WARGA SCP

Khamis, Januari 10, 2013

PART 23 USA : TENANGNYA DI RANCHO MIRAGE

ALHAMDULILLAH

Aku tinggalkan sekejap cerita Las Vegas . Aku nak bawa kalian ke Rancho Mirage Palm Spring di mana aku sempat singgah dan bermalam di sana hari tu.

Ada dikalangan mereka yang telah sampai ke bumi Uncle Sam pasti mengatakan permandangan disana tidak seindah di Eropah . Memang tak dapat dinafikan kerana "lain padang lain belalang". Belalang kunyit takkan sama dengan belalang halia.

Tapi sebenarnya  banyak sebenarnya tempat-tempat yang indah di bumi Uncle Sam yang boleh kita lawati dan menikmati panoramanya .






Aku berpeluang ke Rancho Mirage yang terletak di Palm Spring.Sebenarnya ia sebuah "resort city" dalam Riverside County . Aku rasa memang tenang di sini kerana bandarnya dan kawasan perumahannya seperti dalam"country resort" nampak teratur dan kemas dengan anggaran 12 buah Golf and Country Resort tersergam indah walaupun sebenarnya ia terletak di tengah kawasan gurun dan padang pasir.

Rancho Mirage ni bukanlah besar sangat keluasannya .Hanya dalam lebih kurang 64 km persegi je dengan penduduknya hanyalah anggaran 20 000 orang sahaja. Kerana itulah pekan ini nampak tenang dan jauh dari kesibukan kota raya.

Kelihatan petempatannya tersusun begitu indah dan teratur dengan ciri resort di dalam kawasan2 resort . Sayang sekali aku tidak dapat meneroka keseluruhan Rancho Mirage kerana persinggahan kami di sini hanya sehari sahaja dan sempat bermalam di sebuah hotel resortnya sebelum meneruskan perjalanan ke arah selatan.






Aku rasa aku telah jatuh cinta dengan ketenangan pekan ini dan sambil bergurau, mak itam kata kalau ada duit boleh beli sebiji rumah kat sini hehehe

Nantilah aku jual stable kuda aku buat beli sebiji pondok nanti kat sini hahaha

Kerena ketenagannyalah,ramai antara presiden Amerika yang dah pencen suka datang bercuti di sini dan ada yg menetap menetap di sini.Antaranya Gerald Ford . Pekan ini popular dikalangan golongan yang dah pencen yang mahu hari tuanya dihabiskan ditempat yang indah,tenang dan mendamaikan.

Kerana itu, tidak hairanlah apabila London Imperial Traveler Magazine telah mengangkat Rancho Mirage sebagai sebuah "resort Town" terkenal didunia.






2 ulasan:

  1. Assalam bapak,
    wahhh jauhnya berjalan...nampak va va voom sungguh rancho mirage ni yer...ok one day nanti saya nak paksa 'orang' tu bawa saya ke tempat ni...hehe..

    bila nak balik tanah air ni bapak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alang2 sampai, biar redah semua yang teredah hehehe

      depa bagi 6 bulan entry ,ada lagi 4 bulan kan masa depa cop kat passport hari tu hehehe

      Padam