ALHAMDULILLAH
Semua orang nak pandang dan lihat yang cantik-cantik,
tak kiralah,
baju cantik ke,
baju cantik ke,
kaki cantik ke,
muka cantik ke,
kereta cantik ke.
Senang cerita semua cantiklah, tapi kita perlu ingat yang kecantikkan itu hak Allah yang dipinjamkan pada mata kita . Cantik itu sesuatu yang subjektif.
Kalau dulu orang tengok apalah bibir besar dan tebal terjuih tu dan rasa tak cantik, tapi kalau kita lihat hari ini berlumba2 orang nak bibir tebal dan terjuih pula. Dulu yang dipandang tak cantik kini jadi kegilaan pula.
Kalau dulu orang tengok apalah bibir besar dan tebal terjuih tu dan rasa tak cantik, tapi kalau kita lihat hari ini berlumba2 orang nak bibir tebal dan terjuih pula. Dulu yang dipandang tak cantik kini jadi kegilaan pula.
Cerita pasal cantik ni, memang panorama alam menuju ke Grand Canyon ni cantik pada pandangan mata ku dan aku terjemahkan pula melalui "Lensa Pak Itam" yang menjadi salah satu watermark bagi setiap foto ku ini. Bukan apa ,dulu aku tak kisah pun kalau ada watermark ni atau tidak.
Tapi bila aku check backlinks di SCP, banyak sebenarnya artikel dan foto aku yang di "copy paste" dan tak tahu mana depa letak dan kalau bagi yang tak jujur mengakui pula hasil tangan mereka . Aku tak kisah kalau depa nak copy paste dan letak di mana-mana pun waima blog mereka,tapi kalau boleh janganlah mengakui hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja kita.
Bagi ilmu-ilmu yang bermanafaat yang boleh kita kongsi bersama, ambillah dan sebarkanlah kerana sama2 kita dapat pahalanya . Aku halalkan .
pokok renek dan tumbuhan kecil
kiri kanan jalan kekuningan
akibat musim sejuk
Cuaca hari ni baik sekali . Aku harap cukup panas dengan sinaran mataharinya ketika sampai ke Grand Canyon South Rim nanti kerana aku nak menyaksikan sendiri dengan pancaindera ku salah satu keajaiban di dunia yang Allah kurniakan untuk kita sebenarnya dan bermuhasabah diri menyaksikan sekelumit kehebatan yang Allah tunjukkan di dunia ini.Aku nak saksikan dengan mata kepala dan mata hati bahawa Allah bisa sahaja mencipta apa yang dikehendakinya bagi menunjukkan sifat kekuasaanNYA kepada setiap hambaNYA.
Dari Flagsatff tempat aku bermalam hanya 80 batu je (lebih kurang 130 km) . Kami meredah Route 180 dan memasuki road 64 pula yang hanya dua lorong . Alhamdulillah, cuaca baik sekali kerana kalau salji dah mula turun di kawasan ini memang cantik tapi agak merbahaya kerana jalan licin dan berais . Grand Canyon ni terletak dalam "National Park" USA dan dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun.
Apa lagi yang boleh aku katakan.
Allah menyajikan satu senario panorama yang begitu indah sebelum sampai ke South Rim Grand Canyon lagi . Kalau kat sana macam manalah. Nanti aku akan update nanti pengalaman tak terucap di Grand Canyon South Rim.
Opssss,
sebelum terlupa aku nak ucapkan "welcome" buat followers baru di SCP dan jugak tak ketinggalan buat old timer followers . Tanpa kalian, blog ni pasti sepi dan aku tahu ramai juga yang menjadi silent readers di sini . Kalau kalian tak keberatan , just says hi dalam ruangan komen untuk bapak mengenali kalian dengan lebih dekat lagi .
sebuah pekan kecil sebelum sampai ke Grand Canyon South Rim
sheriff depa dok nyaman
pasti bawak lebih had laju ni
aku suka foto ni
saujana mata memandang
banyak hotel dan logde kat area Grand Canyon ni
psl syeriff dok saman kete speeding tu pown wak ada gak pengalaman.., psl speeding wak pon byk kali, tp penah sekali laluan dua lorong, tetiba kete polis syeriff sangup u-turn patah balik sbb nak kejor saman wak sbb follow kete depan rapat sangat.., kalo kat mesia jgn harapp.., ahhaa.., kebetulan pastu kawan wak bawak kete pulak, pastu nak ditakdirkan kete tu tetiba langgar pickup trak parking kat bahu jalan.., pengalaman eksiden kat US yg wak xleh lupakan.., uhhUUUu
BalasPadamtak jumpa pulak Sheriff Lobo kat sana hehehe
Padam1) terjuih yang ori cantik, terjuih yang disuntik rasa macam nak stapler je
BalasPadam2) tengok gambar jalan yang pak itam suka, tiba² teringat: ihdinassiratolmustaqim :)
tulah yg bapak suka dan buat termenung dan bermuhasabah diri agar sentiasa berada di jalan yang lurus
Padamjgn stapler, sakit
kita binding tape je hehehe
kat kiri kanan jalan tu rumput kering ker...? saujana mata memandang gmbr2 ni semua...x jemu pandang...
