Menikmati matahari terbenam ni dah jadi budaya orang barat, kalau kita pergi ke luar negara terutama di tepi2 pantai, ramai kita lihat mereka duduk2 sambil menikmati suasana matahari terbenam diufuk barat.
Sebenarnya , aku juga teringin berbuat demikian , tapi apakan daya suasana sebegini hanya berlaku lebih kurang 10 minit sahaja sebelum azan magrib berkumandang.
Dan waktu itulah, "orang tua2" sering berpesan
"jangan main kat luar" kerana masa itulah syaitan dan iblis sedang berkeliaran menyesatkan anak cucu adam .
Tapi akhirnya impian ku yang selama ini terpendam akhirnya dapat direalisasikan dengan izin Allah jua.
Kelmarin , semasa aku ke masjid utk solat magrib, pandangan ku terpukau dek sinaran matahari yang hampir terbenam di ufuk barat yang memang kelihatan jelas kerana masjid Al-Ikhwan ini terletak di atas sebuah bukit yang paling tinggi di gugusan ini yang pendangannya sehingga melangkui daerah Pengerang dan Changi di Singapura,
Lalu semalam , dengan baju melayu dan kain pelikat serta songkok aji, aku bersiap ke masjid dengan membawa sekali "senapang" ku serta menukar "zoom lens" utk mengabadikan suasana ini yang menunjukan betapa agungnya ciptaan Allah di muka bumi ini yang tiada tolok bandingnya.
Aku menunggu dengan sabar sehingga 6.45 ptg dan suasana terang tadi tiba2 menjadi suram dan kelibat matahari yang bakal melabuhkan dirinya tiba2 muncul dari celah awan.
Setiap detik ini dapat ku rakamkan yang memakan masa hanya 10 minit sahaja .
Allah Maha Besar menjadikan malam dan siang bersilih ganti.
Allah Maha Besar dalam merencanakan perjalanan matahari ini mengikut apa yang dikehendakinya.
Moral of the story , Allah Maha Berkuasa dalam merencanakan segala rentak dan tari kehidupan kita .
Habis saja sessi ni, aku terus ke dalam masjid sambil menunggu laugan azan yang akan berkumandang lebih kurang jam 7.12 malam , 10 minit selepas matahari ini hilang dari pandangan mata ku.
Alhamdulillah, aku dapat melakukan 2 perkara dalam satu masa, menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan juga sama2 berjemaaah dan menyembah Allah, Tuhan Yang Satu dan Maha Esa.
Alhamdulillah
psssss : aku hadiahkan foto ini buat kalian rakan2 ku sebagai tanda penghargaan dan terimakasih atas sokongan kalian pada SCP
aku ingin membuat sedikit kajian, foto mana yang paling indah mengikut kaca mata dan kaca hati kalian semua
(semua foto asal yang tidak diedit)
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadammengingatkan kita kekuasaan Allah
gambar no 3
pilihan saya
Wassalam
Salam Pak Itam
BalasPadamSubhanallah cantik kejadian Tuhan ni.. Saya suka gambar no 4, 8 dan semuanya. Close-up Pak Itam berjaya menunjukkan kehebatan kekuasaan ciptaan Tuhan yang berlaku dlm tempoh yg singkat.
salam from Makkah
BalasPadamwahhh..pat itam dan pro lah snap picutre niii...
taniahhhh
waslam
Salam pak Itam...
BalasPadamlawa semua gambar2 tu..
saya suka idea silhouette kat daun kelapa and blur matahari tu..nak ciplak nanti idea tu yer hehehe...
Salam Pak Itam...Shubhanallah ciptaan Allah.
BalasPadamSalam Pak Itam...
BalasPadamWah! dah tukar layoutnya...yer.
Cantik sangat
Saya suka yg no eh..brapa yer la..lupa lak . Jap aa. tenguk balik..
Wslm
Salam lagi...
BalasPadamHaa....no 7 saya suka no 7... hee..hee...
Wslm
Cantiknya. az suka semua
BalasPadamsalam pak itam,
BalasPadamWOW ! Marvellous..superb !!
kak nab suka no 9 & 10...semua foto sgt cantik...
nanti pak itam ambik sunset kat beach..tepi laut..ada reflection kat air gitu...
Salam Pak Itam..
BalasPadamterimakasih dgn foto2 ini...subhanallah maha suci Allah...Dia Maha Pencipta...taj suka semua tapi plg suka no.10...
