ALHAMDULILLAH
Aku berkesempatan menyinggah di Monterey Bay yang terletak menghadap Lautan Pacific . Pantai ini sebenarnya memanjang dari San Francisco hingga ke San Jose .Jadi dalam perjalanan menuju ke San Francisco, lebih baik singgah ke Monterey Bay dulu untuk makan tengahari kerana di sini terdapat Old Fisherman Wharf dengan deretan Sea Food Restaurant yang beratus juga aku rasa.
Monterey Bay ni ikut sejarahnya ditemui oleh pengembara berbangsa Sepanyol iaitu
Juan Rodríguez Cabrillo pada 16 hb November 1542 semasa ia berlayar disepanjang persisiran pantai . Lalu ia namakan tempat ini Bahía de los Pinos kerana masa tu banyak sangat pokok pine di semenanjung pantai ini.
Memasuki pekannya, keadaan lalu lintas mulai sibuk dengan deretan kenderaan. Namun tak perlu risau kerana kerana rata-rata sikap pemandu di US sepanjang aku berada di sini agak berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas.
Lagi satu, takdalah kita nak risau dengan motor yang mencilok sana sini macam kat Tanah Melayu kerana memang agak sukar menemui motor di atas jalanraya . Aku rasa tenang je pekan Old FishermanWharf ni kerana masih terasa suasana macam kat pekan Parit Jawa je kerana tiada bangunan2 tinggi di sini.
Sebenarnya selain dari Old Fisherman Wharf yang menjadi tarikan kunjungan pelancong dari dalam dan luar US, banyak juga tempat2 menarik untuk dikunjungi di sini seperti Monterey Bay Aquarium, Monterey Whale Watching dan banyak lagi hingga tak tertulis aku di sini, namun aku tak berkesempatan untuk nak menerjahnya kerana kalau nak pergi, aku kena bermalam di sini tapi takda dalam perancangan .
Yang dalam kepala kami singgah di sini adalah untuk makan tengahari nanti di Bubba Gump and Shrimp kerana kalau dah sampai Monterey Bay, macam tak sah kalau tak pekena sepinggan dua "seafood"nya yang terkenal diseluruh dunia kerana hasilnya terus dari laut dalam keadaan segar bugar .
Jadi sebelum mengalas perut , aku nyinggahlah dulu ke Monterey Harbor dimana terletak deretan restaurant makanan laut dalam kedai2 kayu yang pada aku agak unik kerana masih mengekalkan ciri2 tradisional dengan tarikan yang tersendiri.
Moga kalian dapat sedikit gambaran apa yang ada kat Old Fisherman's Wharf hasil "Dari Lensa Bapak" .
Wasalam
panas terik tapi sejuk
Whale Watching Cruise
saya envy....
BalasPadamsemuanya datang dari Allah jua sebagai pinjaman
BalasPadamhope suatu hari NP akan sampai ke bumi uncle sam ni
insyallah