WARGA SCP

Khamis, Mei 27, 2010

KLINIK BAPAK MENGANDUNG

klinik ibu mengandung
aku kategori bapak mengandung hehe
ngandung anak cacing hehe
suntikan diberikan di sini
ALHAMDULILLAH

Pagi tadi aku buat medical check up rutin utk HPT, keadaan tekanan biasa2 je, cuma tak berapa cantik kerana sepatutnya kena rehat dulu dalam 30 minit sebelum tekanan darah diambil, tapi kerana kesuntukan masa, terus aje ambil tekanan darahnya, tapi masih dalam keadaan yang memuaskan. Berat ku juga hanya menyusut 1/2 kg je utk 2 bulan ni, manakan tidak, makannya sedap belasah je hehehe


Lepas tu terus aku bertanya kepada pegawai perubatan tu, ada tak suntikan vaksin H1N1 disitu. Alhamdulillah, ada tapi kena cukup "korum" kerana untuk satu dos suntikan yg telah dibuka utk 10 individu dan setelah dibuka vaksin tu tahan hanya utk tempoh 24 jam sahaja.

Namun kerana hari tu dah ada 7 orang termasuk kami, aku telah mendapat suntikan tu secara percuma. Bulan lepas masa aku balik kampung dan bawa ibu ku ke klinik, satu suntikan berharga RM 70 , tapi kerana kesuntukan masa, kami tak sempat ambil.

aku dalam risiko kategori 2 - hamil hehehe
bunting kerbau

Selepas tu aku menalefon sebuah hospital swasta di JB, satu suntikan hanya RM 54.95 sahaja tapi bayaran konsultan doktornya lebih kurang RM 300 .Nak dapatkan suntikan kena buat "appoiment" , masalah tu pasal nak kena angkut semua anak2 ku , kesuntukan masa psl yang bongsu di asrama.

Tapi hari ni kebetulan anak ku dapat cuti dr asrama kerana ada sikit masalah kesihatan.
Jadi hari ni juga aku dapat bawanya ssekali utk mendapatkan suntikan.

Hari ni Allah memberikan ku rezeki dengan percuma tanpa perlu membayar apa2 pun utk semua suntikan tu.
Syukur , alhamdulillah

Namun mengikut nasihatnya, takut ada kesan2 sampingan seperti pening atau demam, lepas menerima suntikan, kami terus dibekalkan dengan paracetamol .

Lepas tu pak itam ingat nak ambik suntikan rubella pulak, tapi misi tu kata untuk ibu mengandung je, untuk bapak mengandung , takde hehehe

Kita hanya berusaha, hanya Allah yang menentukan. Itu sebagai langkah2 pencegahan sebelum kami pergi ke SA nanti kerana di sana , pasti keadaan yang sesak dengan orang ramai boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan berlaku.

Ya Allah, permudahkan perjalanan kami nanti dan berikan kami kesihatan yang baik

Insyallah.

20 ulasan:

  1. Salam pak Itam,

    Kak Nab aminkan doa2 pak itam tu...semoga pak itam & famili sihat & ceria sepanjang masa sewaktu di SA nanti...jika ada peluang, post entri dari sana..;P

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Pak Itam,

    InsyaALLAH semua akan selamat. Segala keperluan dah dituruti lalu segalanya terletak kepada rahmat Allah.
    Semuga diberi kesihatan yang baik dan selamat.

    BalasPadam
  3. selamat berangkat..selamat pergi dan selamat kembali.

    CR ni macam2 pengalaman ada..kerja pun macam dah buat...travel pun macam2 tempat dah pegi...memamg layak sekali di bukukan utk generasi akan datang.

    Ya Allah adalah syarikat yg brminat dgn CR ni...tenguk mcm Dr jHAZ tu?

    BalasPadam
  4. salam from Makkah...


    ameennn...

    moga bergembiralah nanti di sana bila bercuti...

    waslam

    BalasPadam
  5. salam CR...

    ni kali kedua ummi dpt cerita bapak mengandung..he he he

    nnt bila ummi kelapangan ummi cuba buat N3 kisah bapak pertama mengandung ....ha ha ha

    BalasPadam
  6. Alhamdullillah pak itam dah ambil suntikan tu. baguslah untuk pencegahan tapi saya belum lagi.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah
    medical check up, dlm keadaan normal

    saya amin kan doa pak itam tu

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Didoakan selamat pergi dan selamat pulang. Semoga banyak pengalaman yg dpt dititip dan dirakam sepjg di sana nanti. Pasti kami di sini ttunggu2 buahtgn ooppss.. silap la.. berita menarik dari sana.

    BalasPadam
  9. selamat kembara :)

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak nab

    amin, tk kak

    insyallah kalau sempat , bersiaran dr sana

    BalasPadam
  11. tk mama ju

    alah, siapalah saya ni kak, dagang pak malau , pelajaran tak tinggi, rupe pun tiada hehe

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam cikgu nadz

    tk atas doa cikgu

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam cl

    doa2 kan kami ya

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam marla

    thanks

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam atuk

    tk atuk

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak ummi

    mesti cite menarik tu hehe

    BalasPadam
  17. arol pun patut ambil suntikan tu sebagai langkah pencegahan , jangan bertangguh

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam che na

    tk atas doa buat kami

    alhamdulillah

    BalasPadam
  19. mampir

    alhamdulillah

    insyallah

    BalasPadam