Salam...
BalasPadamwow....semua cantik....sunset and sunrise yang paling best to take pics....ones I like...2,5,8,10 yang in stages...
suka yang no.1 juga because of the silhouette....very good...
Salam Pak itam...
BalasPadamAlhamdulillah...
bila kebesaran Allah dipuji
Saya jadi...sayu...
Rasa tu menusuk jauh dalam jiwa ..
Automatik...air mata akan berlinang..
Nama saya pun adalah kiasan kepada matahari....
Saya suka gambar yg no 9....
No 9 terlalu istimewa..
9 orang adalah umpama ibu dan bapa dan 7 adik beradik saya
No 99 jumlah nama2 bagi Allah...juga..semuanya bermakna dan istimewa....syukur kepada Allah..
2 pekara saya dapat dalam n3..ni
sahabat yang baik, mengingatkan saya pada DIA indahnya alam ciptaan Allah...itulah kebesaran Allah syukur diatas kurniaanNya..
very beautiful indeed. semua indah sangat, tak bole pilih mana yg paling menarik. tak pernah dapat saksi saat2 demikian jadi syukur dapat melihat dari 'tangkapan' pak itam.
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamAlhamdulillah...Pak Itam dpt menterjemahkan kebesaran Allah melalui foto Pak Itam yg cantik2 belaka. Foto no. 10 saya jadikan "Foto paling syahdu"
salam
BalasPadamcm suker yg no 8...cahayanyer tak pecah..
Salam Pak Itam,
BalasPadamWOW!!!! cantik sungguh gambar2 tuuu next time papa black2 ship can shoot shoot one naturally real and magical the sunrise plak yek!!!!!!!!!
I loved before sunrise so much!!!!!
salam rezeki
BalasPadamsaya pilih 5, 9, 10, 11...
Salaam Pak Itam,
BalasPadamkacamata kata foto nombod 9...
kacahati kata nombod 10...
bebola kaca kata semua cantik! masyaAllah indahnya ciptaan Allah.
pendek kata, cheq cilok, boleh? heh.. ;}
VpeaceV
waalaikumsalam atuk
BalasPadamalhamdulillah, Allah Maha Pencipta
waalaikumsalam che na
BalasPadamalhamdulillah, indahkan ciptaan Allah
waalaikumsalam cl
BalasPadamheheh semi pro hehehe
waalaikumsalam bung nazir
BalasPadamala, main bedal je bung ikut rasa hati hehehe
waalaikumsalam hj arshad
BalasPadamAllah Maha Pencipta
waalaikumsalam kak su
BalasPadampunya khusyuk spi lupa hehehe
alhamdulillah, ciptaan Allah
salam az
BalasPadamalhamdulillah
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamalhamdulillah, nanti pak itam pi outing kat tepi pantai durban , shoot suasana sunset kat sana
waalaikumsalam taj
BalasPadampak itam pun suka no 10 hehe
waalaikumsalam marla
BalasPadamalhamdulillah
kekadang idea tu datang sendiri masa tgk shoot
waalaikumsalam shami
BalasPadamitulah kebesaran Allah dari pelbagai kebesaran yg ditunjukan kpd kita manusia dan kita dikehendaki bersyukur akan segala nikmatnya itu
insyallah
salam mampir
BalasPadamalhamdulillah, kat tepi hutan ni memacam ada hehehe
saujana mata memandang keindahan alam kurnian Allah
waalaikumsalam ibu sayang
BalasPadamalhamdulillah, setiap ciptaan Allah punya maksud tersirat dan tersurat utk kita hayati bersama
waalaikumsalam cm
BalasPadamalhamdulillah , indahkan ciptaan Allah
waalaikumsalam rni
BalasPadaminsyallah, nanti pak itam buat photo shoot matahari terbit pula
waalaikumsalam bhs
BalasPadambanyak tu heheheheh
waalaikumsalam kak chik
BalasPadamambik le hehehe
semua keindahan alam ciptaan Allah utk dikongsi bersama
salam semua
BalasPadampak itam pilih 5 , 8, 10
hehehe
No. 9 ... ada rule of third..hehehe
BalasPadamiswandy
BalasPadamyup , betul tu ada ROT
tapi entah kenapa suka ambik gambar sesuatu objek tu kat centre, mungkin psl nak fokuskan pada subjek utama tu
dan lagi satu , bapak malas nak crop2 hehehe