WARGA SCP

Isnin, Januari 21, 2013

PART 31 USA : GRAND CANYON SOUTH RIM Part 2

ALHAMDULILLAH

Apa yang boleh aku katakan ketika aku berada di Grand Canyon South Rim ini. Ucapan Subbahanallah dan Allahuakhbar yang hanya dapat aku gambarkan kerana keindahannya yang unik dan bagaimana proses ia terbentuk sedemikian rupa yang mengambil masa berbillion tahun . 

Tak hairanlah mengapa Grand Canyon ni termasuk dalam kategori "Seven Natural Wonders Of The World" 

Inilah salah satu keajaiban yang Allah kurniakan di muka bumi ini untuk kita nikmati dan hayati disebalik yang tersirat dan tersurat dari kejadian tersebut .Salah satu yang boleh aku ambil sebagai iktibar dan pengajaran bahawa kuasa kita sebagai manusia sebenarnya terlalu kecil dan sebutir zarah pun lagi besar dari kita dan juga kita terlalu kerdil berbanding kekuasaan dan zat Allah itu sendiri.Jadi kalau Allah pinjamkan kita sedikit kekuasaan di dunia, janganlah kita mendabik dada dan angkuh .

Allah Maha Besar.
Allah Maha Berkuasa.

Kerana aku bertolak ke sini melalui Flagstaff, jadi tempat terdekat untuk aku nikmati panorama Grand Canyon adalah di South Rim melalui Grand Canyon Village. 

Di depannya saujana mata memandang adalah North Rim tapi jika mahu berkenderaan ke North Rim akan memakan masa 5-6 jam kerana tiada jalan untuk merentasinya walaupun hanya di depan mata dan kena pusing tempat lain. Kalau naik helikopter je cepat hehehe.



Memang aku manafaatkan sepenuhnya masa ku di sini untuk menikmati keindahan panoramanya dan menyedut udara yang segar,nyaman dan dingin tanpa pencemaran disamping DSLR aku tak henti berklik dan dalam sedar tak sedar hampir 200++ shots juga .

Akibat suhu yang rendah dan DSLR aku terdedah secara langsung dengan kedinginan yang melampau, tetiba terpacul simbol bendera merah ketika aku sedang mengetiknya menandakan bateri telah sampai ke tahap nazak walaupun dicharge penuh sebelum bertolak ke sini. Namun bateri backup sedia menanti dan harap2 dapat bertahan sampai ke petang nanti . Ingat orang perempuan je ada kibar bendera merah, ni DSLR aku juga ada kibar bendera merah.

Sebenarnya kalau aku dapat turun ke bawah menyusuri sungai Colorado, tentu banyak sebenarnya petempatan puak asli Amerika iaitu Kaum Red Indian yang membina kediaman mereka dengan mengorek gua-gua di kaki Grand Canyon yang dapat aku saksikan.

Mengikut sejarah, Grand Canyon ni telah ditemui oleh pengembara dari Sepanyol pada tahun 1540 iaitu Garcia lopez de Cardenas.

Ada sebenarnya pakej2 untuk melalui pengalaman termasuk menyusuri  sungai Colorado dengan kenu sambil dibawa sendiri oleh kaum Red Indian dan kemudian  mengelilingi Grand Canyon dengan menaiki helikopter serta berjalan di Sky Walk yang lantainya macam kaca yang tahan pecah dan berat , tapi aku tak berkesempatan untuk mengikutinya. 

Harga bagi pakej tersebut dalam brosur yang diletakkan di hotel penginapan dalam USD 400 seorang tapi pasti berbaloi kerana kepuasaan sebenarnya tak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Kalau kita beli ais krim batang 10 sen pun dan kita rasa puas , itu sudah mencukupi dan begitulah sebaliknya kalau kita beli ais krim satu mangkuk 30 ringgit dan kita rasa tak puas , tentu itu tidak mencukupi. Memang kepuasan sebenarnya tak dapat dinilai dengan wang ringgit dan sebenarnya bergantung dengan cara kita menikmatinya dan mensyukurinya.

Takpalah, lain kali kalau aku berkunjung ke sini, aku pasti mencubanya nanti.









Lepas asyik dengan foto Grand Canyon,maka tibalah masanya aku suruh model tetap aku yang diterbangkan khas dari Tanah Melayu beraksi. Habis semua aku suruh dia panjat batu yang tinggi untuk mendapatkan komposisi yang agak sesuai .

Aku malas nak pikul tripod ,jadi semua foto dengan "hands held" je. 

Akhirnya akibat kedinginan ,kalian lihatlah foto aku yang last tu macam budak darjah satu bila terkepit-terkepit dan terkemut-kemut jumpa cikgunya sambil berkata,

"Excuse me teacher,can i go to toilet"

hehehehehe


model burung hantu




Aku dah sampai San Francisco dan akan melepak a few days sebelum aku departure dan kembali ke pangkal jalan

Cerita kat US ni banyak lagi yang aku akan update dan tulis dari masa ke semasa 
jika berkesempatan nanti
 Insyallah

Sekarang aku nak layan nasi dengan seafood
kat Pier 39 yang terkenal di seluruh dunia
maklumlah
lama tak jumpa nasi

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Sungguh terkepit sekali model itu, kahkahkah! Adoyai. Saya pi Cameron Highlands pun udah teruk terkepit2, inikan pulak kat Amarika yg lagi dasat sejuknya tu, kehkeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      model free mmg gitu posenya hehehe

      Padam
  2. Salam BApak

    Elok la tu, balik2 la ke pangkal jalan ( nada jeles )...jonguk2 kobun gotah tu, takut kang tinggal pokok jo, gotah nyo dah abih kono sodut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tapi pangkal jalan kat hong kong , dah kena balik hong kong hehehe
      musim hujan tak boleh noreh, tu yg tinggalkan kebun gotah tu lama sikit hehehe

      Padam