ALHAMDULILLAH,
Bukan mudah untuk membina reputasi , perlu kerja keras , tidak mengenal putus asa, kena kuatkan semangat, jangan mudah mengalah , berdoa dan bertawakkal. Tak kira apa pekerjaan dan bidang yang kita ceburi.Cikgu ke, pengurus ke, peniaga ke, tok imam ke.Kalau tidak, kita pasti akan tewas dan tersungkur.
Alhamdulillah
aku bersyukur kehadrat Allah kerana aku dapat mengharungi semua ranjau dan duri dengan izin Allah jua.
Hari ini juga aku dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan kepada ku . Semalam aku menerima notis singkat di mana telah dilantik sebagai pembekal utama dalam menghadapi sebuah kejohanan bertaraf negeri yang bakal diadakan pada pada awal bulan Jun nanti oleh pihak jabatan atas dasar kepercayaan mereka terhadap kerja2 yang aku jalankan selama ini.
Mula2 fikirkan , banyak perkara dan masalah yg perlu aku selesaikan kerana pada awal bulan Jun nanti, aku akan mula bercuti. Namun , aku menerimanya kerana tidak mahu menghampakan kepercayaan yg diberikan kepada ku.
Selepas pertemuan rasmi semalam, aku terus menghubungi towkey kilang dimalam hari juga kerana aku tidak boleh bertangguh. T shirt untuk semua peserta perlu ditempah dan dijahit serta dicop , pakaian rasmi pegawai perlu ditempah, cenderemata juga perlu dipilih dan ditempah.Aku juga diamanahkan untuk menyediakan hadiah dan medal kejohanan.
Pagi2 lagi tadi, aku telah berkejar ke kilang di JB untuk bertemu sendiri dengan tokey kilang pakaian utuk mendapatkan kepastian . Mula2 mereka menolaknya dengan alasan kesuntukkan masa kerana perlu menyiapkan dalam kuantiti yang banyak dan cuma tinggal 2minggu lagi menjelang kejohanan. Namun akhirnya dengan izin Allah jua, mereka bersetuju dan tarikh akhir penghantaran ialah pada beberapa jam sebelum aku terbang ke SA nanti.
Setiap kali bercuti ke keluar negara, aku pasti tidak akan memadamkan hp ku kerana mana tahu, ada panggilan yg benar2 penting. Tapi biasanya, aku tak akan jawab panggilan, tapi kalau dah berdering 4-5 kali no. yg sama , terpaksa juga menjawabnya. akhirnya biasalah, bil telefon melambung bila balik kerana sistem international roaming yang perlu ditanggung oleh ku, bukan individu yg menelefonnya. Tapi nak buat mcm mana, mrk pun tak tahu aku berada dimana ketika tu .
Alhamdulillah sekali lagi, langkah permulaan utk projek ini telah diambil dan diharapkan semuanya dipermudahkan oleh Allah sebelum aku bercuti nanti.
Lepas ni baru aku fikirkan pula persediaan menu dan makanan bagi peserta2 dan pegawai sepanjang kejohanan itu berjalan.
Dalam pada tu, baik aku makan hidangan aku ni dulu, sejuk2 dan sedap serta manis sekali lepas disejukkan dalam peti sejuk.
Sedap sungguh tapai ni,
Sib baik takde tapai masak asam pedas hehehehe

salam from Makkah...
BalasPadamaduhai...kenapa kegemaran ku yang selalu di tunjukkan...noti aar..?
wasalm
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadammoga Allah permudahkan segala urusan Pak Itam tu
kejohanan SUKMA di Melaka ke
Wassalam
salam pak itam
BalasPadamtapai ubi
jarang jumpa
misti baru lepas drp peti sejuk
nyam nyam
Bismilah dulu
Wassalam
Salam Pak Rezeki..
BalasPadamsedap tapai tu.. nanti mintak tapau sikit :)
murah rezeki
BalasPadamSalam...
BalasPadamwow...tapai ubi...I like... :)
waalaikumsalam cl
BalasPadamlaaaa, pak itam tak tahu cl suke tapai hehehe
sedap tau lps keluar peti ais hehehe
waalaikumsalam atuk
BalasPadammoga dipermudahkan
sukma hehehe tak lah
waalaikumsalam atuk
BalasPadampak itam lebih suke tapai ubi dari tapai pulut
waalaikumsalam bung nazir
BalasPadamtapai kena tapau hehehe
salam mampir
BalasPadamalhamdulillah, semua dr Allah jua
waalaikumsalam marla
BalasPadamu pun suke ye
mmg sedap, manis lemak berkrim lps keluar peti ais hehehe
ASLKM CR
BalasPadamMemang rezeki CR melimpah ruahhh. Macam tuanpunya kejohanan pulak ..semua bidang diberi kepercayaan kpd CR.Alhamdulillah.
Salam Pak Itam,
BalasPadamRezeki...memang rezeki pak itam ! Alhamdulillah...
Salaam Pak Itam,
BalasPadamDolu2 kak chiq penah kejer kat bahagian order processing. Kalau order short notice macam ni memangler make my blood go upstairs! hehe...orang sales janji muluk-muluk kat customer boleh deliver on time tapi kak chiq ler yang kena push & pressure supplier suh antor barang cepat...adus, tensionnyer, tambah pulak kalau barangnya kena import dari luar...kena deal dengan kastam la bagai! loteh makcik!
Tapi dalam kes Pak Itam ni, big boss sendiri yang turun padang & kaotim dgn supplier...insyaAllah, semuanya akan lancar. Rezeki jangan ditolak, ye dak? Semoga dipermudahkan segala urusan Pak Itam dan dapat bercuti dengan fikiran yang tenang. Amin.
Tapai makan dengan aiskrim sedap wo! tapi tapai pulut la, tapai ubi tak penah try pulak dgn eskrim...
Tipah tapau tapai Tapah... ;P
VpeaceV
Salam CR,'
BalasPadamaz tak makan tapai ubi heheh , not good for diabetic
waalaikumsalam mama ju
BalasPadamalhamdulilillah,
semua "kulluhum" kat saya psl semua bidang tu saya biasa buat, then harga saya tak berkira , ikur budget mereka
alhamdulillah
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamalhamdulillah
rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari hehe
tapi kelam kabut sikitlah hehe
waalaikumsalam kak chik
BalasPadamtu sebab ssaya sendiri turun padang jumpa supplier, kalu tak hehehe
semalam terus confirm design dan kuantiti, cuma risau psl akan deliver kat saya last minute before we fly hehehe
hope semua selesai dgn izin Allah juga
tapai ubi makn dgn santan dan gula melaka sedap juga hehe
waalaikumsalam az
BalasPadambetul tu, az banyak kena pantang, jangan pantang jumpa udah le hehe