WARGA SCP

Isnin, Mei 03, 2010

POSTO, POSTO

ALHAMDULILLAH,

dulu masa internet ni semua takde, posto atau suratlah yg menjadi penghubung antara satu sama lain.

Masa tu nak tulis surat pada ayah dan emak di kampung , permulaan ayat

"KEHADAPAN AYAHANDA BONDA YG DIKASIHI"

Kalau dengan gilrfrend pula

"MENEMUI ADINDA YG DIKASIHI" hehehe

berbunga2 dan berbelit2 ayatnya

lepas tu pi beli setem, punyalah malas nak cari gam atau air, jilat je belakang setem tu dan terus tampal hihihi

cerita pasal surat, pak itam masih simpan lagi dengan baik surat yg mak itam kirimkan dulu , rasanya dah 20 tahun lebih sampai kertas warna birunya dah pudar hehehe

namun semua dah tinggal kenangan kerana pak itam pun rasa hampir 10-20 tahun tak tulis surat hehe

Masa aku balik ke teratak ku di HC hujung minggu ni, dalam peti surat melambak posto dan diantaranya ialah posto yg aku tunggu , kalau tak dapat posto ni, panjang urusannya nanti


posto ni datang dari benua eropah

confirmation ticket utuk WC 2010
tiket nanti collect kat SA

siap dengan sim card hp untuk digunakan kat sana

venue perlawanan dan tempat menarik di sana


Alhamdulillah, syukur aku yg tak terhingga pada Allah kerana segala2 dipermudahkan kepada ku dan diberikan ku rezeki untuk ke sana nanti.

Namun aku tak lupa sentiasa panjatkan doa agar segala perjalanan kami nanti sebelum , semasa dan sesudah nanti sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatan Allah dan dipermudahkan segala2nya nanti

Insyallah.

30 ulasan:

  1. salam CR...

    akak nk jd ratu trek kat sini lah...

    syoknya jalan merata2 negara orang.bila tu nk bertolak?

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    posto, posto, posto!! hahaha...nostalgia betul kisah di atas tu...heheheh :))

    sure pak itam dok calit kat kalendar tu...tinggal berapa hari lagi nak terbang ke SA! akak tumpang gembira jugak!

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan semuanya selamat. jangan lupa ambil gambar cantik-cantik...

    BalasPadam
  4. salam CR

    tentu seronok dan hanya mengira hari.Kami yak sabar nak dengar cerita2 dari sana...

    Aah kisah masa lalu....memang mengetarkan jiwa....

    BalasPadam
  5. posto yang amat best tu .... sure pak itam menghitung hari .. tik tok tik tok .... nanti tangkap gambo banyak2 ye , kami tumpang happy di sini .

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam,

    tak sampai sebulan lagi ye...seronoknya! cheq tumpang teruja!
    pak itam nanti tengok Spain main kan? tangkap gambaq Iker Casilas banyak2 naa? ahaks..
    Jangan lupa angkut cekelat lebih sikit ya... anak2 menakan, cucu2 menakan ramai nih...heheh

    Semoga perjalanan & urusan PAk Itam sekeluarga selamat dan dipermudahkan Allah. Amin.

    pssst...surat2 lama Mak Itam masih ada bau minyak wangi dak? heheh

    VpeaceV

    BalasPadam
  7. Salam pak Itam,

    semoga selamat pergi dan balik

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Pak Itam

    Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan
    serta selamat semuanya

    tahniah

    Wassalam

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam !!!Kite nak Itottttt!!!!!!!!huahhh huaaaa.....

    BalasPadam
  10. Salam Pak itam

    nanti n3 blog keudara dari sana gak ker..heheh

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam..wah tgk world cup kita..jeles lah..saya tgk kat Tv jadi ler..

    BalasPadam
  12. Salam Pak Itam,

    Wah bestnya travel lagi..jeles3x
    Alhamdulillah rezeki Pak Itam murah sungguh..

    BalasPadam
  13. Salam pak itam,

    Selamat pergi dan kembali ...
    akak pun kalau takde halangan akan berangkat ke Gold Coast australia 15hb ni..jalan2

    kata2 dlm surat dulu2 tinggi bahasanya dan sopan kan

    BalasPadam
  14. Salam,

    Selamat berangkat ke Lokasi Piala Dunia 2010. Kalau balik, bak sehelai dua rambut negro balik.

    Aik..macam tertinggal sesuatu je dlm N3 kali ni.. Apa ye..? O..penutup dia takde gambar asam pedas.. kekh..keh..keh

    BalasPadam
  15. Salam pak itam...eemmm..menulis ini satu azimat, ia menjadi satu kenangan yang abadi. Sebab ia benda yang kita dapat pegang dan rasa. Dulu masa pak itam tulis surat cinta tu..ada letak pewangi tak? bedak ke?hehehe....

    Oh ye..berapa hari pak itam kat SA?
    Dari mula perlawanan sampai habis ke?

    Semoga semua selamat ya.amin..

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak ummi

    silakan kak, tapi sini takde hadiah abaya tau hihi

    awal jun nanti, insyallah

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam kak nab

    alhamdulillah, jika dizinkan Allah awal jun

    kak nab jadi pegi konvo anak kat sana nanti ?

    BalasPadam
  18. salam arol

    insyallah, pasti merakamkan kenangan disana nanti

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam mama ju

    masa zaman mama ju dulu , mseti bahasa lagi bermunga-munga hihi

    BalasPadam
  20. salam kak sarina

    insyallah,sd card ada 16 gb tu hehehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam kak chik

    nanti iker casilas versi hitam khas buat kak chik hehe


    bau takde dah heheh ada ulat yg kecik2 tu yg suka makan kertas adalah hehe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam az

    amin , insyallah

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam atuk

    amin, insyallah

    tk atas doa mu

    BalasPadam
  24. waalaikumsalam rni

    jom hehehe tapi pak itam pegi naik unta je hehe

    BalasPadam
  25. waalaikumsalam shami

    insyallah, kalau lappy bawak sekali hehe

    BalasPadam
  26. waalaikumsalam mfisma

    pegi sana menyelam sambil minum air, kebetulan WC 2010

    BalasPadam
  27. waalaikumsalam syima

    alhamdulillah, rezeki yg allah bagi

    BalasPadam
  28. waalaikumsalam kak sidah

    alhamdulillah, gold coast best tau, jgn lupe naik scoo bi do do kat warner bros tau, nanti balik boleh cite perasaan naik benda tu hehe

    BalasPadam
  29. waalaikumsalam abg sulong

    nampak gaya tak rasa asam pedaslah kat sana nanti hehehe

    janggut negro boleh tak hihi

    BalasPadam
  30. waalaikumsalam MI

    insyallah 1/2 bulan, tak boleh follow semua game yg lebih sebulan tu, nanti habis semua keja tertinggal kat malaysia nanti hehe


    dulu surat pak itam takde minyak wangi pun , bau minyak kapak je hehe

    BalasPadam