WARGA SCP

Sabtu, Mei 01, 2010

HANYA KEPADA MU YA ALLAH AKU BERDOA

ALHAMDULILLAH,

Hari ini, aku berpeluang menjenguk ibu ku di kampung. Perjalanan pagi tadi agak terganggu sedikit terutama di pintu masuk tol skudai kerana kenderaan yang sesak. Begitu juga di tengah jalan .

Namun akhirnya kami selamat sampai ke kampung. Sebelum tu sempat juga kami singgah di carefour untuk membeli coklat kegemarannya.

Alhamdulillah , ibu ku yang sudah tua dan uzur seperti biasa keadaan sakitnya itu, tapi mengadu yang tulang2nya terasa sakit terutama ketika hendak ke bilik air utk mengambil wuduk. Lantas selepas zohor, aku pun membawanya ke klinik untuk mendapatkan suntikan dan mengambil pain killer dalam mengurangkan kesakitannya.

Itulah ibu ku yang sudah tua dan uzur serta mengidap ospoterisis. Ibu ku juga berpesan kepada ku jika dia meninggal dunia nanti, pastikan yang yang dia dikebumikan sebelah arwah suami (ayah ku) serta ibu dan bapanya (atuk dan nenek) nanti .

Apa lagi yang dapat ku katakan bila ibu ku berpesan sedemikian ......................

Apa yang dapat ku lakukan demi ibu tercinta ialah sentiasa memanjatkan doa selepas solat dan setiap solat hajat agar dihujung usia ibu ku, dipermudahkan segala2nya bagi nya .

Tadi juga aku sempat menziarahi pusara arwah ayah serta nenda dan membersihkan rumput yang telah tumbuh menjalar


Ayah,

Abadilah dikau dengan aman dan hanya doa yg dapat anakanda kirimkan buat mu di sana

AL FATIHAH

gambar arwah ayah yg masih ada lagi tersimpan rapi
yang sempat aku abadikan tadi
gambar ini berusia hampir 45 tahun
dipotretkan di Port Swettenham
tempat aku dilahirkan 43 tahun dulu

topi ini juga telah berusia berpuluh tahun
masih tersimpan rapi oleh ibuku
sebagai kenang-kenangan

inilah kenderaan rasmi ibuku sekarang

23 ulasan:

  1. salam from Makkah...


    sedih...menitis airmata cl membaca nukilan pak itam arinih...

    alfatihah...doa cl di depan Multazam...


    waslam

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki,

    Bila bab nak kebumi sebelah menyebelah ni mmg sayu, saya dah laluinya dulu. Kubur arwah emak dan abah saya selang satu kubur saja. Mereka berdua mmg cam dah berjanji, wpun selang 10 tahun.
    Saya puji Rezeki kerana sentiasa ada masa ziarah emak dan kubur bapa.

    Saya pun dah dekat 3 bulan tak ziarah kubur emak dan abah. TK kerana share citer ni...

    BalasPadam
  3. Salam rezeki.

    Alhamdulillah...kepulangan anak lah yg mereka tunggu...selagi hayat dikandung badan...
    Bukan wangringgit yg dipinta...
    kunjungan kita yg mereka dahagakan...

    wslm

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,
    Alhamdullillah bertuah sungguh Ibu dan Bapa punyai anak sebaik Pak Itam. Moga doa Pak Itam sampai kepada aruah bapa, InsyaAllah. Untuk ibu moga hajatnya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  5. Salam pak itam...
    Al-fatihah..
    Moga Allah merahmati ibu pak itam... diberikan kesihatan yang baik buatnya...

    lama tak jengok umah pak Itam termiss beberapa n3... :)

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    semoga CR menjadi anak yang soleh yang mmembuat kebajikan kepada ibunya dan mendoakan kesejahtraan untuk arwah ayanda

    BalasPadam
  7. Salam pak itam. Seorang anak yang soleh. Khidmat untk ibu tercinta. Bila mana hajat perlu disempurnakan.

