WARGA SCP

Selasa, Januari 15, 2013

PART 27 USA : MENIKMATI PANORAMA ALAM

ALHAMDULILLAH

Aku tinggalkan Lake Havasu setelah 2 jam di sana . Perjalanan harus diteruskan. Begitulah juga dengan perjalanan hidup kita . Ada suka dan duka, ada pahit dan manis ,ada kelat dan masam, namun semua harus ditempuh dan ditelan demi meneruskan kehidupan .Bagaimana kita menghadapinya, terpulang pada diri masing-masing , namun semuanya sebenarnya berbalik pada ketentuan Allah.

Namun kitalah yang sebenarnya harus mengubah nasib kita sendiri dahulu sebelum kita berserah pada Allah . Untuk berjaya bukan mudah , tapi untuk tersungkur sangat mudah . Kejayaan pun ada pelbagai peringkat dan martabatnya.

Ada yang berjaya dengan jalan yang tidak diredhai atau gunakan jalan singkat yang bengkok , namun Allah Maha Kaya. Dia tetap bagi kejayaan bagi mahkluk2 tersebut walaupun jalannya untuk mencapai kejayaan tidak betul. Tapi apalah gunanya kejayaan di dunia semata-mata kerana kejayaan di akhirat itulah matlamat kita sepatutnya sebagai seorang muslim.

Kejayaan yang paling manis ialah hasil titik peluh kita sendiri dan ikut lunas2 yang telah ditentukan oleh agama . Namun kekadang kita sebagai manusia yang lemah pasti sentiasa dibisikkan oleh pujukan syaitan agar termelencong sikit agar cepat sikit berjaya. Namun hanya keimanan dan ketakwaan sahaja yang menjadi perisai kepada kita agar tersedar dan cuba elakkan diri dari unsur2 syubahah . 






Berceloteh pasal perjalanan hidup, jarak destinasi kami lepas lepak2 kat Lake Havasu agak jauh juga dalam 200 ++ batu jugak. Kat sini semua dia tak pakai sistem metrik . Jadi senang cerita 400++ km juga dan kalau boleh nak sampai dalam jam 8 malam . Namun pukul 4 lebih dah nak gelap dan dah nak magrib. Namun tak perlu risau kerana Allah dah bagi kemudahan untuk solat  jamak bagi yang mengembara lebih dari 2 marhala .

Solat jamak ada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir. Zohor dan asar boleh disatukan,serta magrib dan isyak juga. Subuh je tak boleh.

Jamak Takdim Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib. Syarat Jamak Takdim pula ialah :

i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir pula ialah solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak. Syarat Jamak Takhir :

i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

Kemudian kalau kita qasarkan sekali, maksudnya yang empat rakaat jadi dua sahaja,namun magrib tak boleh diqasarkan.

Tapi yang satu lagi jamak ni bahaya , iaitu jamak takyah hehehe
Jamak-jamak jugak, jangan pula jimak dulu sebelum jamak , dah nak kena mandi pula.

Nampak mcm cerita mencarut, tapi ini kisah benar yang memang ada dalam kitab . Kalau tengah berihram lagilah pulak, dah kena dam seekor unta.



petrol depa murah USD 3.29 utk 1 gelen
1 gelen dalam 4 liter lebih rasanya
kalau kita sebagai pelancong bila convert ke RM nampak mahal
tapi kalau kita convert nisbah 1 : 1 murah sangat








Singgah sebentar kat satu hentian rehat untuk aktiviti macam biasa  ke bilik air dan luruskan sendi2 . Ketika itu dah mula nak gelap . Aku lepas tu dok leka sekejap ambil gambar truck tu dekat signboard besar tu . Ada 5-6 keping juga aku abadikan kerana komposisinya begitu menarik sekali bagi ku.Tapi aku tak tahan pasal sejuk bebeno. Bibir aku yang mungil ni dah kering . Nak rasa winter kat US, nah Allah bagi aku rasa bagaimana sejuk dan dinginnya di sini.Percuma semua kedinginan yang Allah bagi.

Ok,aku "gohead" lagi dan  tak lama je lagi nak sampai tempat kami akan menginap di Hampton Inn Flagstaff. Tapi mau dalam 1 jam lebih jugak meredah lebuh raya dalam cahaya samar-samar sedang sang mentari nak melabuhkan tirainya.Kalau tak salah aku, Flagstaff ni dulu kampung Wak Gelas masa dia study kat US, tapi laaa ni dia dah balik Tanah Melayu.

Highway mula lenggang dengan kenderaan . Kalau rosak motor roda tiga aku tengah2 kawasan kontang ni , sapalah yang nak bantu.Yang pasti Allah bersama-sama aku serta Raqib dan Atib yang sentiasa berada di kiri-kanan bahu ku.

Alhamdulillah










6 ulasan:

  1. Balasan
    1. alhamdulillah


      cantikkan bumi ciptaan Allah ni

      Padam
  2. Assalam pak itam, siapa yang ambil gambar?pak itam kan drive.mak itam eh? pandai mak itam kan, cantik cantik gambar. Take care pak itam and mak itam. Wassalam. anak bapak

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam sons of gun hehehe

      motor roda tiga bapak ada suis auto pilot mcm kapal terbang hehehe


      tekan autopilot, jadi bolehlah bapak menembak hehehe

      Padam
  3. Salam bapak,
    saya tak tau nak kata apa dah...memang menakjubkan sungguh latar alamnya..macam lukisan yg sangat sempurna..dengan gunung ganang pasak buminya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bukti kekuasaan dan kehebatan Allah ada dimana2

      Padam