BalasPadamyup rumput dia mmg kaler tu pasal Grand Canyon terletak kalau tak salah 7000 kaki dari aras laut, kira kawasan tanah tinggi
Padamnanti bolehlah Farikica plan utk menjejakkan kaki ke bumi uncle sam, tak rugi
insyallah
Salam. saya salah seorang silent reader tuan ( Macamana nak panggil bapak saya lebih tua...) Minat sgt dgn blok tuan. Bahasa yang mengujakan (bahasa org johor) disamping tip-tip kehidupan yang tuan berikan secara tak langsung. Seronok mengikuti perjalanan tuan cuma 3 posting tuan yg lepas tak dapat nengok gambarnya. nape ye...
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamucapan terima kasih krn mengikuti perkembangan SCP selama ini.
tak payahlah panggil saya tuan krn saya insan kerdil je
panggilan bapak saya gunakan krn sayalah bapak kat SCP hehehe
kira bapak kat sini mcm ketua kampung la hehe
maybe terlalu banyak foto dan internet line teruk tu
Memang berbaloi...dan memang cantekssss..pemandangan nyerr... Terima kasih...ya Allah!
BalasPadamhadiah dari saya hanya coretan dan foto sahaja buat rakan2
Padamalhamdulilah
Assalmualeikum wrt wbt, saya pn a silent reader sejak setahun lalu..interesting pics dgn cerite yg kalanya lucu..blog pak Itam is soulful, ikhlas disulami dgn subtle reminders pd Illahi yg kadang2x kita terlepas pandang..keep it up..teruja juga nak signup pakej USA tour ni..balik nanti tlg cite..tq
BalasPadamwaalaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh
Padamalhamdulillah
ucapan terima kasih krn mengikuti SCP walaupun secara silent readers dah hampir setahun juga
sebenarnya peringatan ini banyak ditujukan buat peringatan diri sendiri agar tak terlalai dengan kenikmatan dunia dan terlupa utk bersyukur kepada Allah krn semuanya atas kurnianNYA jua
kalau diizinkan Allah,pegilah ke sana krn banyak yg kita boleh ambil teladan dan iktibar
insyallah
Assalammualaikum,
BalasPadamNak kenalkan diri sebagai silent reader yg baru saja kenal blog SCP ni. Terima kasih kat tuan blog yang sudi bagi tumpang menikmati keindahan ALLAH di muka bumi ni. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmah ALLAH. Ameen.
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
moga ceria selalu dan terima kasih krn sudi ikuti SCP
hai
BalasPadamhai Zaid
Padamthanks for visiting SCP
Salam bapak. Amboi rumput kering pun nampak gebu di tempat orang tu naa :)
BalasPadamAbang sheriff, jangan saman sayeee! Kehkeh!
waalaikumsalam
Padamhehehe fobia kena saman ya
oklah kena saman kat malaysia dalam RM
kat sini dalam USD ciku hehehehehe
dah lari budget nak soping moping nanti hehehe
Assalamualaimum rezeki..
BalasPadamI am ur reader.tak pernah bagi comment.
Wow amazing pictures.
Boleh tak I link kan your blog in my blog post
I am just a traveller like you:)
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
boleh je linkkan kat blog puan
rindu paris lagi tak hehehe
Terima kasih pak rezeki...
PadamIye rindu paris lagi...hihi
Ok nanti bila saya blog pasal plan to usa, nak link kan ke blog ni..
Sorry assalamualaikum:)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamini mesti terpost dua kali hehehe
As-salam.
BalasPadamsy pn silent reader tuan. dh lama dh, he he.kagum sgt dgn pic2 yg disertakan. bila la sy nk menjejakkan kaki d bumi uncle sam ni.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
terima kasih sudi ikuti SCP walaupun sacara senyap2 hehehe
foto biasa2 je dari amatur mcm saya ni