rezeki kami halal untuk dimamam.
Jangan kalian salah sangka pulak yang aku kerap menyelitkan soal solat atau pemakanan semasa berada di tempat orang ni. Aku bukan ada niat nak bagitahu semua orang . Tapi ini sekadar satu panduan dan tips dan lagi satu sebagai satu sumbangan aku yang aku anggap terlalu kecil dalam menegakkan syiar2 islam walau di manakan kita berada .
Peringatan buat diri ku sendiri,
Aku tak mahu terlalu hanyut dan leka dengan nikmat dunia yang pasti sementara dan terhenti apabila nyawa bercerai dari badan kelak.Nikmat akhirat kelak yang hakiki .
Peringatan buat diri ku sendiri,
Aku tak mahu terlalu hanyut dan leka dengan nikmat dunia yang pasti sementara dan terhenti apabila nyawa bercerai dari badan kelak.Nikmat akhirat kelak yang hakiki .
Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua dan berbahagia bukan sahaja di dunia, malah diakhirat kelak.
Sekian sahaja sedikit tazkirah dari insan yang belajar agama pun tak tinggi mana pasal asyik ponteng sekolah agama je sembunyi kat kebun rambutan orang hehehe .
Dari Bumi Uncle Sam
2.00 pm Lake Havasu.
Dari Bumi Uncle Sam
2.00 pm Lake Havasu.
Salam bapak.
BalasPadamBila baca bapak tulis pasal tak aci nak tengok matahari untuk tentukan arah kiblat sebab negara dema tu bukan di tengah2 garisan Khatulistiwa macam kita, buat saya termenung panjang cuba membayangkannya. Maklumlah saya ni manjang di Mesia ja & udah lama bebenor meninggalkan pelajaran Geografi di sekolah menengah..hehe..
waalaikumsalam
Padamhehehe kalau kat negara yg terletak di sepjg garisan khatulistiwa, matahari kira ats kepala dan senang kita agak mana arah terbenamnya dimana itu boleh jadikan arah kiblat.
tapi kat US ni kira kat hemisfera utara, matahari agak menyenget . tu yg tak boleh agak arah sebenar terbenamnya
cantik cantik gambar tu pak itam. Err pokok tu dapat tanam sebatang dalam kebun getah ko pasti tercengang orang kampung kehkeh..
BalasPadamhahaha
Padamhabis nanti kena toreh sekali
Amboi, bila nak balik ni?
BalasPadamhehehe
Padamlps last destination di san francisco baru jumpa jalan pulang
chantek tengok langit membiru tanpa awan disana disana.. uhhuUU, punyela lama smpi wak konpius lake havasu ke lake powell kee ..uHHuu, tak lalu hoover dam ke bro?
BalasPadammmg langit kat sini sentiasa kebiruan krn takda awan
Padamlalu hari tu masa nak ke Vegas tapi dah gelap, pengabisnya tak nyinggah hehehe