    Sayu membaca N3 kali ini, semoga doa dan niat amal jariah kebaikan yang dilakukan menjadi pahala untuk mereka yang dikasihi.

    MI juga terasa bila pak itam cerita ksah AYAH.

    BalasPadam
  8. Salam,

    Kasihnya ibu,,membawa ke syurga.
    dan
    kasih ayahnda sanggup berkorban nyawa.

    Itulah kasih kedua ibubapa..rela berkorban apa saja demi anak- anak.

    Dah..dah..karang kita pulak nangis..

    Kalau wajah ayahnda pak itam cam tu, sudah semestinya wajah pak itam tak jauh iras-irasnya camtu juga. Ump...wajah ayah dia dah nampak, wajah pak itam kecik pun kita dah nampak, gambar dia dari belakang (masa makan ngan CL di HC)pun dah nampak, wajah anak lelaki dia pun dah nampak. Kesimpulannya..wajah pak itam heh..heh..heh, saya sendiri pun tak tahu..(kata saiful apek)

    BalasPadam
  9. salam pak itam,

    sebenarnya pak itam anak yang soleh! sentiasa mendoakan kedua ibubapa...alhamdulillah!
    al-fatihah buat arwah ayahanda tersayang & kak nab doakan agar pak itam berada di sisi ibu ketika penghujung hayatnya...insya Allah.

    BalasPadam
  10. Salam Rezeki@Pak Itam..AlFatihah untuk Arwah..semoga tergolong dlm golongan orang yang Soleh

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam cl

    hanya luahan hati seorg anak

    tk kerana sudi mendoakan buat kedua org tua ku

    alhamdulillah

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam rosli

    tu antara pesan ibu ku dari beberapa pesanannya , antara lain jgn lupa sedekahkan fatihah dan doa buat arwah ayah

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak su

    mmg org tua tak pernah mengharapkan wang ringgit dari anak2nya , pulang ke kg sudah memadai

    tapi dah kewajipan kita sebagai anak memberikan wang kepada org tua

    dulu2 masa tiada wang , saya tak tak berikan lebih kpd org tua, tapi sekarang alhamdulillah, Allah berikan saya rezeki utk saya berkongsi dgn ibu walaupun ayah telah tiada

    insyallah

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam arol

    insyallah, segala pesanan ibu ku akan cuba ku tunaikan

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam az

    amin

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam tikah

    amin

    moga dipermudahkan segala urusan kita semua dan ahli keluarga kita di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam MI

    semoga segala2 diterima oleh Allah

    semoga segala2 buat kita semua sentiasa dipermudahkan NYA

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam abg sulong

    besar pengorbanan ibu bapa


    gambar saya tetiap hari keluar kat tv, kul 8.30 malam baca berita tamil hehe

    BalasPadam
  19. waalaikumsalam kak nab

    tk krn sudi mendoakan buat kedua org tua saya, begitu juga doa saya buat kak nab sekeluarga

    alhamdulillah

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam mfisma

    amin

    semoga doa2 kita dimakbulkan

    alhamdulillah

    BalasPadam
  21. Salaam Pak Itam,

    Al Fatihah buat ayahanda Pak Itam.
    Semoga bonda Pak Itam diberi kesihatan dan kualiti hidup yang terbaik, apalagi di hujung usianya ini.

    Semoga Allah permudahkan kita sebagai anak untuk menjaga orang tua dan memberi layanan terbaik buat mereka.

    Eh samala kenderaan rasmi ibu Pak Itam dengan ayahanda saya... tapi yang ibu Pak Itam punya lagi cantik...heh

    VpeaceV

    BalasPadam
  22. Insyaallaha pak itam...MI terasa bila pak itam cerita kisah ayah.
    Sama2 kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...amin

    BalasPadam
  23. waalaikumsalam kak chik

    amin, semoga dimakbulkan

    agak2nya esok kita dah tua , itulah juga kenderaan rasmi kitakan kak chik

    BalasPadam